Assalamualaikum dan Salam Sejahtera buat semua pelabur-pelabur saham sekalian…
Ini hari 20 November 2014, Pasaran saham sekejap ‘jerebu merah-sekejap jerebu hijau…hanya yang ada ilmu dan amalkan ilmu sahaja biasanya akan tenang…
Berikut adalah 8 saham yang saya jangkakan akan ada kenaikkan.
8 TIPS SAHAM UNTUK ANDA KAJI DAN MILIKI:
Gambar 1: Harga saham semasa dari platform saham RHB Investment Bank. 8 Tips saham untuk anda Kaji, anda teliti dan ambik peluang jika yakin harga sahamnya mampu naik.
Kesemua 8 saham yang dikongsikan ada bersangkut-paut dengan dengan TEKNOLOGI dan DUNIA IT. Dunia IT dan teknologi adalah perkara yang tidak dapat dipisahkan dengan kehidupan saya, anda dan hampir seluruh penduduk Malaysia. Ini hari kita membuat bayaran secara online, membaca surat khabar, menghantar surat, shopping, bayar cukai tahunan, bayar hutang bank, mencari jodoh, mencari maklumat sekolah, Membaca Alquran…Semua perkara ini ada tangan anda, semuanya di handphone …Sehinggakan lampu picit pun di handphone!…
Sedikit info supaya anda tidak salah faham akan tips di atas.
HARGA SEMASA: Cuba tawar menawar 8 tips saham di atas. Jika turun, itu mungkin rezeki anda.
TARGET PRICE: Itu adalah berdasarkan kajian di Diary Invest saham dan jika anda cukup sabar, insha Allah target price di atas mampu dicapai dalam jangka masa 1 hingga 24 bulan dari sekarang. Perlu diingatkan, target price adalah jangkaan ke mana harga saham itu akan naik kerana mungkin ianya akan sampai tepat pada harga yang dinyatakan, mungkin kurang atau mungkin harganya akan naik LEBIH TINGGI. Yang utama adalah pemahaman kita akan TREND dan Potensi perniagaan yang diterjemahkan oleh harga sahamnya pada TREND UTAMA. (Kaji guna Diary Invest Saham untuk rekodkan Target Price dan Pintu Kecemasannya sekali).
PROFIT: Itu jangkaan ‘peratus’ kenaikkan harga saham dari harga semasa (sekarang) dan potensi kenaikannya dalam masa 1 hingga 12 bulan.
Gambar 2: Dalam 60saat pelbagai perkara luar biasa berlaku dalam dunia IT. Rebut peluang dengan pelaburan saham yang terlibat dalam dunia IT adalah cara orang-orang yang bijak dalam perniagaan. Orang lain berkerja anda meraih hasilnya.
Rahsia RULE 5 “S” untuk pelabur yang berjaya…
Insha Allah, Jika ada kelapangan saya akan update info berkaitan pasaran saham secara mingguan di blog ini. Kepada yang hendakkan info harian, pandangan naik dan pintu kecemasan saham, boleh mohon masuk di Facebook tertutup ‘Zamsaham Private Client’ .(terhad kepada bekas perserta kelas Advance Saham serta ikut terma dan syarat)
Inshaa Allah, saham IT dan Teknologi berada dalam potensi amat terbaik untuk sekarang dan beberapa tahun mendatang. Potensi luarbiasa, sebagaimana hebatnya seorang peserta saya yang untung lebih hampir 500% dengan pelaburan dalam saham Ifcamsc-nya baru-baru ini.Beliau beli sejurus tamat Kelas Advance dan Sabar menjual pada 0.70sen baru-baru ini. Kepada yang lain, kekal fokus pada amalan ilmu, kerana jika ada banyak ilmu saham sekalipun, tetapi malas untuk amalkan…pada saya ianya adalah sia-sia.
SIMPAN SAHAM IT dan TEKNOLOGI.
Itu sahaja buat masa ini, saya hendak bersiap-siap ke CHINA bersama rakan-rakan ZPC dalam program ‘Kembara Beijing Bersama Zamsaham’.
Saya doakan anda berjaya dalam pasaran saham…
Sekian,
Zamsaham
20 Nov 2014
# Insha Allah Kelas KES90an MEGA 2014 yang terakhir akan dibuat di PWTC, yang dah datang boleh datang lagi dengan diskaun 50%. Sila call Event Director 013 7788048 Puan Nor Saham.