Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pelabur-pelabur saham yang bijak sekalian,
Semoga anda dalam keadaan sihat walafiat,
Sekarang adalah zaman kegemilangan bagi pelabur runcit, sebab itulah saya namakan Kegemilangan Era Saham 90’an. Peluang untuk buat duit dengan saham kepada yang ada ilmu dan amalkan ilmunya. Bukan mengikut 100% dan buta-buta sentimen yang dihidang di ruang maya, Bloomberg mahupun mana-mana pakar. Yang ‘PAKAR’ adalah keputusan waras dan bijak anda sendiri.
Ekonomi Malaysia dan Pasaran Saham Gawat 2008-2009
Seluruh Malaysia maklum yang ekonomi Malaysia gawat pada tahun 2008-2009, Indeks pasaran saham Bursa Malaysia turun hampir 750 mata dalam masa 10 bulan dari paras tertinggi 1520 (Januari 2008) ke paras ‘Super Panik’ 802 pada bulan Oktober 2008.
Tidak perlu diceritakan betapa paniknya seluruh pasaran dunia dan pasaran saham ketika itu yang dikatakan berpunca dari hutang Suprima Amerika Syarikat.
Ada sesuatu perkara yang unik, dimana pelabur saham betul-betul ‘Super Negatif’ hanya ketika pasaran saham mencapai paras terendah 800-900 mata. Dengan hampir 10 dari 10 pakar ekonomi dunia mengatakan kita diambang kegawatan dan ada juga ‘statement’ yang mengatakan kita berada di fasa kegawatan ekonomi yang lebih dahsyat dari Perang Dunia Kedua.
Tidak dapat dibayangkan bagaimana TERUKNYA pasaran saham Bursa Malaysia kerana saya, anda dan BSKL pun belum tertubuh lagi ketika itu. Begitulah negatifnya ‘statement’ pakar yang menyebabkan kami pelabur runcit tidak senang duduk dan ianya melarat dengan pemberhentian pekerja di kebanyakkan kilang seluruh Malaysia.
Makcik di kampung pun tahu GDP Negatif ketika itu.
Seluruh Malaysia merasai kesan kegawatan bukan ketika tahun 2008-2009 tetapi selepas itu.
Sebagai perkongsian, berikut adalah antara cerita-cerita panas yang membuatkan pelabur runcit risau dan berbelah bahagi sama ada hendak beli saham atau tidak.
Pasaran Saham 2010
Berikut adalah antara rekod penyataan yang membuatkan pelabur saham gusar.
Berita dan sentimen negatif diatas, menyebabkan ramai pelabur saham mengambil kesempatan menjual kerana percayakan harga saham akan turun semula. Kepada yang bijak, mereka menilai saham dengan FOKUS kepada saham yang ingin dibeli sahaja dan dapat membeli saham pada harga yang betul-betul murah ketika itu seperti Maybank terendah RM3.60, Digi RM2.60 dan Axiata RM1.50. Ini adalah sebahagian contoh dari beratus contoh saham yang mana hanya pembeli saham yang ‘waras’ dan bijak sahaja mengambil peluang memberanikan diri membeli ketika keseluruhan pasaran negatif. Hari ini, pada Oktober 2014 saham Maybank terendah RM3.60 dan Digi RM2.60 sudah naik lebih dari 100% dan Axiata naik lebih 300%.
Itulah Cerita EKONOMI GAWAT dan peluang kepada yang ‘waras’ yang berlaku sepanjang tahun 2008-2010.
BURSA MALAYSIA dan PASARAN GAWAT 2011
Gambar 1 : 18 November 2011, Tajuk di atas ‘Saham Asia ditutup tidak menentu’ – Bank Amerika terjejas teruk sudah cukup menggerunkan kebanyakkan pelabur runcit dan sekali lagi menjauhi pasaran saham dari membuat pembelian. Kepada pelabur saham yang aggresif dan ‘kontra kaki’ mereka pastinya tidak tidur malam kerana memikirkan apa yang bakal berlaku pada harga saham yang hendak dibeli.
Hakikatnya kepada mereka yang FOKUS mendapat harga saham pada harga diskaun dan untung kerana harga saham terus bergerak secara ‘ZIGZAG‘ tetapi dalam aliran menaik.
Pasaran Saham dan Berita Saham tahun 2012
Gambar 2 : 16 November 2012, ‘Eurozone seen Sinking into Recession’, Pada tahun 2012 berita ini menakutkan ramai pelabur saham kerana dijangka Ekonomi Eropah akan jatuh kali kedua selepas 3 tahun kegawatan ekonomi sejak daripada tahun 2009. Kesannya, ramai pelabur saham tempatan yang panik, menjual pegangan saham yang ada.
Hakikatnya pasaran saham NAIK dengan lebih kuat pada bulan berikutnya. Itu cerita yang berlaku pada tahun 2012.
Pasaran Saham dan Berita Negatif tahun 2013
Seperti tahun-tahun sebelumnya, Berita dengan sentimen negatif pasaran saham tidak lekang menjadi topik utama dan pada Julai 2013, pelabur saham sekali lagi panik tidak tentu pasal berikutan penurunan penarafan oleh Fitch Ratings mengenai prospek kredit Malaysia kepada negatif daripada stabil sebelum ini.
Gambar 3 : 9 Oktober 2013, “Pelabur Panik kerana Kerajaan Amerika Syarikat ‘shutdown‘. Tajuk di atas cukup mengerikan kepada pelabur runcit yang beremosi dan terlalu mengikut sentimen.
Gambar 4 : 7 Oktober 2013, NYSE yang ‘goyang’ menyebabkan ramai pelabur runcit yang berada di Bursa Malaysia takut tidak tentu pasal. Alhamdulillah pasaran saham tempatan dari tarikh ini terus kekal naik melepasi tertinggi tahun-tahun sebelumnya.
Kepada yang mengkaji pergerakkan carta saham yang dimilikinya ‘sahaja’ insha Allah tidak terkesan dengan berita ‘SHUTDOWN’ ini malah senyum selang beberapa bulan kemudian.
Itu sekilas info berita tahun 2013 yang mendebarkan tetapi memberi peluang kepada yang faham. Insha Allah.
Berita Ekonomi dan Pasaran Saham 2014
Gambar 5 : 27 Jan 2014, Berita Tentang pasaran Saham akan turun “Market Downside Expected” yang keluar ini cukup menakutkan para pelabur saham tempatan.
Berita pada 27 January The Star
“The global equity rout continued with stock markets in Japan and Indonesia taking the brunt of the sell-off in Asia following sharp drops on Wall Street and in Europe on Friday. Heavy on investors’ mind are the possibility of the Chinese economy slowing down and further tapering of the US stimulus programme”.
Berita di atas mengatakan pasaran saham Amerika Syarikat dan Dow Jones yang jatuh teruk telah memberikan kesan langsung kepada pasaran saham Jepun dan Indonesia. Seterusnya, dijangka memberikan kesan negatif kepada pasaran saham tempatan.
Gambar 6 : 27 Januari 2014 Ekonomi akan gawat disebabkan oleh “The two-day Sell-Off of currencies and shares ini several countries raises the question of whether this is the start of financial crisis”, cukup menambahkan ‘ketakutan’ pelabur saham yang terbeli saham di pucuk-pucuk di setiap gelombang kenaikkan.
Itulah dia, berita yang negatif ini hanyalah seketika dan ianya menjadi berita positif kepada yang kekal FOKUS pada kajian saham dan pergerakkaan harga saham yang dibelinya sahaja. Kepada yang menjual berdasarkan berita ini, sudah tentulah mengeluh kerana harga sahamnya naik selepas menjual ketika panik.
Itu cerita yang berlaku pada awal tahun Januari 2014
Gambar 7: 20 April 2014, Berita tentang 4 saham ‘small cap’ limit down ini dipaparkan di muka surat depan bahagian bisnes The Star.
Lagi sekali pelabur saham runcit panik dengan berita penurunan saham mendadak bagi saham MNC Wireless Bhd sebanyak 60%, Solution Engineering Bhd 53%, Indsutronic 44% dan saham VIS Capital sebanyak 39%. Menyangka saham yang dibeli akan turun sebanyak seperti 4 saham yang terjun ini.
Seperti dimaklumkan selalu dalam kelas, saham yang naik dan turun adalah perkara biasa dalam pasaran saham. Yang menjadi isu adalah ‘KENAPA’ tidak beli saham ketika harga masih ‘SENYAP’ dan beli seawal kenaikkan harga baru hendak naik. Berita penurunan menjadi kecoh seantero Bursa Malaysia adalah disebabkan ada yang TERBELI pada harga paling pucuk bagi 4 saham di atas.
Langsung memberikan kesan negatif kepada pelabur-pelabur yang asyik bersentimen dan beremosi
Pertandingan WORLD CUP atau Piala Dunia.
MEI 2014 Pasaran ditakutkan pula dengan kehadiran Pertandingan Piala Dunia ‘World CUP’ 2014. Dijangka pasaran saham akan menerima kesan langung kerana pelabur saham tertumpu kepada ‘Judi Bola’ dan mereka penat kerana menonton bola pada waktu malam. Lagi sekali pelabur saham mengeluh dan menjauhi pasaran saham kerana bola. Lupa agaknya yang saham adalah pemilikkan ekuti yang dibelakangnya adalah perniagaan sebenar.
Kesimpulan:
Saya himpunkan ‘berita sentimen’ pasaran dari mula gawat 2008 sehingga sekarang sebagai panduan yang kita melabur tidaklah perlu sangat terikut-ikut dengan ‘berita sentimen’ pasaran. Seringkali berita yang negatif boleh bertukar selang beberapa hari kemudian dengan berita yang ‘super positif‘ pula.
Jadi untuk lebih mudah, strateginya adalah fokus dengan catitan pada saham di portfolio anda sahaja.
Kepada yang terlalu agrresif keluar masuk pasaran biasanya akan mudah tertewas dan rugi kerana sentimen berita itu sendiri dan pasaran saham.
Kepada yang sering mencari bahan berita akan terperangkap akhirnya kerana tertewas dengan sentimen berita itu sendiri dan pasaran saham.
Mungkin benar, ada berita ekonomi, hal dunia, politik dan turun naik pasaran saham Amerika yang membawa kepada sesuatu harga saham itu turun ataupun naik. Pada saya, itu hanyalah sebagai kebetulan sahaja.
Mungkin ada benarnya, pasaran saham akan turun bila-bila masa sahaja, tetapi perlu difahami kita bukan beli pasaran saham.
Mungkin ada benarnya, saham akan turun. Tetapi pada saya ianya hanya pada saham yang SUDAH NAIK terlalu tinggi seperti DKSH RM9.00, AIR ASIA RM4.00, Petronas Dagang RM30 dan lain-lain saham yang MEMANG SUDAH NAIK.
Yang perlu difokuskan adalah kembali kepada 3 perkara asas saham yang ingin dibeli atau yang berada ditangan SAHAJA.
Berita dari tahun 2008 sehingga 2014, pelbagai berita negatif, ekonomi hendak gawat, tidak bagus masuk ke dalam pasaran sehinggalah hari ini. Pada saya takkan lah tiap-tiap tahun ekonomi dan pasaran saham hendak gawat!
Kebanyakkan pelabur runcit seperti anda fokus kepada harga saham yang berada di bawah RM1.00. Berita baiknya, Insha Allah pada saya masih banyak saham-saham yang baru sahaja hendak naik dan melepasi paras-paras tertingginya dalam tempoh 10 tahun yang lepas. KENAIKKAN HARGA SAHAM kumpulan ‘small cap’ ini akan terus berlaku dalam ketidaktentuan pasaran dalam beberapa bulan mendatang dan akan terus ada sampai bila-bila.
“Lupakan Hal berita Gawat dan FOKUS, CATITKAN kajian pada setiap saham yang hendak dibeli atau jual sahaja”
“Insha Allah, inilah zaman pelabur runcit mencapai dan mengecapi kegemilangannya. Sama seperti tahun 90’an dahulu”
Apapun, kata-kata ini tiada nilai jika anda sendiri tidak membuat sebarang semakan, kajian dan amalkan ilmu yang ada. Ada ilmu saham tidak amalkan ilmu, itu sebenarnya zalim pada diri sendiri.
Kejayaan dan keuntungan saham lebih mudah dicapai jika ada kajian secara catitan dan bukannya duduk di mana-mana forum dan mengharapkan tips tanpa tahu bagaimana sesuatu saham itu boleh naik ataupun turun.
Kejayaan dan Keuntungan saham bukannya sebab banyak melayari ruang tips di ruang maya, tetapi adalah kajian FOKUS dan CATITAN supaya emosi dan keputusan waras boleh dibuat.
Insha Allah kita berada pada KES90’an, Beli masa harga baru bermula naik dan Bukannya SUDAH NAIK!
Ini hanya pandangan saya sahaja dan jangan ikut-ikutan. Anda kaji sendiri itu lagi baik.
Wallahulaam..Allah SWT lebih mengetahui kebenarannya.
Sekian,
Zamsaham
3 October 2014.
# Pasaran saham untuk saham-saham kecil dijangka terus hebat didalam ‘jerebu’ berita ekomi dunia yang terus tak habis-habis negatif. Ada ruang kepada yang ada ilmu dan amalkan ilmu.