BENARKAH SELEPAS BELI SAHAM SAYA AKAN UNTUNG HANYA DUDUK GOYANG KAKI SAHAJA?
Ya benar, anda akan untung kerana pemegang saham tidak terlibat dengan hal pekerjaan harian perniagaan yang memenatkan.Dalam struktur perniagaan ,pemegang saham adalah yang paling tinggi diikuti ahli lembaga pengarahh,Key Management Team dan rangkaian staff yang sedia ‘bekerja siang malam untuk anda.
Semua hasil keuntungan perniagaan selepas ditolak kos-kos berkaitan akan diberikan sepenuhnya kepada pemegang saham mengikut jumlah saham yang anda miliki.Rujuk berapakah Dividend policy syarikat kerana jika dividen policy adalah 50% bermaksud 50% dari untung bersih akan diagihkan kepada pemegang saham manakala baki disimpan bagi keperluan perniagaan.
Walaupun anda goyang kaki dan merupakan ‘pemilik’ sebenar perniagaan ,tolong hadirkan setahun sekali ke AGM (Mesyuarat Agung Tahunan) atau EGM(Extraordinary General Meeting) untuk ambik tahu tentang kualiti kerja Director dan CEO yang anda lantik.
Dari masa kesemasa, sebulan sekali dua sambil minum kopi santai-santai di pagi hari boleh anda buka platform saham dan buat semakkan pergerakkan trend saham yang anda miliki disamping merujuk kepada pendapatan sukuan perniagaan yang semakin meningkat atau semakin turun.Perlu ada Ilmu saham juga ya sebab ilmu yang membezakan dua orang pelabur bijak dan tidak.
duduk goyang kaki mungkin mudah maksudnya untuk anda yang dah malas nak kerja siang malam.Sudah sampai masanya anda duduk diatas dan duit anda berkerja untuk anda pula.
ZAMSAHAM