header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Jenis - jenis Pelaburan di Malaysia



1. SIMPANAN BIASA

Setiap orang pastinya ada menyimpan duit di bank. Tidak kira, di bank mana anda simpan, wang simpanan ini sebenarnya dikategorikan juga sebagai pelaburan. Wang yang disimpan akan diberikan interest, tetapi kadarnya tidaklah tinggi. Bank Simpanan Nasional(BSN) adalah satu-satunya bank yang dijamin oleh kerajaan Malaysia.Bermaksud, wang simpanan anda betul-betul selamat.



2. DEPOSIT TETAP

Jika anda ataupun mana - mana koperasi yang mempunyai dana menjangkau jutaan ringgit dan tidak digunakan adalah digalakkan menyimpan di Deposit Tetap(FD). Lebih lama anda menyimpan semakin tinggi kadar interest yang akan diberikan. Contoh : MAYBANK FIXED DEPOSIT



3. BOND

Bond, bukan filem James Bond! Ianya suatu bidang pelaburan yang sememangnya sudah wujud sekian lama di Malaysia. Pemain pasaran bond lebih kepada syarikat - syarikat besar, pelabur institusi, syarikat pengurusan dana, kerajaan tempatan seperti Majlis Perbandaran ataupun kerajaan Malaysia. Nilai  mukanya adalah RM1juta. Antarayang mempengaruhi nilai sesuatu bond adalah kadar penarafan yang diberikan oleh syarikat penarafan antarabangsa seperti Standard & Poors  .Semakin lama tempoh penebusan bond, semakin tinggi kadar interest yang akan diberikan oleh penjual bond. Orang yang menjual bond, boleh dikira sebagai peminjam dana. Apabila mereka meminjam, mereka diwajibkan membayar kadar bunga yang sudah dipersetujui. Jika gagal, penjual bond boleh didakwa oleh pembeli bond.



4. AMANAH SAHAM

Antara Syarikat Pengurus Dana Terkenal Di Malaysia

Mengikut urutan risiko yang semakin menaik, pelabur boleh memilih pelaburan dalam unit amanah. Pengurus Unit Amanah yang terbesar di Malaysia dan Asia Pasifik adalah PNB(Permodalan Nasional Berhad). Duit pelaburan semua pemegang unit amanah akan diuruskan oleh pengurus dana dan dilaburkan semula ke portfolio - portfolio pelaburan yang dipersetujui seperti ke Bursa Malaysia dan Pasaran Bond. Di antara dana  yang terkenal adalah Amanah Saham Bumiputra(ASB) yang menjanjikan keuntungan dalam bentuk dividen setiap tahun walaupun ketika kegawatan ekonomi. Selain PNB terdapat juga dana - dana yang boleh dibeli oleh pelabur seperti di OSK Investment Bank dan juga syarikat pengurusan dana seperti Public Mutual,CIMB wealth dan Philips Capital Management. Pelabur Unit amanah perlu mengetahui ke mana wang pelaburan anda dilaburkan, ini kerana portfolio pelaburan yang tepat mampu memberikan anda pulangan yang hebat.



5. SAHAM

Jika anda tidak ingin membayar yuran pengurus dana unit amanah dan ingin menguruskan wang anda sendiri, anda boleh melabur terus ke Bursa Malaysia. Terdapat pelbagai jenis saham, sektor yang ada di Bursa Malaysia. Untuk pelabur Islam, mengenali saham yang mematuhi syariah dalam perniagaannya perlu diambil kira. Ini kerana ada saham - saham seperti Guiness Anchor, Genting, Berjaya TOTO, British American Tobacco yang sememangnya tidak halal perniagaannya turut ada tersenarai di Bursa Malaysia. Untuk menang dalam pelaburan saham, strategy mengawal risiko, teknik teknikal dan fundamental asas amat diperlukan bagi menjamin keuntungan berkekalan. Disamping itu dengan memahami peribahasa ‘anda membeli ketika orang sibuk menjual, dan menjual ketika orang sibuk membeli ‘ adalah suatu langkah untuk menjadi seorang pelabur bijak. Buku ‘Buat Duit Dengan Saham’ ini akan membicarakan dengan panjang lebar tentang saham.



6. PASARAN HADAPAN INDEKS BURSA MALAYSIA (FKLI) dan MINYAK SAWIT MENTAH (FCPO)

Jika anda seorang yang inginkan cabaran dan keuntungan lumayan, pasaran hadapan yang boleh dikategorikan sebagai ‘Roller Coaster’ mungkin pilihan yang sesuai. Pasaran Minyak Sawit Mentah dan Indeks Bursa Malaysia adalah pasaran dua hala. Kebijaksanaan anda mentafsir  pergerakkan trend minyak sawit/indeks dengan hanya menjangkakan ianya turun atau naik sudah memadai untuk anda memperolehi pendapatan lumayan. Setiap 1 points untuk indeks tidak kira naik atau turun adalah RM50.00 manakala untuk Minyak Sawit Mentah(CPO) ialah RM25.00.

 

 
Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.