Banyak kisah dahulu yang kita kena cek supaya faham, yang Tabung Haji banyak invest pada:
(Bab pelaburan saham banyak fail rasanya)
7. Now, kita bincang pasal SPV dan cerita utama yang saya ringkaskan pada aliran di bawah.
Isu Utama – harga saham turun ==> Nilai Asset Negatif ==> tak boleh bayar dividend ikut sec 22 Akta Tabung Haji 1995 ==> Positifkan akaun dengan cara jual yang rugi ni pada harga asal ==> SPV yang ditubuhkan oleh MOF beli dalam bentuk Sukuk RM10 billion dan 9.9 billion RCPS.==> Akaun positif dan Tabung Haji boleh jalankan business as usual. ==> Akaun positif dan boleh bagi dividend pada saya dan 9 juta pemegang unit TH yg lain. Banyak sikit dividen. Wallahualam.
8. Berapa banyak company tabung haji ada labur kat Bursa Malaysia?
Total ada 89 syarikat Tabung Haji labur kat saham di BursaMalaysia yang masih ada, ini tak termasuk syarikat saham-saham yg sudah ditendang keluar. Delisted! Total nilai asal dekat RM19.9 billion (80 saham : 20 hartanah)
9. Berapa banyak loss tahun ni sahaja?
Untuk tahun ni sahaja, harga saham TH Heavy Engineering turun 71.4%, Icon Offshore (69.6%), Naim Holdings (68%), Lion Industries (64.8%), Pelikan(62.2%) dan star Media (58.2%).
MCT Turun 13.6%, termasuk Saham Tan Sri Syed Mokhtar pun tahun ni turun Malakoff Corp (18.4%) dan Integrated Logistics Bhd turun (16.7%).
Hampir kesemua saham ni harga sahamnya turun.Bukan ratus juta ni cerita billion punya paper loss.
9. Berapa banyak saham yang dijual?
TH dah jual Malakoff Corporation Bhd (500 juta UEM Sunrise Bhd (348.87 juta saham), IJM Corporation Bhd (227.31 juta saham), Hap Seng Plantations Holdings Bhd (66.07 juta saham), Dayang Enterprise Holdings Bhd (76.37 juta saham) dan Pintaras Jaya Bhd (11.35 juta saham).
Syarikat lain pula ialah Naim Holdings Bhd (24.83 juta saham dipindahkan), Integrated Logistics Bhd (20.58 juta saham), Eastern &Oriental Bhd (94.25 juta saham), Pelikan International Corporation Bhd (157.19juta saham), Icon Offshore Bhd (103.61 juta saham) and TH Heavy Engineering Bhd (334.16 juta saham).
Semua saham kat atas ni, harga saham dah turun dah. Turun banyak, boleh semak carta untuk fakta.
Kenapa ye, TH tak beli Nestle yang naik dari RM6.90 now dah RM140, F&N RM3.50 now dah Rm35 seunit. Kan bagus?
10. Pada harga berapa asset termasuk saham yang turun harga ini dijual?
Tabung Haji jual pada nilai asal RM19.9 billion untuk tukaran saham-saham yang harganya dah rugi.
11. Kenapa Tabung Haji jual harga RM19.9 billion sedangkan asset tu harganya kalau yg saham cuma RM1.9 billion?
Logiknya, nak tanya anda, nak atau tidak beli saham Parkson pada harga RM4.50 walhal anda boleh senang-senang sahaja beli saham Parkson kat harga market 25 sen! Hari ni 25 sen seunit sahaja tuan-tuan. Murah kan!
Anda mahu yang mana, beli saham harga 25 sen atau ambik saham yang Tabung Haji beli Parkson pada harga RM4.50? Contohnya.
Hanya orang bodoh atau nak menyelamatkan sahaja akan ambik pada harga RM4.50 sedangkan buta-buta boleh beli kat market 25 sen. Mudahan dapat faham apa yg cuba disampaikan.
Inilah yang berlaku di mana, SPV Urusharta Jamaah Sdn Bhd ini beli semua saham pada harga kos RM19.9 billion. Harga semasa semua saham-saham yg dipegang cuma nilai RM1.9 billion sahaja. Nisbah asset ikut rekod 20 hartanah dan 80 saham. So, saham ini yang buat kacau banyak sehingga asset TH jadi negatif.
12. Selamat Tabung Haji.
Dah tentulah SPV yang dibuat oleh CEO Baru Datuk Zukri Samat ini niatnya baik, niat nak selamatkan Tabung Haji dan nak pastikan pemegang unit dan semua yg ada simpan kat Tabung Haji kekal dapat Dividend. Kalau tak faham cubalah tanya akauntan yg ada CPA, ACCA atau yg bijak sikit tentu dia faham nilai pelaburan semasa yang rugi perlu direkodkan dan semua saham yang rugi ini memberikan kesan rugi pada penyata kewangan Tabung Haji.
Bacalah penstrukturan semula Tabung haji satu persatu dari kaca mata sebenar. Jangan emosi sangat cakap DAP nak sapu asset melayu islam dan sebagainya.
13. Cicak Mengkarung.
Ahli politik seperti Cicak Mengkarung yang boleh bertukar-tukar warna mengikut suasana keliling, mengikut sedap nak mainkan emosi orang. Lebih-lebih lagi kalau kurang faham pasal Isu Sebenar Tabung Haji yang banyak simpan saham dengan paper loss berbillion!
14. Beli saham pada harga pucuk dan pegang tak jual-jual sampai harga turun ke longkang! Ada yang dah delisted dan saya rasa akan ada beberapa lagi company menunggu masa kena delisted. Ini masalah Tabung Haji.
15. Kena fahamkan isu harga saham mahal dibeli dan harga semasa hari ni yang murah. Ini cerita pokok yg perlu difahami. Kalau tak faham ni, susahlah.
(Saya ulang banyak kali, Nilai asset negatif sebab harga saham turun menjadi punca yg menyebabkan Tabung Haji tak boleh bayar Dividend dan bonus jika nilai asset kurang dari liability mengikut section 22 Undang-undang tabung haji).
Benda yang dibuat betul, patut korang terima kasih kat CEO Baru tu Dato’ Zukri Samat. Ini tak anda semua hentam dah kenapa. Anda duduklah sebagai Orang Tabung Haji atau bagi solusi dan selesaikan jawapan bagaimana nak bagi Dividend setiap tahun kalau dah akaun tu negatif.
Bank negara siap dah audit akaun tu negatif dan kena perbetulkan lagi.
So, saya sayangkan Tabung Haji dan semoga Tabung Haji dijalankan oleh orang yang amanah lagi cerdik pandai.
Amanah kalau tak cerdik masalah juga.
Sekian,
ZAMSAHAM.