matlamat zamsaham
 
 
 
 
   
 
SEBAB-SEBAB MENGAPA ANDA PERLU MENYERTAI KLINIK SAHAM & KLINIK FCPO ANJURAN ZAMSAHAM

1. Ramai yang pernah mendengar Bursa Malaysia tetapi tidak ramai yang tahu tentang teknik pelaburan sebenar di Bursa Malaysia.
2. Rahsia menjana wang di Pasaran Saham & Pasaran Hadapan Bursa Malaysia / CPO akan dibongkar.
3. Ketahui kuasa & hak anda sebagai seorang pelabur runcit.
4. Saham akan membuat anda bertambah kaya jika tahu tekniknya. (Teknik asas Fundemental” & teknikal akan diajar).
5. Peluang keemasan yang hanya datang setiap 10 tahun sekali.
6. Peserta akan dapat membezakan antara Deposit Tetap, Bond, Sukuk, Amanah Saham, Saham, Pasaran Hadapan & Forex

Matlamat utama Bengkel Jutawan Saham(BJS) yang disampaikan oleh Zamsaham adalah untuk mendedahkan tentang kaedah sebenar dalam pelaburan saham di Bursa Malaysia.

Potensi keuntungan pelaburan saham dan teknik mengawal risiko juga akan didedahkan. Ini demi memastikan pelabur melabur dalam suasana yang paling selamat dengan risiko yang seminima yang mungkin.

Melalui teknik teknikal yang akan diajar juga akan mematangkan pelabur dalam membuat keputusan pelaburan. Ini kerana masih ramai lagi pelabur diluar sana yang masih melabur hanya melihat perubahan harga di skrin bursa berbanding melalui perubahan harga melalui ‘charting’.

Disamping itu matlamat bengkel adalah meramaikan dan merancakkan lagi suasana pasaran saham Bursa Malaysia yang kekurangan pelabur runcit. Hal ini perlu didedahkan supaya mereka nampak akan potensi keuntungan di Bursa Malaysia setanding pelaburan di bidang - bidang pelaburan yang lain seperti Forex. Lebih - lebih lagi, dalam keadaan pasaran yang masih lagi dalam proses pemulihan ekonomi. Ingat, belilah saham ketika harga murah dan jual pada harga tinggi.

“Ketika pelabur lain tidak mahu membeli saham, ketika itulah kita masuk pasaran. Ketika pasaran sedang ‘hangat’ atau naik, ketika itulah kita jual”. Teknik asas ini perlu difahami sedalamnya untuk memastikan anda membeli semasa harga rendah dan menjual pada harga yang tertinggi. Bukan sebaliknya!

 

1. Mendidik masyarakat tentang kaedah pelaburan sebenar.
2. Teknik mengawal risiko melalui teknikal analysis
3. Pendedahan cabang-cabang pelaburan yang selamat dan diiktiraf kerajaaan.
4. Mengenalpasti potensi keuntungan dari setiap pelaburan
5. Mewujudkan masyarakat anti skim pelaburan haram.

Selain daripada itu, kepada pemain Pasaran Hadapan, hasrat untuk meraih pendapatan harian tanpa mengira pasaran saham naik atau turun juga akan didedahkan. Kaedah dan teknik teknikal yang utama akan diajar pada setiap bengkel.

Melalui bengkel ini juga peserta akan diajar untuk membezakan di antara pelaburan, berspekulasi dan judi.

Akhirnya, hasrat untuk melihat peserta bengkel mencipta keuntungan samaada di pasaran saham mahupun pasaran hadapan mungkin akan menjadi kenyataan.

InsyaAllah.

 
   

2 | 3| 4| 5| 6| 7| 8| 9| 10| 11|

 
 

www.malaysiakini.com www.parlimen.gov.my www.malaysia.gov.my

beautifulnara.com
www.izyan.com
www.mygosip.com

www.golfmalaysia.com.my
www.golf-malaysia.com
www.mgaonline.com.my

 
 
laman utama latar belakang soalan lazim klinik saham klinik fcpo perkhidmatan minda zamsaham pendaftaran
matlamat zamsaham
    pengenalan klinik saham pengenalan klinik fcpo wakil niaga saham teknik zamsaham

klinik saham

tuisyen saham

pendaftaran peserta pendaftaran peserta wakil niaga fcpo fkli teori zamsaham
zamsaham di akhbar
testimoni peserta testimoni peserta ejen unit amanah tips zamsaham
galeri
kandungan klinik kandungan klinik  
team zamsaham
personal coaching personal coaching