header
Laman Utama | e-Borang | Hubungi
 
Untitled Document
pendaftaran
perkhidmatan
hubungi
matlamat
bjs
 
Pembuka Kata Zamsaham

“BUAT DUIT DENGAN SAHAM” adalah untuk peserta bengkel mendapatkan gambaran keseluruhan tentang pasaran saham dan hal penting berkaitannya. Strategi yang diaplikasi adalah hasil pengalaman amatlah penting diajar supaya wang titik peluh anda tidak dileburkan begitu sahaja. Bak kata pepatah 'melabur ke atas ilmu pelaburan itu lebih penting dari melabur terus'.

Ini kerana melalui statistik, hanya 20% sahaja pelabur runcit yang untung dalam jangka masa panjang. Bakinya semua tewas di gelanggang yang tidak mengira status dan pangkat ini. Kesilapan yang biasanya dilakukan pelabur runcit akan dibongkar.

Seorang pelabur yang bijak adalah pelabur yang tidak mengulangi kesilapan pelabur lain. Nilai ‘yuran belajar’ kegagalan seorang pelabur yang tiada ilmu ini bukanlah bernilai 1 ribu atau 2 ribu tetapi menjangkau ratusan ribu ringgit!

Fahami konsep dan ciptalah matlamat pelaburan terlebih dahulu. Jika misinya adalah menjana keuntungan, pelabur perlu mengetahui strategi yang sesuai semasa membeli dan menjual saham. Jika tiada sistem dan strategi, pelaburan boleh menjahanamkan emosi dan kehidupan pelabur.

Strategi pelaburan 3 serangkai zamsaham iaitu Teknik mengawal emosi, Teknik Teknikal dalam mencari Trend dan Teknik Fundamental adalah teknik yang perlu diamalkan dalam strategi pelabur bijak. Memahami teori putaran saham dan sistem pelaburan berkesan akan meminimakan risiko pelaburan saham.

Berada di pasaran saham bolehlah diibaratkan seperti berada di medan peperangan. Jika ingin berperang anda perlu merancang strategi dan persiapan yang rapi. “Sudah ada pistol, mesti ada peluru. Sudah ada pistol dan peluru perlu tahu menembak dengan betul. Jika tidak pandai menembak banyak peluru dan tenaga akan dibazirkan. Semuanya saling berkait rapat kerana duit dan ilmu pelaburan yang ada perlulah diulitkan dengan strategi yang mantap.

Semuanya saling berkait rapat kerana duit dan ilmu pelaburan yang ada perlulah diulitkan dengan strategi yang mantap.

Untuk meramaikan dan memeriahkan lagi pasaran saham Bursa Malaysia, saya ada juga huraikan dari asas persiapan seorang pelabur baru dan proses - proses penting berkaitan pelaburan .

Harapan saya, Ingatlah selalu pasaran saham hanyalah alat untuk menambahkan kekayaan. Percayalah, modal sebenar dalam ‘main saham’ adalah ilmu dan emosi yang terkawal. Barulah keuntungan dapat dimaksimakan. Jika sudah untung sila kongsikan kekayaan anda dengan orang yang memerlukan.

InsyaAllah, dengan usaha dan kajian berterusan, hasrat untuk berjaya dan kaya denga pelaburan saham bukanlah satu impian tetapi satu kenyataan yang pasti.

Selamat melabur di Bursa Malaysia.

Sekian,

ZAMSAHAM

 

Untitled Document
saham
info
minda
galeri
ebuku

 
Dunia Saham Di Luar Kebiasaan


 

Santai Zamsaham
 



 

 
footer
 zamsaham | BJS | perkhidmatan | info terkini | minda zamsaham | galeri | e-buku | hubungi | maklumat saham

No 35 Tingkat 1, Livistonia Square, Jalan Setia Tropika 1/15, Taman Setia Tropika, 81400 Johor Bahru, Johor
(Tel) 07-556 6690 / 07-558 8500 | (Fax) 07-557 3664 | zamsaham@gmail.com
©Copyright www.zamsaham.com. All right reserve 2010.Powered by Team Zamsaham.