Selamat pagi semua,
Setahun yang lepas, saham oil & gas sudah nampak goyang yang amat sangat!…Perubahan trend dah nampak jelas.
boleh imbas kembali di sini http://zamsaham.com/saham/industri-oil-dan-gas-berada-dalam-fasa-semakin-malap
Syarikat dari untung dah mula berubah kepada kurang untung atau dah ada yang rugi…banyak company sedang goyanggg.
PETRONAS DALAM DILEMA
Minggu lepas Petronas umumkan prestasi kewangan suku terakhir Oct-Disember 2015 RUGI RM3billion, seterusnya menyaksikan keuntungan bersih bagi tahun penuh 2015 adalah RM20billion sahaja.
Walaupun masih untung RM20billion, keuntungan ini SUSUT 56% berbanding untung bersih RM47billion pada tahun 2014!
(Trend turun semakin jelas)
Kalau dilihat pada trend kerugian sukuan, ianya sudah berterusan untuk kali ke-3 dari tahun 2015 dan ini AMAT BERBAHAYA sebabnya Petronas boleh umumkan FULL YEAR LOSS bagi tahun 2016 atau 2017.
Malahan Petronas pun sedang
1.Buang Staff yang terlebih
2.Potong belanjawan Capexnya
3.Plan nak buat pinjaman
Ini satu yang serious, tak boleh pandang remeh sebab yang berpaut pada tiang seri Petronas ini sangat ramai.
ANANDA dan ARMADANYA
Semua tahu orang kaya Malaysia Ananda Krishnan adalah antara pemegang saham terbesar Armada Berhad. Zaman gemilang harga sahamnya pernah mencecah RM4.40 pada tahun 2012 TETAPI…
Hari ini harga sahamnya dah turun ke paras bawah 90sen dari penutup RM1.00 Jumaat lepas. Paras terendah dalam sejarahnya!
Faham-faham sahajalah…itu maksudnya syarikat dalam masalah.
Armada baru sahaja dapat berita buruk tentang pembatalan kontrak dari Woodside iaitu company Australia yg sewa kapal Armada. klik ini http://m.offshoreenergytoday.com/#newsitem-196112
SYUKUR sebab warning awal dah bagi supaya JANGAN SENTUH SAHAM ini kerana trendnya jelas TURUN. Banyak kali tegaskan kenapa oil & gas kena elakkan, walaupun ada yang kata nak simpan long-term…okeylah, jangan sentuh sebab….
Saya target harga saham Armada boleh turun lagi ke paras bawah 50sen dari harga sekarang jika tak kekal berada atas paras 90sen! (Kritikal harga sekarang ni) tengok apa dah jadi pada Hibiscus, Iconoffshore dan Thheavy!
So, hari ini 2 isu besar dalam satu bidang yang sama.
1.Petronas dalam Dilemma
2.Ananda dan Armandanya
Kedua-dua isu ini berkait rapat dengan Oil & Gas, so SELAGI takda perubahan trend, saya jangkakan masalah kesan harga minyak mentah ini boleh berlarutan sampai 3 hingga 5 tahun lagi.
“YANG TINGGI BOLEH TINGGI LAGI
YANG RENDAH BOLEH RENDAH LAGI”
SAYA tak berani SENTUH!..ikut sahaja trendnya…
Yang turun, hanya yang Trend turun macam Armada dan Thheavy, yang lain sedang NAIK seperti Nestle,Scientx dan Kawan Food…mereka tak terkesan dengan Oil & Gas malah berpotensi semakin untung!
Ada ilmu, amalkan ilmu, dapatlah keluar dari kegelapan pasaran saham!
Kupasan lanjut di Kelas Advance Remisier King bulan March 2016.
Hotline Cik Shida 0137788048
Hotline En Halim 0127448843
Online register pantasss!
Register.zamsaham.com
Wallahualam..kajilah sendiri ya,saya tunjukkan jalan.
Zamsaham
#unclezam deal maker!
7 March 15
PalmVilla