Assalamualaikum semua pelabur saham sekalian,
Ramai pelabur termasuk yang sudah berada di dalam group ZPC gigit jari atau terlepas peluang beratus peratus disebabkan 4 perkara berikut:
1.Tak sabar nak tunggu harga naik ke resistant tertinggi
2.Jual awal sangat selepas dikatakan lama menunggu
3.Tak yakin beli ketika harga ‘senyap’ dan hanya yakin ketika harga bergerak pantas dan orang lain kata best.
4.Untunglah beberapa sen atau just cover modal sahaja selepas jual harga naik berdesup.
Itulah antara 4 sebab yang berlaku kepada bekas peserta yang mengkaji saham PRIVA dan IFCAMSC pada April tahun 2014.(harga saham dan nilai pelaburan naik lebih 300% hingga 1000%)
Oleh itu, saya suka berpesan…janganlah melabur mengikut rasa tetapi buatlah KAJIAN, kerana kebanyakkan rasa anda adalah salah!
Mungkin juga kajian anda tidaklah tepat, tetapi seseorang pelabur yang mengkaji adalah 10kali ganda lebih baik dari mereka yang hanya duduk menonton screen saham dari pagi sampai ke petang dan lebih parah mereka yang berurusniaga secara kontra.
Okey, just diingatkan Relaks dulu dan jika saham anda masih ada potensi dan masih trending ‘Keep hold’ tetapi jika saham tu memang hendak ke ‘selatan’ seperti sesetengah saham Oil & Gas baiklah jangan disimpan. Baik ditukarkan kepada saham lain yang lebih berpotensi.
Saham bukan kasino
Saham adalah pemilikan perniagaan..ada perniagaan sebenar di sebalik saham yang anda miliki.
InshaAllah, kuatkan kajian…kepada yang kuat kesabaran akan dapat NIKMAT pelaburan yang luar biasa.
Sekian.
Keep holding saham TEKNOLOGI
ZAMSAHAM
REMISIER KING