Dari Jun 2014 sehingga hari ini, harga minyak belum ada tanda nak naik sebaliknya terus mencatat harga terendah 11 tahun ke paras 36Usd per barrel. Lebih rendah dari Paras untuk kebanyakkan pemain industri untuk terus bernafas.
Walaupun berlakunya masalah Arab saudi dan Iran serta konflik di asia barat. Saya tak nampak sebarang kesan positif kepada kenaikan harga minyak.
Malah pelabur perlu ingat akan lambakkan minyak oleh negara Iran yang baru sahaja dilepaskan sekatan mungkin akan menyebabkan harga minyak boleh turun lagi.
Untuk sekarang, saya percaya jika harga saham minyak naik, hanyalah technical rebound sahaja dan ianya tidak kekal lama. Overall trend masih jelas ke bawah.
Kalau anda tanya saya….
Saya dari hujung tahun 2014 dah memang tak sentuh saham minyak dan kali ini saham KNM pun nampak bahaya…harga 50/50 untuk turun lagi.
Saham Skpetro pun harga dah bawah RM1.80…kalau pecah sokongan RM1.70 bukan turun ke RM1.00-1.00
Yang lain-lain saham minyak pun masing ‘goyang’.
Boleh klink untuk Eposide 1 zamsaham.com/saham/industri-
InshaAllah kelas advance terdekat saya akan kongsikan strategi saham kepada yang terperangkap.
Wallahu alam…
Zamsaham
#oil
Bukan cadangan sekadar pandangan orang luar dari bidang minyak. Anda tak wajib follow jika idea anda tak sama.