Assalamualaikum dan Salam Sejahtera,
Kenaikkan Harga saham akan lebih ketara jika pemegang saham Utama atau owner asal memiliki saham dalam jumlah yang besar. Ini memberitahu kita, yang owner asal sayangkan company ini dan tentunya akan memastikan perniagaan berjalan dengan baik.
Awal bulan ini saya ada kongsikan saham GREENYB yang berharga 0.32sen dan sekarang sudah pun naik lebih 10%. Ada juga yang beli seawal 26sen sejurus tamat Kelas KAGSS terakhir pada bulan Jun 2014 yang lepas. Anda untung lagi banyak dari saya…Tahniah!
Berbalik pada Balance Float dan kesannya, jika anda dapati selepas 30 pemegang saham terbesar, baki sahamnya adalah dibawah 30% atau ada sesetengahnya dibawah 10% itulah saham yang amat baik untuk NAIK laju dalam ‘senyap’ jika adanya sesuatu yang positif ke atas syarikat. Berikut beberapa contoh yang SUDAH NAIK dalam ‘senyap’..(senyap disini bermaksud harga sahamnya NAIK dalam keadaan tidak TOP VOLUME dan kurang mendapat perhatian pelabur runcit!)
6 Contoh saham di atas sudah cukup untuk menunjukkan kita berada dalam era Kegemilangan Era Saham 90’an atau dikenali sebagai KES90’an!
Buka Platform Saham RHB Investment Bank dan rujuk bahagian ‘database’. DIsitu anda akan dapat lihat semua pemegang saham terbesar dan jumlah peratusannya.
Gambarajah 1: Pecahan Pemegang Saham Teo Seng Capital Berhad dan Balance Floatnya
Gambarajah 2 : Tips Saham TEOSENG yang dikongsikan awal di Facebok tertutup ketika harga masih dibawah 80sen: Zamsaham Private Client
Gambarajah 3: Pecahan pemegang saham Sentoria Group Berhad dan ‘Balance Float’
Gambarajah 4: Pergerakkan TREND MENAIK saham SENTORIA Group Berhad yang lebih mudah jika Balance Floatnya sedikit.
Gambarajah 5: Pecahan pemegang Saham Greenyield Berhad dan Balance Floatnya
Adakah Gambarajah 5 ini dapat membuka mata kita untuk melihat potensi kenaikan harga saham GREENYB ?..Sila klik dan rujuk tips saham Greenyb yang dikongsikan awal sebelum ini.
Semoga apa yang dikongsikan dapat memberikan manfaat pada semua dan Insha Allah hal berkaitan Balance Float ini saya akan kongsikan dengan lebih terperinci pada kelas KES90’an di Terengganu pada 28 dan 29 Ogos 2014 ini.
Selamat Melabur Dengan Ilmu Saham sebenar.
Sekian,
Zamsaham 25 Ogos 2014
Kegemilangan Pelaburan Saham anda Bermula Di KES90an.