Salam semua pembaca blog Zamsaham yang dihormati.
Saham Alibaba akan disenaraikan minggu ini dan telah mendapat sambutan yang menggalakkan dari pelabur seluruh dunia.
Nilai Alibaba bukan kecil iaitu RM500 billion dengan apungan saham terbitan barunya (IPO) terbesar dalam sejarah dunia melebihi RM60 billion. 8 kali lebih besar dari Felda Global Ventures Berhad.
Gambar: Berita berkaitan Potensi pengembagan business AliBaba
Ini petanda positif kepada saham-saham yang berkaitan Teknologi dan inshaAllah dijangka akan berikan kesan kepada saham EFFICEN (Efficient E-Solutions Bhd) yang berharga 30sen sekarang ini.
Lagi sekali dimaklumkan ,Singapore Post adalah pemegang saham TERBESAR dalam EFFICEN dan merupakan indirect shareholder bagi Alibaba dengan kepentingan sebanyak 27%..
Jika benar Alibaba hendak mengembangkan perniagaannya, saya percaya EFFICEN akan mendapat kesan langsung. Maka potensi untuk perniagaan dan seterusnya kenaikkan harga sahamnya adalah Amat tinggi.
Untuk rekod, harga saham EFFICEN sudah keluar dari kepompong ‘mendatarnya’ 27sen dan baru sahaja keluar untuk TRENDING…
InshaAllah, saham ini adalah saham pilihan terbaik kepada pengemar IT berdasarkan kepada potensi Alibaba dan juga kepentingan dunia IT dalam kelangsungan perniagaan dunia.
Kita lihat berapa kuat saham Alibaba pada hari penyenaraiannya pada 19 September 2014 dan kesan limpahan potensi perniagaan kepada Efficient E-Solutions Berhad.
Untuk rekod EFFICEN mula dikesan seawal 16sen dan masih tidak terlambat untuk memilikinya.
Ada jodoh, minggu ini di PWTC kita akan kaji saham ini bersama sama.
Kaji dan labur sendiri itu lebih baik dari sekadar ikut-ikutan tips di ruang maya.
Sekian,
Zamsahamalibaba
16 Sep 2014