Assalamualaikum..
Saham IRIS Corperation Berhad sekarang berharga 0.33sen dan mencapai penutup terendahnya 0.315sen pada 16 Oct 2014 yang lepas. Harga Saham IRIS turun terendah dalam kepanikkan pasaran dan seperti biasa pelabur runcit pun akan turut panik lebih-lebih lagi yang tersangkut membeli saham pada harga-harga pucuk.
Untuk rekod, saham IRIS pernah dikongsi untuk ENTRY CALL oleh saya pada harga serendah 0.19sen pada awal 2013 dahulu dan mungkin merupakan yang paling awal membuat ENTRY CALL membeli ketika hampir ‘seluruh’ pelabur runcit membenci IRIS ketika itu. Harga IRIS tertinggi naik ke paras 0.63sen pada FEB 2014.
Gambar 1: Kajian saya ketika harga IRIS dibawah 0.20sen pada Julai 2013 yang lepas. Ianya menjadi sejarah terbaik kepada yang masuk membeli dalam ‘keadaan’ yang senyap tetapi berpotensi. Itu cerita tahun lepas. kita lihat pula carta terkini pada harga 0.33-0.34sen sekarang.(OCT 2014)
Alhamdulillah harga sekarang 0.33sen dan perkara sama – KEBENCIAN pada IRIS dilihat semula.
Gambar 2: Kajian carta IRIS Corporation Berhad pada harga 0.33sen merupakan paras lantai dan dijangka harga akan PANTUL semula untuk mencari target terdekat 0.415sen-0.42sen. Kepada semua bekas peserta kelas saham, sila buka Diary Invest Saham dan rujuk carta WEEKLY dan buatlah secara catitan. InshaAllah anda mungkin nampak sama seperti apa yang saya nampak.
Gambar 3: IRIS memberanikan diri membuat projek perumahan tersusun di Papua New Genea (PNG). Fasa pertama ‘SOLD OUT’ dalam masa 2 hari. Ini bermaksud potensi dan prospek pelaburan di luar negara dalam bidang pembangunan hartanah nampaknya ada masa depan yang cerah.
Gambar 4. Pelabur boleh layari website untuk mendapatkan gambaran projek perumahan yang dibangunkan oleh IRIS. Untuk rekod, IRIS adalah antara company terawal yang memperkenalkan Kad Pengenalan ‘CHIP’ dan hari ini IRIS antara syarikat dari Malaysia yang bertaraf global. Kita kaji lagi akan potensi saham IRIS ini di kala pasaran saham sekarang penuh dengan cerita negatif…adakah peluang terhidang dengan membeli pada harga terbaik ?
Gambar 5 : IRIS dapat projek dari kerajaan bagi ‘GST Refund agent for tourist’ bernilai RM155juta. Pada pemerhatian saya, IRIS sudah ‘agak lama’ tidak dapat projek dari kerajaan kecuali projek Rimbunan Kasih yang dianugerahkan oleh FELDA. Oleh itu, saya percaya ini mungkin petanda baik untuk IRIS dapat lebih projek-projek berkaitan teknologi kerajaan di masa hadapan. Serious, saya pun tidak pasti tetapi IRIS kalau dikira dari kepakaran teknologi, potensinya memang ada.
Berdasarkan sekilas info di atas.
Alhamdulillah harga sekarang 0.33sen-0.34sen.
“Suka saya pesan pada diri ini, kita sebagai pelabur tidak perlulah terlalu takut ketika semua orang takut dan JANGAN lah kita terkejar-kejar membeli ketika semua orang ghairah. Ini kerana gagalnya pelaburan bukan disebabkan pasaran saham positif atau negatif tetapi kerana kegagalan melawan perasan diri sendiri yang sering salah membuat percaturan.”
Wallahualam, Allah yang lebih tahu kebenarannya…
Sekian,
Zamsaham 27 Oct 2014 8.00am
# Masa pasaran negatif dan merah lah peluang mencari saham terpilih dibuat. Terlalu banyak harga saham yang sudah oversold dikesan minggu lepas..Hari ini sudah dapat duit bercuti…