Ubah Apa Yang Ada Pada Diri, Bantuan Allah Akan Tiba
Allah SWT berfirman:
“Sesungguhnya Allah itu tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum, melainkan mereka mengubah terlebih dahulu apa yang ada pada diri mereka sendiri.” Surah Ar-Ra’d ayat 11.
Syarat utama bantuan daripada Allah SWT untuk tiba kepada kita, ialah dengan kita berusaha terlebih dahulu. Kita lihat pada masa kini, umat Islam ditindas di sana sini, dan kita mahukan kemenangan Islam. Ada yang mahu menjadikan Islam sebagai mahaguru alam. Lantas kita sibuk berdoa dan berdoa meminta kemenangan. Tetapi sebab-sebab untuk mendapatkan kemenangan tidak pula kita usahakan. Maka Allah SWT tidak akan membantu kita.
Contohnya kita mahu cemerlang dalam peperiksaan, tetapi tidak angkat pen untuk menjawab soalan peperiksaan. Bagaimana, secara sunnatullahnya, Allah hendak membantu orang yang langsung tidak bersungguh hendak mencuba?
“Kalau jawab pun, bukannya aku tahu jawapan aku betul atau salah. Jadi tawakkal aja lah.” Dan itu contoh tawakkal yang silap.
Rasulullah SAW pada satu hari ada bertemu dengan seorang lelaki yang meninggalkan untanya tanpa ditambat. Rasulullah SAW bertanya: “Mengapa engkau tidak menambat untamu itu?” Lelaki itu menjawab: “Aku bertawakkal kepada Allah.” Rasulullah SAW tertawa dan berkata: “Tambatlah untamu itu dan bertawakkal lah kepada Allah.”
Hadith itu jelas menunjukkan yang tawakkal dan pengharapan kita kepada Allah SWT perlu diiringi dengan usaha.
Ada sesuatu yang mesti kita ubah pada diri kita, untuk Allah SWT membantu kita mengubah keadaan kita.
Hendak cemerlang, kena usaha baca buku, usaha belajar sungguh-sungguh, usaha jawab peperiksaan dengan terbaik, dan sambil itu bertawakkal lah kepada Allah SWT. InsyaAllah selepas itu, apa yang berlaku pun, semuanya terbaik buat kita pastinya.
Jika gagal pun, tidak berjaya mendapat keputusan cemerlang contohnya, paling kurang kita mendapat pelbagai manfaat daripada kesungguhan kita membaca buku, belajar bersungguh-sungguh. Pasti ada manfaat yang kita perolehi, berbanding ‘bertawakkal kosong’ dan kemudian gagal.
Perkongsian info : langitilahi.com
Hal yang sama juga dalam pelaburan saham.
Usaha anda,hasil untuk anda juga.
Kalau risau dan berdebar adalah kerana masih kurang faham apa yang diamalkan.
InshaAllah, bulan puasa ini boleh sertai Kelas Mega Ramadhan Remisier King selama 3 hari dengan Yuran diskaun RM6222 dari yuran asal RM8888. (Terhad)
Kalau ambik pakej lagi murah (Terhad)
So, yang dah datang boleh mempertajamkan skill lagi dengan yuran lebih murah lagi (ini khas utk bekas student sahaja).
Yang dah datang ,tapi tak sempat datang boleh ubahkan kerisauan tentang pelaburan yang ada dengan berterusan membuat latihan DIS.
Manakala kawan-kawan yang belum melabur boleh dapatkan kaedah pelaburan saham sebenar di PWTC Kuala Lumpur nanti.
Salam Ramadhan…InshaAllah minggu depan akan pantul Naik lagi.
HOTLINE
013 7788 048
012 7448 843
Wallhualam
Sekian
Zamsaham
19 Jun 2015