MALAYSIA HARI INI TV3 -BERSAMA REMISIER KING ZAMSAHAM
Pelbagai pertanyaan asas pengacara diajukan kepada Remisier King Zamsaham. Apa yang penting pertanyaan asas ini sudah mampu menyampaikan mesej yang sebenar kepada umum bahawa pada umur seawal 18 tahun sudah boleh untuk melabur saham di Bursa Malaysia. Selain itu diterangkan juga mengenai modal minima untuk melabur, membuka akaun CDS Bursa Malaysia, membaca maklumat saham di Surat Khabar. Beliau juga sempat memberikan “RULE” yang perlu ada bagi setiap Pelabur dengan memastikan 3 perkara ini sebelum membeli saham antaranya:
1.Pastikan syarikat untung
2.Pastikan syarikat yang berpotensi untuk untung
3.Pastikan syarikat mampu mengekalkan keuntungan
Beliau juga ada memberikan pandangan mengenai saham-saham yang berpotensi buat masa ini seperti melihat potensi perniagaan di sektor kesihatan dan teknologi. Beliau juga ada memberikan sedikit penerangan mengenai saham contohnya saham ‘IRIS’.
Jika anda terlepas menyaksikan rancangan MHI-TV3 pagi ini, anda boleh Saksikan rakaman penuh ZAMSAHAM DI MHI 18 MEI 2015 DI SINI >>> http://youtu.be/vmrOXNCB0Bg
Pelbagai Isu semasa dan Strategi unik pelaburan berjaya juga dikongsikan oleh Remisier King Zamsaham.
Apa yang penting, “Melaburlah dengan Ilmu dahulu sebelum melabur terus di Bursa Malaysia”. Sertai Ilmu Pelaburan sebenar dan ajak sedara mara kembangkan duit yang ada melalui pasaran saham yang sah Bursa Malaysia.
Insha Allah tahun 2015,adalah tahun ‘Peluang Terhidang’ ketika sebahagian pelabur dan penganalisis negatif akan pasaran saham.
Sertai Kelas Remisier King 6,7 & 8 Jun 2015 di Akademi Zamsaham, Kota Damansara dan daftar terus di register.zamsaham.com
HOTLINE:
Pn Nor 0137788048
En Halim 0127448843