Baik dan Buruknya berforum-JANGAN IKUT-IKUTAN DALAM SAHAM (Episode 2)
1. Dunia informasi dunia dihujung jari, just type sahaja di google bermacam info boleh dapat. Ianya satu perkara yang bagus.
2. Lagi banyak anda baca info-info ruang maya…lagi banyak anda Berforum…Ianya HANYA BAGUS kalau anda ada catitan dan dapat mengawal keadaan diri anda sendiri (BACA 2 KALI)
3. TETAPI jika tidak…Semua hasil kajian anda tiada ERTI dan TIADA NILAI kerana anda AKAN TERPENGARUH dengan info ikut ikutan yang belum tentu kebenaran dan kesahihannya.
4. Matlamat dan strategi asal boleh BERUBAH akibat pengaruh persekitaran dan dari orang lain.Banyak kali pelabur yang dah boleh buat duit pada awalnya last-last terbeli kat pucuk sebab menunggu isyarat beli dari suasana di forum2…
5. Sebab itulah kadang-kadang saham yang kurang komen itu saham yang biasanya mudah naik banyak..
6. Ingat, banyakkan kajian secara catitan dengan apa yang sudah diajar LEBIH dari banyak berjalan di mana-mana forum. Fokus kepada teras utama saham.
7. Kalau berjalan di ruang maya, Ianya boleh juga jika hendak lihat tahap emosi positif atau negatif sesuatu keadaan saham. Apapun, jika tak terkawal ditakuti last-last anda lah yang termasuk dalam membuat keputusan beremosi.
8. Bukan sahaja dunia saham bahaya…Ada juga beberapa kes orang masuk SYIAH sebab banyak berforum!
9. So, Ingat pesanan ini…kerana saya takut anda yang TENANG menjadi kacau bilau dan sasau kerana banyak sangat jalan sana-sini…Dapatkan ilmu dengan berguru kerana itulah yang paling afdhal.
10. Okey, selamat melabur dengan strategi pelaburan yang fokus kepada merekodkan kajian dengan catitan. InshaAllah akan lebih aman dan lebih menguntungkan.
Wallahualam,
Zamsaham
Remisier King 2015
==============================
Apa komen En Mior Ahmad Azlan
“Sebelum saya masuk kelas Zamsaham Norizam, saya pernah terfikir, kenapa saya tak beli je semasa indikator-indikator adalah dalam keadaan ‘senyap’ (macd/stochastic/rsi di paras terendah dan lain-lain) ? Jika dilihat graf-graf sebelumnya, possibility entry kita adalah tepat adalah pada ketika ‘senyap’ itu. Saya masih mencari jawapan kenapa saya masih gagal.
Tetapi, selepas join Kelas Advance Saham selama 3 hari, baru saya tau, rupa-rupanya saya TEWAS dengan ikut-ikutan sentimen membeli pada harga dah ‘bising’.
Faktornya :
1. Saya asyik mengadap skrin kaunter hari-hari.
2. Saya asyik baca forum.
3. Saya tak tulis ‘101’ sebab kenapa saya nak beli saham tu.
Sejujurnya, sehingga hari ini, jika saya ‘terbuat’ salah satu daripada 3 dosa besar di atas, pasti saya akan tewas juga dgn ikut-ikutan dan membeli ketika harga pucuk-pucuk.
Alhamdulillah, kelas Zamsaham Norizam mengajar kita erti sebenar pelaburan dan memberi kita untuk bersabar.
“If the stock is right, the entry point is right, so..the time will come sooner or sooner..Just have faith..”
Thanks sifu..Semoga Allah SWT memberkati dan merahmati team Zamsaham Norizam
En Mior Ahmad
Peserta Kelas Saham KL
======================================================================================================
# Ini adalah tips melabur saham jangan ikut-ikutan episode 2.
Yang Subcribe newsletter dah dapat episode 1…So,kalau tak nak miss yang episode 3 boleh masukkan email anda di dalam web www.zamsaham.com