Salam Pelabur Saham yang saya hormati,
Pasaran saham MERAH untuk awal bulan Oktober 2014,
Gambar 1: Pasaran saham MERAH pada 8 Oktober 2014. Sebanyak 935 harga saham syarikat TURUN dan hanya 93 harga saham yang NAIK. Seperti biasa pelabur saham akan kecoh dan mula berfikiran negatif dengan terikut-ikut sentimen pasaran. Berikut adalah tindakan yang biasa dibuat oleh pelabur runcit di Bursa Malaysia.
Bila pasaran SEMUA HIJAU…Mereka suka dan membeli dipucuk.
Bila pasaran SEMUA MERAH…Mereka panik dan menjual di ‘bottom’…
Inilah keluhan yang biasa didengar “Setiap kali aku beli harga saham tu turun, eh tiap kali aku jual harga saham aku naik balik“
Banyak jenis keluhan sebenarnya. Tetapi keluhan di atas adalah yang paling banyak.
Seringkali dipesan di dalam kelas, Jangan buat keputusan dengan berpandukan sentimen semata-mata. Buatlah kajian secara catitan sebelum sesuatu keputusan dibuat. Yang paling penting adalah JANGAN BELI kalau tak betul-betul buat kajian. Sebab kalau awal-awal dah tersalah masuk, itu dah jadi masalah besar….Pastikan MASUK kena betul!…itu rule no. 1 !
Okey berbalik kepada cerita pasaran saham MERAH hari ini…Berikut adalah antara punca sentimen yang terbawa-bawa dari US ke Malaysia.
Gambar 2: Pasaran Saham Dowjones Turun Sebanyak 270 mata selepas IMF (International Monetary Fund) mengurangkan Unjuran pertumbuhan ekonomi pada tahun 2015. Seperti biasa, pelabur saham akan panik dan lupa saham adalah pemilikkan perniagaan yang tidak semua saham terkesan dengan jangkaan yang dibuat oleh IMF.
Okey, apa pandangan saya akan hal ini.
Baca betul-betul kerana kita berada pada persimpangan yang penting.
Contoh saham 1: Pergerakkan saham Petronas Dagangan Berhad.
Kesimpulan: Harga Saham Petronas Dagangan Memang Dijangka Turun kerana sudah naik banyak dari RM9.00 ke RM31! Kenaikkan sebanyak 244% dalam masa empat tahun tanpa henti. Pada Mei 2014, ketika harga sahamnya RM28.25 sudah ada tanda untuk sahamnya turun lagi jauh kerana sudah pecah SEMUA paras sokongan mega yang ada. *8 Oct 2014
Contoh Saham 2: Saham Datasonic Berhad.
Kesimpulan: Harga Saham DATASONIC Memang Dijangka Turun kerana sudah naik banyak dari 17sen ke RM2.10! Kenaikkan sebanyak 1130% dalam 2 tahun tanpa henti. Pada OGOS 2014, sudah ada signal Penurunan seperti yang ditunjukkan pada carta di atas ketika harga RM1.80. Apa pun, Sell Call lebih awal dibuat di Facebook tertutup ZPC pada harga RM2.20 ketika ‘majoriti’ pelabur runcit ghairah akan saham Dsonic yang baru sahaja Share split ketika itu. Untuk sekarang, Saham Dsonic masih lagi lemah dan dijangka penurunan akan terus berlaku. Wallahulam. * 8 Oct 2014
Contoh saham 3: Pergerakkan saham INARI Berhad carta weekly 5 tahun.
Kesimpulan: Untuk rekod, saham INARI Berhad meninggalkan kenangan indah bagi group Zamsaham Private Client (ZPC) kerana dapat membuat ENTRY BUY CALL SEAWAL 38sen pada awal tahun 2013. Terkini Harga Saham INARI sudah mencecah RM3.36! Kenaikkan sebanyak 833% dalam masa 2 tahun tanpa henti. Pada SEPTEMBER 2014, ada nampak ‘lopong’ atas yang menunjukkan sudah ada TEKANAN Jualan pada harga RM3.22. Sekarang harga sudah turun ke RM3.00 dan penurunan dijangka masih lagi ada dengan target seterusnya adalah RM2.80. Wallahualam * 8 Oct 2014
5.Bagi 3 contoh saham di atas iaitu Petronas Dagang, Inari dan Datasonic sudah cukup menggambarkan penurunan adalah satu perkara yang memang dijangka. Lain-lain saham yang sudah naik banyak juga menggambarkan pergerakkan carta saham yang lebih kurang sama. Penurunan sedang berlaku.
6.Walaupun begitu, sesetengah kumpulan saham ‘BARU’ akan muncul menggantikan saham-saham yang sudah Naik banyak ini. Bermaksud anda tidaklah perlu risau dengan hal yang dimomokkan pada semalam dan hari ini (8 Okt 2014) iaitu:
7. Pendek cerita, peluang dan sinar untuk untung TETAP ada kerana saham-saham ‘BARU’ akan muncul untuk menyerlah sehebat atau lebih seperti 3 contoh saham yang sedang ‘correction’ di atas. Saya berikan contoh supaya anda dapat ‘tangkap’ apa yang saya ingin sampaikan dengan memberi kisah perniagaan handphone Samsung dan XIAOMI. Itu satu contoh terkini untuk faham situasi yang bakal berlaku pada pasaran saham Bursa Malaysia.
KISAH SAMSUNG DROP DAN XIAOMI YANG BOOM!
Gambar 3 : Perniagaan Handphone Samsung semakin susut dan dijangka Keuntungan syarikat akan susut sebanyak 60%. Untuk rekod, Samsung mengalahkan jualan Handphone Iphone pada 2012. Selepas 2 tahun mengalahkan jualan Iphone nampaknya Samsung pula bakal menerima nasib yang sama.
Gambar 4: Berita penjualan Handphone XIAOMI yang naik 271% mengemparkan dan dikatakan penyebab utama perniagaan jualan dan keuntungan SAMSUNG susut.
8. Kesimpulan bagi contoh perniagaan handphone Samsung susut adalah sebab persaingan hebat dari handphone XIOAMI yang murah dan aplikasi yang hebat. Jadi, saya percaya yang anda faham, pelaburan saham adalah memiliki ekuiti yang belakangnya adalah peniagaan sebenar. Perniagaan ada masa naik dan ada masa turun, begitulah dia perumpamaan yang bakal berlaku pada pasaran saham Bursa Malaysia dalam beberapa tahun mendatang.
9. Insha Allah, Pasaran Saham Bursa Malaysia menjanjikan pulangan pelaburan yang hebat kepada yang kekal bersabar mencari peluang yang terhidang ketika paniknya pelabur saham dengan sentimen negatif pasaran saham dengan hidangan berita negatif tentang ekonomi atau sebagainya.
STRATEGINYA,
Simpan Tunai dan Intai Peluang membeli saham ketika pasaran betul-betul negatif tetapi mempunyai petanda sebaliknya. Semak dan Catit keputusan kajian dalam Diary Invest Saham.
Insha Allah apa Strategi dan pandangan pasaran bagi tahun 2015, saya akan kongsikan pada KELAS ADVANCE KEGEMILANGAN ERA SAHAM 90an pada Minggu ini di Penang. Jangan miss, sebab ini mungkin kelas terakhir dibuat di Penang bagi tahun 2014!
Wallahualam, Allah SWT yang lebih tahu akan kebenarannya…
Sekian,
Zamsaham
8 Oct 2014
# Pasaran saham Naik dan Turun sudah menjadi perkara biasa…Yang penting kaji sebelum beli dan bukan Ikut-ikutan.