Saya dah 16 tahun dengan saham…..saya memang tak pernah untung banyak kalau HARI-HARI keluar masuk dalam pasaran saham…
Silap hari bukan untung…RUGI BERTIMBUN sebab selalu urusniaga saham.
Saya langsung TAK PERCAYA pada istilah boleh jadikan Saham ini sebagai tempat untuk ber’trading’ harian….hari-hari jual beli saham.
Mungkin ada sebahagian anda kata Boleh…tapi ianya tidaklah bertahan lama kerana pengalaman saya sebagai menjadi Remisier selama 13 tahun memang kata tak boleh!
Sebab apa saya cakap benda ini?
Sebab saya dah lalui lebih awal daripada kebanyakkan anda semua kerana seawal umur saya 19tahun saya dah labur saham…bukan ribu TAPI dah berjuta duit saya habis kat aggresif dan sehingga tercebur ke penyakit KONTRA…trading setiap hari sehinggakan pernah satu masa sehingga 20 saham dengan posisi nilai jutaan. Hari-hari mengadap komputer sampai boleh jadi sasauuuu….
Jadi sebagai pesan pada kebanyakkan yang baru nak menceburkan diri tu, ini 3 nasihat saya:
1.Jangan berangan nak urusniaga saham SETIAP HARI
2.Jangan berangan nak berhenti kerja dan main/melabur saham
3.Jangan berangan cepat kaya dengan KERAPnya urusniaga saham kerana orang seperti saya yang jadi REMISIER akan semakin berkepok-kepok akan dapat komisyen….
Jadi kalau anda rasa anda hebat, teruskanlah dengan aktiviti TRADING anda dan saya doakan anda terselamat dari kerugian… Mungkin anda berbeza…
Wallahualam,
ZamsahamTerbukti ramai untung 100% asalkan caranya betul.
#pelaburan saham sebenar bukan long term
#bursamalaysia