Soal jawab umum mengenai FCPO/FKLI:

1. Apakah yang dimaksudkan dengan FKLI dan FCPO?

FKLI adalah singkatan nama untuk Future Kuala Lumpur Index atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia.

FCPO adalah singkatan nama untuk Future Crude Palm Oil atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia.

2. Adakah pelaburan ini diiktiraf oleh Kerajaan?

Pelaburan Pasaran Hadapan atau dikenali sebagai Future Market ini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Sila rujuk laman web Bursa Malaysia Deriviative untuk maklumat lanjut.

3. Berapakah Modal Untuk memulakan pelaburan?

Modal atau Margin yang diperlukan adalah sebanyak RM4,000.00 untuk Indeks (FKLI) dan Minyak Sawit mentah (FCPO) adalah RM4,000.00. Margin ini adalah untuk urusniaga ‘overnite’, jika untuk urusniaga ‘intraday’ margin adalah separuh iaitu 50% daripada jumlah keseluruhan margin ‘overnite’. Walaupun begitu, pihak Zamsaham akan memaklumkan jika ada sebarang perubahan kepada margin. Ini kerana margin ini bergantung kepada ketetapan oleh Bursa Malaysia Derivatives.

4. Siapakah yang menguruskan pelaburan saya?

Anda adalah pengurus kepada pelaburan anda. Oleh itu, anda perlu merekodkan setiap urusniaga yang dibuat dan menyemak posisi yang anda ambil. FBR (Wakil Broker Pasaran Hadapan) bertindak sebagai orang tengah untuk setiap tempahan bagi pihak yang ingin ‘Long’ dan ‘Short’.

5. Bagaimana saya boleh memperolehi keuntungan jika harga turun?

Keunikan Pasaran Hadapan adalah, anda boleh memasuki pasaran dengan menjual (SHORT) pada harga mahal dan membeli (LONG) semula pada harga yang murah. Ini dibolehkan kerana anda berada di dalam pasaran hadapan. Harga ‘set’ sekarang tetapi barang ‘deliver’ kemudian.

6. Apakah yang dimaksudkan dengan 'Margin Call'?

‘Margin Call’ adalah kekurangan modal yang perlu ditambah ke dalam akaun anda akibat dari perubahan harga. Duit ‘margin call’ ini perlu dimasukkan segera kerana jika tidak pihak broker akan ‘closed’kan posisi anda. Jika untung akan dimasukkan dan rugi akan ditolak dari akaun anda.

7. Berapa banyak 'order' yang saya boleh ambil dalam sehari ?

Anda boleh mengambil ‘order’ sebanyak mana yang anda inginkan. Cuma digalakkan anda merekod setiap posisi dan harga yang anda masuk. Ini bagi mengelakkan kekeliruan dengan pihak FBR(wakil broker anda).

8. Mengapa harga semalam dan hari ini dibuka berbeza?

Harga semalam atau dikenali sebagai ‘settlement price’ akan berbeza dengan hari ini kerana terdapatnya perbezaan ‘permintaan dan penawaran’ pada harga pembukaan.

9. Berapa keuntungan yang saya akan perolehi untuk setiap 'satu point'?

Keuntungan untuk setiap ‘satu point’ bergantung kepada FKLI atau FCPO. Jika FKLI untuk setiap 1 mata turun naik bersamaan RM50. Manakala untuk FCPO adalah sebanyak RM25.

10. Bila saya boleh ambil keuntungan saya?

Anda boleh ambil keuntungan anda setiap hari dengan memberitahu Broker anda. Cek anda akan disiapkan dalam masa 1 hari sahaja.

11. Bolehkah saya jatuh 'bankrupt' dengan melabur di Future Market?

Anda tidak akan jatuh ‘bankrupt’, kerugian maksimun yang akan anda tanggung hanyalah modal yang anda laburkan. Kebiasaannya, modal tidak akan habis, kerana jika anda tersalah posisi dan terdapat ‘margin call’, broker akan ‘closed’kan posisi itu sebelum anda kehabisan semua modal.

12. Adakah akaun untuk urusniaga FKLI dan FCPO sama?

Akaun untuk FKLI dan FCPO adalah sama iaitu di bawah Bursa Malaysia Derivatives.

13. Mengapa penyata urusniaga saya berbeza dengan apa yang saya rekodkan?

Penyata urusniaga akan jadi berbeza kerana pihak RHB mengamalkan sistem First In Last Out (FILO). Sistem ini akan ‘menyimpan posisi’ yang lama dan menutupkan posisi yang paling terkini. (Tujuannya adalah mungkin pelabur ingin menyimpan posisi yang lama dan bermain intraday sahaja). Walaupun begitu pengiraan keuntungan dan kerugian ke atas modal adalah sama.

14. Kontrak apakah yang paling aktif untuk indeks dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya?

Kontrak yang paling aktif untuk indeks adalah ‘Spot Month’ atau bulan yang terkini. Biasaya awal bulan agak perlahan dan semakin rancak sehingga hujung bulan. Tetapi, semakin dekat dengan ‘expiry’ kontrak urusniaga akan menjadi perlahan semula. Untuk FKLI posisi yang tidak ditutup akan ditutup secara automatik oleh ‘Exchange’. Jika anda dapat untung akan dimasukkan ke dalam akaun anda, manakala jika rugi akan ditolak dari akaun anda.

15. Kontrak apa yang paling aktif untuk FCPO dan apa akan jadi jika saya tidak ‘closed’ posisi saya?

Kontrak yang paling aktif untuk FCPO adalah bulan ke 3 dari hari ini bermula dengan 15 haribulan. Setiap kontrak CPO yang hampir kepada ‘expiry date’ perlu di ’closed’ kan untuk mengelakkan anda dikenakan penalti. Jika anda SHORT anda perlu menghantar minyak sawit, dan jika LONG anda perlu membeli keseluruhan Minyak Sawit Mentah. Inilah yang dipanggil sebagai ‘physical delivery’.

16. Apakah strategi yang paling utama sebelum saya mengambil posisi 'long' atau 'short'?

Strategi paling utama adalah anda perlu mengetahui ‘trend major’ atau ‘intermediate’ dan masuk mengikut arah trend tersebut. Bukan masuk arah yang ‘small-small’ trend. Jika anda tidak dapat melihat arah trend jangan masuk pasaran.

17. Jika saya sedang dalam keadaan posisi rugi, apa yang perlu saya lakukan?

Perkara yang paling utama anda perlu lakukan adalah bertenang dan jangan panik! Tarik nafas dalam – dalam sambil melihat adakah arah trend masih kekal ataupun sudah berubah. Jika trend sudah berubah keluar dan ‘closed’ posisi anda secepat mungkin. Ingatlah selalu dan anggaplah kerugian tadi sebagai adat orang berniaga dan percayalah jika ada disiplin, kerugian anda akan cepat dapat di ‘cover’ semula.

18. Pasaran hadapan berubah dengan pantas berbanding saham, jika saya membuat tempahan dengan menelefon, harga pastinya akan berubah dan saya tidak dapat untung banyak?

Berdasarkan pengalaman, tiada perbezaan ketara orang yang masuk awal dan lambat kerana mungkin orang yang masuk awal harganya lebih mahal berbanding yang masuk lambat. Ini kerana faktor emosi dan jangan kelam – kabut perlulah dikawal sebelum masuk dan keluar dari pasaran. Walaupun begitu, pihak RHB Investment Bank Berhad turut menyediakan platform ‘online order’ untuk kesenangan pelanggannya.

19. Adakah pasaran hadapan ini sesuai untuk orang yang bekerja macam saya?

Boleh jadi sesuai, boleh jadi juga tidak. Yang dikatakan sesuai jika anda memahami konsep pelaburan pasaran hadapan yang fleksibel dan mengetahui trend pergerakkan indeks/CPO. Skill lain yang anda mesti ketahui adalah memahami teknik teknikal analaysis untuk mendapatkan arah trend. Jika anda sudah tahu arah trend, harga walaupun ada turun naik, pastinya ianya akan mengikuti arah trend tersebut. Oleh itu, anda boleh buat kerja anda sambil bermain Pasaran Hadapan.Pasaran Hadapan tidak sesuai kepada anda jika anda tidak memahami konsep pelaburan CPO atau Indeks dan tidak mengetahui arah trend. Jika sudah tersalah masuk trend, anda tidak tahu untuk ‘closed’ dan keluar dari posisi tersebut.

20. Mengapa petua untuk bermain CPO/Indeks, untung yang pertama perlu dikeluarkan?

Ini adalah petua Zamsaham, lumrah manusia biasanya akan mengingati perkara pertama dalam hidup. Jadi keluarkanlah keuntungan anda, walaupun hanya untung RM25.00 dan duit tersebut perlulah di beli barang yang anda nampak. Lebih baik juga disedekahkan 5% kepada orang yang memerlukan dan niatkan supaya anda akan untung lebih banyak lagi.

21. Bagaimana saya ingin melihat penyata pelaburan saya?

Statement pelaburan anda akan dihantar melalui email. Pihak RHB menggalakkan anda mempunyai akaun ‘Gmail’.Penyata juga boleh dihantar melalui pos. Jika anda adalah pelabur yang aktif, posmen akan menghantar penyata posisi anda hampir setiap hari. Jika anda tidak berminat dengan penyata yang dihantar ke rumah, anda boleh membatalkan dengan memaklumkan pihak kami.

Masih ada pertanyaan?

Hantarkan sebarang pertanyaan anda kepada kami.

Hantar soalanclear

General Q & A about FCPO/FKLI:

1. What is the FKLI and FCPO?

FKLI is Future of Kuala Lumpur Index, Bursa Malaysia.

FCPO is Future of Crude Palm Oil, Malaysia.

2. Does this investment is recognize by the Government?

Future investment or Future Market is recognized by the Malaysian government. Please refer to the Bursa Malaysia derivative website for more information.

3. How much is the modal required to start investing?

Modal or margin required for index (FKLI) and crude palm oil (FCPO) is RM4,000.00. Thismargin is for transactions’ overnite ‘, the transactions’ intraday’ margin is half of 50% of the total margin ‘overnite. Zamsaham will inform you if there is changes on the margin. This is because the margin depends on the provision by the Bursa Malaysia Derivatives.

4. Who will manage my investments?

You are the manager of your investment. Therefore, youmust records each transaction and check the position. FBR (Futures Broker’s Representative) acting as a mediator for everybooking for ‘Long’ and ‘Short’.

5. How can I make a profit if the price decline?

Futures is unique, you can enter the market with sell (SHORT) it at an expensive prices and buy (LONG) at a cheaper prices. This is possible because you are in the future market. Set the price now for the later futures .

6. What is the meaning of 'Margin Call'?

Margin Call’ is the lack of modal which is require be added to your account due to the price changes. Money ‘margin call’ should be place immediately, or the broker will closed your position. If the profit is placed the loss will be deducted from your account

7. How many order can I take in a day?

You can take the orders as much as you want. You are encouraged to records every position and the entered price. This is to avoid confusion with the FBR

8. Why is the price of yesterday and today open differently?

Yesterday price or known as settlement price will differ from today’s because of the request and the offer of an opening price.

9. How much profits will I earned for each 'one point'?

The profit for each one point depends on FKLI or FCPO. If every 1 currency fluctuations of FKLI is equivalent to RM50. While FCPO is RM25

10. When can I take my profit?

You can take your profits every day by telling your broker. Your cheque will be issued within one day.

11. Can I bankrupt investing in the Futures Market?

You will not bankrupt, the maximum loss will be the amount of modal invested. Normally, you will not run out of modal because if you enter the wrong position, there is a ‘margin call’and the broker will ‘closed’ the position before you run out of all modal.

12. The accounts for FCPO and FKLI trades is the same?

FKLI and FCPO account under Bursa Malaysia Derivatives.

13. Why does my transaction statements differ with what I recorded?

Transaction statement will be different because RHB system is First In Last Out (FILO). This system will save the old position and close the latest position. (Reason : investor may want to keep the old position and play intraday). Howeverthe calculation of gains and losses on modal is the same.

14. what is the most active contracts for the index and what will happen if I do not closed my position?

The most active contract for the index is the ‘Spot Month’ or the current month. Usually at the beginning of the month it is slow and rapidly growing at the end of the month. However, it will begin to slow due to expiry contract. For FKLI, the unclosed position will be automatically closed by the Exchange. If you get the profits it will transfer into your account, and if you loss it will be deducted from your account.

15. What is the most active contract for FCPO and what will happen if I do not closed my position?

The most active contract for FCPO is 3th months from starting day and the 15th of the month. Each CPO contract that close to the ‘expiry date’ should be ‘closed’ to avoid a penalty. If you Short you need to sell the palm oil, and if Long you have to buy the whole Crude Palm Oil. This is called as ‘physical delivery’.

16. What is the most important strategy before I take the position of 'long' or 'short'?

The most important strategy is to go in the trend direction of major trend or ‘intermediate’ and try to avoid the small trend. Do not invest if you cannot see the trend.

17. If I in the loss position, what should I do?

You need t stay calm and do not panic! Look at the trend. If the trend is changed, closed the position as soon as possible. Keep in mind, and assuming that win and loss is the custom of the business and believe yourself. Discipline is important to cover up your losses.

18. The futures market is changing faster than stock, if I make a reservation by phone, the price is definitely going to change, so i will not make a profits?

Based on experience, there is no significant difference for early investor or later. This is because of emotional factors, do not clumsy in entering and leave the market. RHB Investment Bank Berhad also provides a platform ‘online order’ for customers.

19. Does the futures market suitable for a worker?

It is suitable, if you understand the concept of flexible investment futures market trend and know index / CPO trend. You need to understand the analysis techniques for the trend direction. If you know the trend and price, even though there is price fluctuations, certainly it will follow the direction of the trend. Therefore, you can do your work while invest in Futures Market . It is not suitable if you do not understand the concept and the trend of CPO investment or index. If you’ve mistakenly signed trend, you do not know to closed and out of the position.

20. Why the first CPO/Index profits need to withdraw was the tips?

This is the Zamsaham’s tips. Withdraw your profits, although it is only RM25.00 to buy necessary things. It is better if you donate 5% to needy and hope you can get more profit with God wills.

21. How do I see my investment slip?

Your investment statement will be sent via email. RHB encourage your to have an Gmail account . Statements can send by post. If you are an active investor, the postman will send your position statement almost every day. If you are not interested with post-statement service, you can cancel by informing us.

Still have a question?

Send your inquiries to us.

Hantar soalanclear

Mutiara Kata Zamsaham

[dt_testimonials type=”slider” columns=”2″ number=”6″ orderby=”date” order=”desc” category=”home-small,mutiara-kata” padding=”20″ column_width=”370″]