Salam Semua Pelabur Yang Dihormati,
Jangan Ikut-ikutan
Tetapi nak ikut, Risiko pelaburan anda tanggung sendiri dan itulah konsep TAYOR (Trade At Your Own Risk). Sungguhpun begitu, jika u all nak ikut juga, tiada masalah sangat sebab, ianya saya dah kaji dan semak. Cuma nak diingatkan anda perlulah masuk membeli ketika:
Okey, itu cara simple dan jika hendak ikut tips ini, Risiko anda tanggung sendiri…Okey, TIPS saham PEHH
No 1. Saham PMCORP (PAN MALAYSIA CORPORATION BERHAD)
Saham PMCORP atau saya namakan saham ‘TOKEY COKLAT CRISPY’ ini sudah pun dikongsikan awal pada Ogos di FB Zamsaham. Harga semasa 0.25sen dan sekarang 0.28sen adalah new entry untuk masuk semula.
Berapa jauh Saham ini nak naik?….itu yang anda dan semua orang hendak tahu.
Insha Allah berdasarkan pengamatan dan Kajian di Diary Invest Saham, harga sahamnya mampu naik ke 50sen atau kenaikkan profit 100% dengan beberapa ‘sebab’ berikut:
Gambar 1 : Perkongsian ini sudah dibuat beberapa kali di Facebook Zamsaham. Insha Allah masih ada ruang kenaikkan dengan merujuk kepada tertinggi sebelumnya adalah 50sen.
Gambar 2: Pecahan pemegang saham PMCORP yang dimiliki oleh MUI Group dan rakan-rakannya. Untuk rekod MUI Group hebat pada tahun 90’an. Adakah KES90’an akan berulang kepada Coklat Crispy?…Kita tunggu masanya tiba..
Itulah ringkasan kepada kajian saya yang sudah pun ditunjukkan awal di Kelas KES90’an di Terengganu baru-baru ini. Semoga panduan diingati dan diamalkan kerana jika ada Ilmu kalau tak amal pun tak ada gunanya.
TIPS PEHHH yang kedua adalah EFFICEN (EFFICIENT E-SOLUTIONS BERHAD)
Untuk rekod, saham ini sudah dikongsikan seawal 16sen ketika tips saham U KISS I LOVE yang dikongsikan di Blog Zamsaham baru-baru ini. Nampaknya harga saham EFFICEN berharga 27-28sen sekarang dan sudah pun mencapai paras tertinggi baru dalam masa melebihi 5 tahun. Harga saham tidak akan naik jika syarikat tidak bagus.
OKEY, kepada saya berkenan dengan saham EFFICEN ini adalah sebab company ini pemegang sahamnya pegang hampir 50% dan itu antara tanda baik kerana jika ada berita bagus tentang syarikat harga sahamnya MUDAH naik!.
So far dari apa yang saya kaji, EFFICEN BERHAD:
Gambar 3: Layari Website EFFICIENT BERHAD dan selidiki betul-betul akan latar belakang perniagaannya.
Gambar 4: Dividen ada bayar, so jika ada anda layak melabur menggunakan EPF, mungkin saham Efficen ini bleh dipertimbangkan.
Gambar 5: Singapore Post adalah pemegang saham TERBESAR dalam Efficient E-Solutions Berhad dan Balance float tidak sampai 19% adalah berita baik untuk harga sahamnya mudah NAIK.
Gambar 6: Info berkaitan ALI BABA membeli saham SINGAPORE POST yang merupakan pemegang saham Terbesar Efficen Berhad
ANda kaji betul-betul saham Efficent ini, secara peribadi saya ‘suka betul’ dengan saham Efficent ini kerana teras perniagaan yang terlibat dalam dunia IT,lagipun harga sahamnya sedang memasuki fasa trending jika diatas 27sen..
Simpan kerana perniagaannya yang dilihat berpotensi besar…Insha Allah seperti biasa info awal seperti ini saya akan updatekan terlebih dahulu di Facebook Tertutup Zamsaham Private Client
Okey, selesai 2 tips saham PEHHH iaitu PMCORP dan EFFICENT. Jika anda berminat, pastikan anda catitkan maklumat kenapa anda hendak beli sebelum keputusan pembelian dibuat. Itu pesanan saya.
TIPS NO 3 :HHHCORP 18-19sen (HIAP HUAT HOLDINGS BERHAD)
GAMBAR 5: HHHCORP buat business pengurusan bahan terbuang.
Saham HHHCORP ini ada dikaji juga minggu lepas di KES90’an Terengganu. Seronok dapat tunjuk bagaimana kita semua sebenarnya mampu untuk menilai sendiri sama ada saham itu boleh naik atau tidak. Kita buat kajian sendiri itu kadang kadang lebih baik dari ikut-ikutan sahaja.
HHHCORP sekarang berada pada harga 18-19sen dan jika harga kekal diatas 16sen, Insha Allah harga sahamnya berpotensi NAIK lagipun company ini kekal ‘hijau’ akaunnya.
Sebagai pelabur anda ‘wajib’ pastikan pintu kecemasan kerana jika harga turun balik bawah 16sen, Saya percaya ada sesuatu yang tidak kena dengan HHHCORP ini, TETAPI jika ianya kekal atas 16sen dan harganya dapat melepasi 19sen, Insha Allah harga sahamnya boleh ‘meroket’. Itu pandangan saya…kalau nak ikut pastikan TAYOR.
Gambar 6: Harga semasa HHHCORP adalah 18-19sen. U all dah boleh beli saham secara online, tak perlu call remisier lagi dah. Keduanya pecahan pegangan saham HHHCORP.
Selamat Menyambut Ulang Tahun KEMERDEKAAN Malaysia dan 3 tips PEHHH ini akan dinilai semula di KELAS KES90’an di JB minggu ini. Kepada semua yang terlepas peluang belajar saham dengan saya di Terengganu, datang lah ke JB, Saksikan sekali pembangunan pesat Johor dibawah Sultan Johor dan Menteri Besar yang baru..
Kita berada pada KES90’an dan JANGAN IKUT IKUTAN tapi buatlah KAJIAN SENDIRI!
KEGEMILANGAN ERA SAHAM 90’an bermula Kelas Saham KES90’an. Insha Allah ada usaha dan doa kejayaan bukannya angan-angan tetapi suatu yang pasti.
Jumpa saya di KES90’an JB!
Sekian,
ZAMSAHAM
JB
2 September 2014