Assalamualaikum dan salam saham semuanya,
Kali ini saya kongsikan pengalaman saya yang berada di Jepun dari 7 Februari 2016 untuk melihat peluang-peluang dan potensi yang boleh diterokai.
Pada 7 Februari 2016 malam, selamat sampai di Fukuoka, Jepun
8 FEBRUARI 2016
Kerja sehari 18jam dan boleh multitasking. Cekap orang Jepun ni. Boleh jaga frontdesk dan bila takda orang, ‘lari’ ke Restoran pula untuk kemas bekas makanan. Sana sini hormat orang dan tahu hargai orang walaupun baru kenal.
Meeting Pertama pagi ini ..meeting air laut buat air minum.
Meeting kedua Zamsaham@ Japan
Meeting dengan President Fukuoka Airport, Mr Wataru Aso. Apa yg bakal berlaku kalau ada direct filght ke sini ?
Meeting Ke-3 : Meeting Kari halal jepun…
Meeting santai sahaja yang ini sebab dia pun tokey kedai makan macam UncleZam.
Dia nak buka kilang di Malaysia!
Hari pertama business trip saya dapat simpulkan seperti ini. Kalaulah Jepun ni Islam…mungkin dia lagi Islam dari orang Islam. Makan kemas sendiri! Kasut dia kemaskan! Balik dia lambai tangan! Hormati walaupun baru kenal. Ketawa hanya pada tempatnya!