Soal jawab umum mengenai FCPO/FKLI :

Soal jawab umum mengenai FCPO/FKLI :

1. Apakah yang dimaksudkan dengan FKLI dan FCPO?
• FKLI adalah singkatan nama untuk Future Kuala Lumpur Index atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Indeks Bursa Malaysia. • FCPO adalah singkatan nama untuk Future Crude Palm Oil atau lebih dikenali sebagai Pasaran Hadapan Minyak Sawit Mentah Malaysia.
2. Adakah pelaburan ini diiktiraf oleh Kerajaan?
• Pelaburan Pasaran Hadapan atau dikenali sebagai Future Market ini sememangnya diiktiraf oleh kerajaan Malaysia. Sila rujuk laman web Bursa Malaysia Deriviative untuk maklumat lanjut.
3. Berapakah Modal Untuk memulakan pelaburan?
• Modal atau Margin yang diperlukan adalah sebanyak RM3,000.00 untuk Indeks (FKLI) dan Minyak Sawit mentah (FCPO) adalah RM3,000.00. Ini kerana margin ini bergantung kepada ketetapan oleh Bursa Malaysia.
4. Siapakah yang menguruskan pelaburan saya?
• Anda adalah pengurus kepada pelaburan anda. Oleh itu, anda perlu merekodkan setiap urusniaga yang dibuat dan menyemak posisi yang anda ambil. FBR (Wakil Broker Pasaran Hadapan) bertindak sebagai orang tengah untuk setiap tempahan bagi pihak yang ingin ‘Long’ dan ‘Short’.
5. Bagaimana saya boleh memperolehi keuntungan jika harga turun?
• Keunikan Pasaran Hadapan adalah, anda boleh memasuki pasaran dengan menjual (SHORT) pada harga mahal dan membeli (LONG) semula pada harga yang murah. Ini dibolehkan kerana anda berada di dalam pasaran hadapan. Harga ‘set’ sekarang tetapi barang ‘deliver’ kemudian.
6. Apakah yang dimaksudkan dengan ‘Margin Call’?”
• Margin Call’ adalah kekurangan modal yang perlu ditambah ke dalam akaun anda akibat dari perubahan harga. Duit ‘margin call’ ini perlu dimasukkan segera kerana jika tidak pihak broker akan ‘closed’kan posisi anda. Jika untung akan dimasukkan dan rugi akan ditolak dari akaun anda.
7. Berapa keuntungan yang saya akan perolehi untuk setiap ‘satu point’?
• Keuntungan untuk setiap ‘satu point’ bergantung kepada FKLI atau FCPO. Jika FKLI untuk setiap 1 mata turun naik bersamaan RM50. Manakala untuk FCPO adalah sebanyak RM25.
8. Adakah akaun untuk urusniaga FKLI dan FCPO sama?
• Akaun untuk FKLI dan FCPO adalah sama iaitu di bawah Bursa Malaysia Derivatives.
9. Bagaimana saya ingin melihat penyata pelaburan saya?”
• Statement pelaburan anda akan dihantar melalui email. Pihak RHB menggalakkan anda mempunyai akaun ‘Gmail’.Penyata juga boleh dihantar melalui pos. Jika anda adalah pelabur yang aktif, posmen akan menghantar penyata posisi anda hampir setiap hari. Jika anda tidak berminat dengan penyata yang dihantar ke rumah, anda boleh membatalkan dengan memaklumkan pihak kami.
10. Adakah pasaran hadapan ini sesuai untuk orang yang bekerja macam saya?
• Boleh jadi sesuai, boleh jadi juga tidak. Yang dikatakan sesuai jika anda memahami konsep pelaburan pasaran hadapan yang fleksibel dan mengetahui trend pergerakkan indeks/CPO. Skill lain yang anda mesti ketahui adalah memahami teknik teknikal analaysis untuk mendapatkan arah trend. Jika anda sudah tahu arah trend, harga walaupun ada turun naik, pastinya ianya akan mengikuti arah trend tersebut. Oleh itu, anda boleh buat kerja anda sambil bermain Pasaran Hadapan.Pasaran Hadapan tidak sesuai kepada anda jika anda tidak memahami konsep pelaburan CPO atau Indeks dan tidak mengetahui arah trend. Jika sudah tersalah masuk trend, anda tidak tahu untuk ‘closed’ dan keluar dari posisi tersebut.

Masih ada pertanyaan?

Hantarkan sebarang pertanyaan anda kepada kami atau boleh hubungi +60 13-778 8048 untuk sebarang pertanyaan.
Daftar Kelas