Assamualaikum,
Sekian lama dah aku tak update saham Oil&gas semenjak 2014.Aku tak kacau saham Minyak selepas buat sell call saham Sumatec 76sen dulu.hari ni saham tu dah delisted.Ramai yang tersangkut dan burnt duit bila saham delisted.
Selepas hampir 7 tahun, baru ini aku terkejut dengan minyak mentah dunia didagangkan di pasaran hadapan hingga harga negatif 38 dollar.Luar biasa! Semua orang panik,Banyak syarikat dijangka akan gulung tikar bukan shaja oil and gas company tetapi lain juga…
So, apa cerita ni beb?
Macam biasa ketika crisis,disitula peluang.
Akan ada syarikat yang gulung tikar dan ada juga syarikat yang bertahan dan keluar dari kemelut crisis.Malah dari sejarah, akan semakin kuat .
Aku lihat crisis minyak dan covid dari sudut berbeza..
untuk 1st round,Alhamdulillah aku berjaya masuk cantik ketika orang panik pada 20 March yang lepas.Syukur sangat sebab dapat beli harga murah-murrahh…hari ni ada yang dah naik 100% kekal duduk dalam portfolio aku.
hari ni aku nak ulas pasal minyak.
kalau ikut cerita negatif,kompon korang takkan berani nak sentuh saham terutama saham minyak..Tapi ini pandangan aku.
1.Industri ini Minyak & Gas tetap akan ada, mustahil kereta korang tak pakai minyak lagi.99% kenderaan Malaysia masih pakai petrol.
2.Kegunaan Gas untuk masak dan industri masih dipakai secara meluas.
3.Industri Hiliran seperti buat baja,plastic dan hampir banyak product still pakai minyak
4.Dalam masa negatif inilah paling mudah untuk membeli saham pada harga murah.
5.Masa pasaran saham bagus,biasanya susah dapat harga saham yang murah seperti sekrang.
6.jika syarikat oil&gas boleh bertahan pada tahun 2020, tak delisted pada tahun 2021 maka,inshaAllah harga saham yang ada sekarang ni bakal jadi sejarah sebagaimana murahnya saham maybank pada klimaks gawat tahun 1997 dan murahnya saham topglove pada 2008 yang lepas.
7.Syarikat yang tak kuat dah lama bungkus seperti Sumatec dan perisai petroleum.kecundang lebih awal sebelum minyak turun dimusim covid 19 skrg ni.
pendek cerita, masa orang taknak beli,masa panik masa inilah kena beranikan diri membeli saham.kalau selepas aku beli harganya turun sekalipun aku rasa 100kali lebih baik dari yang beli saham sapura Energy masa harga atas Rm2.00, Harga saham Uzma RM4 ,5 tahun lepas.Harga sekrang sen sen jer…
Warning!
Semua 10 saham yang aku kongsi ini hanya untuk bantu korang buat keputusan dengan target yang mungkin tercapai awal atau tak tercapai-capai sampai bila-bila.
korang nak ikut, korang kena #BAYOR Buy at your your Risk
CEK PINTU KECEMASAN yang aku ada sertakan. Semak lampiran yang aku lampirkan ya.
mudahan usaha aku ini membantu korang dapat duit raya tahun 2021 atau lagi awal.
Wallahualam..
Sekian
Zamsaham
3 Mei 2020
zamsaham #sahamminyak #armada #alam #hibiscus #perdana #icon #Dayang #Velesto