Pada 17 – 19 Januari 2015, di PWTC Kuala Lumpur telah berlangsungnya Kelas Kegemilangan Era Saham 90an (KES90an).
Tahniah kepada peserta yang telah berjaya hadir dan menamatkan program 3 hari ini. Segala petua pantang larang, kesilapan, teknik-teknik dan pelbagai lagi ‘tips’ untuk berjaya dalam pelaburan saham telah dikongsikan..
Ingatlah apabila ‘SEMUAAAA’…semoga tuan/puan amalkan ilmu yang dikongsi…insyaAllah kejayaan dalam pelaburan saham bukan sekadar angan-angan tetapi menjadi kenyataan.
Gambar 1 : Pendaftaran peserta dibuka seawal jam 8 pagi pada 17 hb Jan 2015 di Bilik Perhentian, PWTC, Kuala Lumpur.
Mula sesi Intro pada jam 9 pagi hingga jam 11 pagi sebagai Asas pengenalan pelaburan saham sebenar kepada mereka-mereka yang baru ingin mengenali apakah itu pelaburan saham. Konsep asas dengan tambahan pengalaman penceramah melabur seawal usia 19 tahun turut dikongsikan.
Gambar 2 : Zamsaham berkongsi pengalaman bagaimana terhasilnya formula hebat ‘DIARI INVEST SAHAM’ yang kini sudah masuk versi baru 7.0
Gambar 3 : Penerangan kajian secara analisa teknikal.
Gambar 4 : “Ikut arahan pengajar” – zamsaham
Gambar 5 : Zamsaham sedang menerangkan dengan lebih jelas konsep pelaburan saham sebenar kepada peserta Intro.
Gambar 6 : Lebih dekat dengan peserta. Peserta Intro mendapat penjelasan lebih jelas konsep pelaburan saham sebenar.
TAMAT sesi Intro, peserta dijemput menjamu sarapan pagi di Bilik Redang, PWTC Kuala Lumpur.
Selesai sarapan, peserta Advance dipersiapkan untuk sesi ADVANCE pula. ‘Platform’ dipastikan ada untuk semua bagi melancarkan program Advance yang akan diteruskan selama 3 hari ini.
Team Zamsaham dan Crew Zamsaham membantu memasang kelengkapan pelaburan saham di laptop peserta-peserta.
Makan tengah hari dulu di Restoran RIVERSIDE, PWTC Kuala Lumpur.
SETERUSNYA Kelas ADVANCE BERMULA !!!
Gambar kenangan peserta ADVANCE KES90an dengan gaya ‘Tepuk-tepuk Zamsaham’