Dato Seri Anwar dan Tan Sri Muhyiddin. Sejarah sama cuma mangsa berbeza. Sebuah kupasan kehidupan dan pasaran saham! (baca seketul-seketul kalau anda serious melabur saham)
5 SEBAB TAHUN 2016 ADALAH TAHUN KEBANGKITAN SAHAM SAMA SEPERTI TAHUN 1999/2009
1. Tahun 2009 ramai pekerja dibuang kerja termasuk kilang tutup, Sekarang tahun 2016 berlaku lagi dan banyak orang kena buang kerja ekoran berita negatif ekonomi dan terkini pengurangan budget Petronas sebanyak RM50Billion. Dilaporkan berpuluh ribu pekerja di sektor minyak & gas, bukan sahaja Petronas, termasuk syarikat oil & gas diseluruh dunia yang sedang ‘jobless’ sekarang ini. Tapi saya bukan hendak bercerita pasal hal buang kerja,cuma hendak kaitkan dengan pasaran saham yang berulang dengan keadaan yang sama. Jika tahun 2009 banyak saham NAIK adakah tahun 2016 akan NAIK juga?Lampiran 1: Artikel pemberhentian pekerja JVC pada tahun 2015 adalah mirip perkara yang berlaku pada tahun 2008-2009 dahulu.Sila semak ramai tak kena buang kerja?
2.Sebab kedua ini agak unik, saya melihat perkara yang lepas berulang lagi iaitu Filem Hindustan, Kuch Kuch Hota Hai pada tahun 1998 dan filem Dilwale pada tahun 2015 dengan pelakon yang sama iaitu Shahrukh Khan dan Kajol. SEJARAH BERULANG cuma masa keadaan dan bentuknya sahaja berbeza. Setahun selepas dilancarkan, tahun 1999 pasaran saham NAIK meninggalkan mereka yang dok asyik negatif dan melayan Hindustan tanpa nampak PELUANG BUAT DUIT! Adakah kali ini, selepas pelancaran filem DILWALE di Malaysia, pasaran saham 2016 akan NAIK sebagaimana tahun 1999 dahulu?
Lampiran 2: Sejarah Filem Hindustan dengan konsep dan pelakon yang sama berulang pada tahun 1998 dan juga tahun 2015. Memang pelik kaitan ini…tapi itulah dia cara ZAMSAHAM!
3.Malaysia dikejutkan dengan penurunan Ringgit Malaysia dengan NILAI terendah pada tahun 1998 dan perkara sama berulang balik tahun 2015.Cuba ingat sebab 1(buang kerja) dan sebab 2(hindustan filem) diatas keduanya berlaku pada tahun 1998 dan 2015.Untuk sebab ke-3 ini ianya berlaku pada tahun yang sama.Jika benar kajian ini, adakah Tahun 2016 bakal membuat KEJUTAN untuk meninggalkan mereka yang kekal NEGATIF TANPA BERTINDAK merebut peluang ketika orang panik sekarang?
(kalau anda ingat selepas tahun 1998 SEKTOR HARTANAH terus merudum dan kali ini saya jangkakan saham OIL& GAS pula merudum) hampir kesemua saham selain sektor hartanah pada tahun 1999 NAIK.Adakah kali selain dari SEKTOR OIL& GAS akan NAIK pada tahun 2016 ini?
Lampiran 3: Nilai Ringgit rendah tahun 1998 dan berulang lagi tahun 2015. Perkara sama cuma bentuk dan situasi berbeza. Selepas tahun 1998 pasaran saham NAIK.
4. Lagi satu SEBAB PELIK yang saya kaitkan untuk mengatakan tahun 2016 adalah tahun KEJUTAN SAHAM adalah Dato Seri Anwar Ibrahim (Timbalan Perdana Menteri kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad) dipecat tahun 1998 dan pada tahun 2015, Tan Sri Muhyiddin (Timbalan Perdana Menteri kepada YAB Najib Razak) pula dipecat. Selepas pemecatan Dato Seri Anwar, pasaran saham NAIK!
Lampiran 4 : Pasaran saham NAIK mendadak pada tahun 1999 seperti lampiran di atas!
Lampiran 5: Pada tahun 1998 Dato Seri Anwar dipecat oleh Tun Mahathir, kali ini di bawah Perdana Menteri yang berbeza, SEKALI LAGI INSIDEN PEMECATAN BERLAKU pada tahun 2015. Cuma bezanya adalah Tan Sri Muhyiddin pula dipecat. Selepas tahun 1998, pasaran saham NAIK dengan KUATNYA. Adakah kali ini di tahun 2016 pasaran akan meninggalkan semua yang negatif dengan berita pasaran saham China ‘TUMBLE’ masalah harga minyak turun bawah USD 30 dan pertelagahan IRAN-IRAQ. Pada saya sekali lagi fokus dan berpaut pada saham yang betul, inshaAllah tahun 2016 adalah tahun KEJUTAN untuk meraih keuntungan!
5. Sebab seterusnya adalah Piala Malaysia, lagi satu sebab pelik yang saya keutarakan untuk mengatakan PERSAMAAN KEJUTAN TAHUN 1999/2009 dan tahun 2016 adalah Perlawanan Akhir tahun 2008 dan 2015 pertemuan Selangor dan Kedah.Tahun 2008 Selangor kalah kepada Kedah 2-3 dan kali ini ditahun 2015 Selangor menang 2-0 lawan Kedah.Team Sama cuma Selangor pula jadi Juara! Selepas Kedah menang bola pada tahun 2008, pasaran saham TERUS MENAIK walaupun dalam ‘volatile’ dari tahun 2009 hingga 2014
Lampiran 6: Keputusan perlawanan pada tahun 2008 dan 2015. Selangor menentang Kedah pada Final Piala Malaysia.
Lampiran 7: Pergerakan saham NAIK pada tahun 2009. Sebelum itu di lampiran 4 sudah ditunjukkan KENAIKAN pada tahun 1999. Adakah dengan persamaan yang dikaji, tahun 2016 akan meninggalkan mereka yang negatif dan membuat KEJUTAN KENAIKAN??
Kesimpulannya, saya seorang pelabur saham yang percaya kepada sejarah itu akan berulang.
Perkara yang lepas akan berulang lagi cuma masa keadaan dan bentuknya sahaja berbeza. Hal ekonomi berkait rapat dengan kehidupan. Ekonomi itu berkait rapat dengan kehendak manusia yang tidak terhad tetapi barang yang terhad. Kehendak yang secara tak langsung mengambarkan perilaku manusia yang berulang-ulang dari dahulu sampai sekarang. Dari kecil kita sudah makan, dari kecil kita sudah pakai baju baru untuk menyambut hari raya dan begitu juga bila dah dewasa ini. Semua kehendak memberikan kesan kepada rantaian ekonomi yang seterusnya membentuk pattern yang boleh dikaji dan dikenalpasti.
Itulah antara ilmu saham yang saya ajar di Kelas Advance (cuma lagi dalam huraiannya)
Jika diamati diteliti betul-betul selepas tahun 1998 dan 2008 iaitu pada tahun 1999 dan 2009 Pasaran saham membuat kejutan dengan NAIK meninggalkan ramai pelabur yang negatif.Ada sektor saham yang perlu dielakkan iaitu hartanah pada tahun 1999 dan tahun 2016 ini mungkin sektor oil&gas perlu dielakkan juga. Selain dari sektor oil& Gas saya inshaAllah saya menjangkakan banyak saham -saham yang BAKAL BUAT KEJUTAN
Pendek cerita, ambil peluang beli sekarang. Jangan pedulikan sangat cakap orang sebab mereka tak faham dan seperti biasa memang peluang itu bukan semua orang nampak (saya kekal negatif saham Oil & Gas!)Pilih saham yang sedang atau baru sahaja Breakout! ada 905 saham tersenarai, cuma pilih 2 atau 3 sahaja dengan ilmu catitan di DIS terbaru.
Banyak peluang…
“Tahun 2016,Relaks dan jangan HIRAUKAN sangat yang negatif kerana tahun 2016 bakal buat KEJUTAN sebagaimana terkejutnya PELABUR pada tahun1999 dan 2009!”
Kesimpulannya, saya seorang pelabur saham yang percaya kepada sejarah itu akan berulang.
Call Team Zamsaham untuk sebarang pembelian saham atau nak jual saham untuk tukar pada yang lebih berkualiti atau cepat Naik.
JB 0127456054 Cik Shida
KL 0127448843 En Halim
Sekian.
Wallahualam
Zamsaham
Pengkaji Putaran Saham
Percaya Sejarah berulang!
20 Januari 2016