AKADEMI ZAMSAHAM Kota Damansara sekali lagi menghimpunkan sekumpulan individu yang inginkan kejayaan dalam dunia pelaburan saham.
3 hari berkampung di Akademi Zamsaham, pelbagai perkongsian disampaikan oleh Penceramah Remisier King Zamsaham.
Beberapa bekas peserta hadir kali ini untuk memantapkan pemahaman yang ada. Diari Invest Saham dipenuhkan sepenuh-penuhnya, Segala maklumat dicatitkan di dalamnya.
Program kali ini juga menghimpunkan orang-orang baru yang ingin bergelar pelabur saham dan kami setiasa mengingatkan mereka untuk tidak IKUT-IKUTAN dengan Kepercayaan dan Mitos yang salah tentang pasaran saham sebelum ini.
Bagi yang terlepas tempat kali ini jangan risau kerana pada 27, 28 dan 29 Jun 2015 REMISIER KING ‘EDISI RAMADHAN’ 2015 akan dianjurkan…Sahkan tempat anda dengan mendaftar di register.zamsaham.com
Sekian, kami doakan selamat maju jaya kepada semua yang telah tamat program Remisier King kali ini.
Galeri Remisier King – 6,7 & 8 Jun 2015
Gambar 1: Penceramah Remisier King Zamsaham dekat dengan peserta bagi memberikan penerangan lebih baik.
Gambar 2: Penerangan penggunaan Diari Invest Saham serta latihan-latihan bagi memastikan peserta ‘DAPAT’ apa yang ingin dikongsikan.
Gambar 3: FOKUS dengan latihan yang diamanahkan. Semua demi pemahaman dan Ilmu yang tiada nilai.
Gambar 4: PUASHATI !!! Modul yang diberikan memudahkan pemahaman yang sebenar tentang pelaburan saham.
Gambar 5: LATIHAN CEO adalah antara proses pembelajaran memahami bahawa pemilik saham adalah pemilik syarikat tersenarai di Bursa Malaysia
Gambar 6: Segala ilmu yang dicurahkan sepanjang 3 hari program akhirnya dipraktikkan secara langsung semasa kelas.
Gambar 7: “Kami adalah pemilik Comintel Corporation Berhad”. Mungkin itu yang diucapkan oleh beliau agaknya.
Gambar 8: Amalkan Ilmu kerana Ilmu akan beri manfaat kepada kehidupan pada masa depan.