⚡✍️KESILAPAN 1,
BELI KAT PUCUK DI SETIAP WAVE KENAIKAN
YANG paling banyak dibuat oleh pelabur adalah suka membeli di pucuk disetiap wave kenaikan. Bila harga laju naik, pelabur kejar harga dan terbeli dipucuk. Selepas itu, harga saham akan turun dengan mendadaknya.
Pelabur jenis ni tak tengok market structure keseluruhan. Biasa beli sebab tips atau sebab dia nampak saham tu hot di top volume.ramai orang beli, dia pun beli.
Bila harga turun, soalan ni antara yg ditanya
Tuan ada harapan tak saham yg saya beli tu naik balik?
okey ka jika saya cut losses saham sy ni sebab dah turun 5sen?
Apa reaksi aku.
Biasa bila aku nampak mcm ni..aku akan lihat balik short term chart pada daily atau 60minit akan dapati mereka panik pada keadaan yg tak sepatutnya. Iaitu oscillator indicator spt RSI dan Stochastic biasanya duduk kat area bawah 20% oversold.Tak sesuai panik jika market trending dikenalpasti.Malah ianya peluang sebenarnya.
Lalu..aku kata kat mereka.
Bang relaks bang, inshaAllah harga akan naik.
Kebiasaanya ketepatan naik adalah 80% ,naik selang beberapa hari kemudian.
Itulah yg berlaku pada Jumaat 30/5/2020 pada kebanyakkan saham Oil & Gas. Good entry to buy!
So, kesilapan pertama tersangkut kat pucuk ni dimaafkan sebab harga boleh naik balik lebih tinggi sebagaimana saham HLT wa ramai yg terkejar pada harga 24sen harga turun ke 17sen,panik tetapi hari ni (1 June 2020) harga dah 65sen. Lebih tinggi dari yg Ahamdulillah, jiran aku profit 6 angka boleh beli Mercedes Cash kalau dia nak.
So, dimaafkan kesilapan no 1 ni.
⚡✍️KESILAPAN NO 2,
PUCUK TERTINGGI
Beli saham betul-betul kat pucuk dengan overconfident yg sangat luar biasa. Dia tengok orang lain untung, dia pun nak untung banyak dan bawak sebanyak modal ada membeli kat pucuk.
Biasanya org jenis ni degil, kepala batu. Berjawatan besar di pejabat. So, dia ingat pasaran saham ni tengok jawatan dia agaknya.
Dan banyak kes, jenis ni dia tak mahu dengar apa tu resistant, apa itu support apa itu bearish divergence. Padahal teknikal ni merepek.
Selepas dia terbeli di terpucuk, biasanya dia akan pickup saham ni dan biarkan harga sahamnya turun dengan jangkaan saham is for long term. Antara contoh saham yg keras dan dah delisted. Kenmark Comsa dan Sumatec sebagai contoh.
Kesilapan no 2 ni Paling Bahaya sebab bila dia loss. Dia ni akan maki hamun kata saham tipu dan mulalah ni saham ada operator goreng sendiket. Saham tak boleh percaya dan sebagainya.Walhal sendiri yg silap kenapa tak “tembak” membeli masa dia baru mula breakout. Kalau benar pun ada sendiket jaga, kita masuk masa bermula, bukan masa di Pucuk tertinggi.
Tapi malang, sebut “breakout” pun dia tak faham sebab dia ni jenis keras kepala. ???? sorry.
✍️⚡Kesilapan no 3,
BELI KETIKA HARGA SEDANG TURUN DAN BUAT AVERAGE DOWN
Ada sesetengah pelabur ni bila dah sangkut kat pucuk, dia akan buat average down membeli semula bila harga saham turun
Harga semakin turun dia akan semakin beli lagi.
Duit sendiri habis, duit bini habis, bila harga turun lagi dia akan pinjam pulak duit kawan utk beli saham yg sama.
Terus beli, menafikan saham tu akan terus turun.
Harapan supaya harga akan ada Pantulan kenaikan dari paras terendah.
Kesilapan jenis ni 50/50 ada kala berjaya balik setelah sekian lama harga akan naik semula. Tetapi adakala syarikat tidak perform dan sering umumkan kerugian hingga delisted.
⚡✍️KESILAPAN NO 4
JUAL KETIKA HARGA SUDAH BETUL-BETUL DI BOTTOM
Dah lah beli paling pucuk, bila pasaran saham turun pelabur ni mudah panik ,mengelabah tak tentu pasal bila harga saham turun. terjun pandalela katanya.
Punca biasanya disebab membeli tanpa mengkaji dan menjual juga tanpa mengkaji..yang dia kaji hanya berita dan ikut-ikutan sahaja.
Gunakan BollingerBand menunggu harga masuk ke band menghampiri Middle band adalah satu pilihan teknik supaya tak terjual ketika di emosi terlampau negatif seperti 17 March 2020 yg lepas.
✍️⚡⚡⚡KESILAPAN NO 5
TAK MAHU BELAJAR ENTRY YG BETUL
Nak selesaikan masalah semua kat atas ni,just fahamkan no 5 ni.Fahamkan strategy beli yg betul.
Bila nak beli pastikan sesuai contohnya bila harga baru breakout, harga baru hendak nak naik tentu akan kurangkan risiko daripada kegagalan dan kegagalan.Biasakan diri ghairah sebelum org lain ghairah.
Paling baik ketika timing Covid, PKP, Dunia lockdown. Setiap hari Media laporkan masalah.Dari hal bankrupt,hal hilang pekerjaan hinggalah hal Kerajaan buat Stimulus pakej kerana prihatin pada masalah rakyat.
Risiko masuk pada terendah, jika turun dia dah tepu turun. Ibarat kalau ada satu letupan di Iraq berlaku malam ni, korang tentu tak kisah sebab dah memang hari2 ada letupan kat iraq tu. Sama jugalah pasaran saham. Kalau dah hari-hari berita negatif, maka sebab tu bukanlah benda pelik ko lihat Sapura Energy Loss RM4billion pada Quaterly Result lepas yg diumumkan 3 April 2020. Harga saham turun 1/2 sen jer,ditutup pada harga 9.5sen.
Sama kes untuk saham Armada yang baru umum loss RM214juta pada latest quarter tetapi harga hanya turun 1 sen sahaja ditutup pada 21sen.
So, dengan sentiment yg tepu untuk turun.langkah bijak adalah gunakan teknik Contrarian iaitu rebut peluang beli.
Gabungkan dengan hal Teknikal Analisis,bukak carta Monthly atau weekly lihat ada tak Bullish Divergence, dan setup entry pada daily 60minit chart tengok Rsi dan Stochastic oversold baru masuk. inshaAllah kalau dah beli,jika berlaku correction taklah merah padam porfolio tu.
Paling baik jika Quaterly Profit lagilah mudah saham tu nak naik. Contoh KNM dan Icon Offshore.
Masa nak entry jugak,paling baik masa tu senyap. Pelabur runcit tak ghairah, masa tulah kau beli. Beli macam orang giler..dan biasanya giler akan berjaya????????
Ketika orang giler nak beli,ko kena waras jual saham tu kepada org yg giler, dan kau akan digila-gila buat duit.
Pelajari Fundamental Pelbagai Ratio Seperti P/E, ROE, DY, Acid Test ratio dan pelbagai ratio Bagus. Tapi kalau ko rasa malas nak belajar ni semua gunakan Teknikal Analisis satu kelebihan yg wajib dipelajari.
Jangan terlalu complicated sangat, ambik 2 atau 3 indicator cukup dah disamping fahamkan betul2 kesan support dan resistant.
Utamakan entry InshaAllah kau aku selamat.
Sebab apa aku selamat?
Sebab aku takkan disoal, Eh boleh beli lagi tak saham ni?
alamak,saham saya jatuh..cuba bantu komen.
Silap sendiri kajilah.
Aku pun gagal banyak dulu,so ko kaji silap tu rahsia mudah untuk kau success saham. Sabar, kekal Focus, Hold serta
Usaha dah buat, doa kat Allah swt jangan lupa supaya tak dikira sombong.
Alhamdulillah, berbekal modal Awal aku RM96.5k beranak menjadi RM1.5juta hasil Teknik kenal silap diatas.????????
????Mudahan membantu.
Zamsaham,
1 June 2020
#Zamsaham #kajisilap #usahadenganilmu #janganbuta-butahentam