Hari tu isu ayam yang anda makan tak disembelih ikut prosedur halal, kali ini Hotel dah dapat sijil halal tapi tetap ada daging babi.
Bagaimana nak selesaikan masalah ini? Letakkan pegawai Eksekutif halal? Ya, letakkan pegawai eksekutif halal merupakan satu tindakan yang baik. Tetapi masih lagi ada isu sebab Eksekutif Halal ni makan gaji dengan tauke.
Nak tak nak kena ikut juga sebab gaji sebagai pegawai ekskutif halal ni dibayar mereka yg tak berapa faham halal dan mengira untung semata. Kes ini saya sendiri lalui, bila bertemu dengan seorang eksekutif halal yg sanggup kena buang kerana menegakkan syariah, tetapi kawannya tak sanggup kerana pendapatan gaji bulanan itu.
So, saya ada satu cadangan. Fikirkan lah cadangan ini ya. Cadangannya adalah wajibkan semua syarikat yang ada sijil halal MESTI memberikan 30% saham kepada syarikat milik majoriti Muslim Islam. In sha Allah, saya percaya dan yakin, kalau dah owner islam, mereka akan tumpukan sepenuhnya hasil jualan mereka termasuk sumber raw material memenuhi halal sentiasa. Kenapa nak pastikan ini semua, sebab mereka ada shares 30%.
Nanti soalannya, adakah company melayu Islam yang nak beli saham & pegang 30% saham ini? Jangan risau anda banyak company boleh beli shares 30% ni. Saya boleh bantu.
Jika rumah murah ada kuota untuk orang melayu bagi mengimbangi pola ekonomi kaum di kebanyakan negeri. Kalau baru-baru ini, Bursa Malaysia nak kuatkuasakan 30% Board Of Director MESTI ada wanita. Kenapa tak semua syarikat yang nakkan sijil halal WAJIB pemegang sahamnya mesti 30% kuota kepada Melayu Islam?
Kenapa tak semua syarikat yang nakkan sijil halal WAJIB pemegang sahamnya mesti 30% kuota kepada Melayu Islam? Kenapa tak semua syarikat yang nakkan sijil halal WAJIB pemegang sahamnya mesti 30% kuota kepada Melayu Islam?
Ini adalah hak orang Islam, kenapa nak sijil halal dipegang 100% oleh orang bukan Islam. Melayu kerja macai diperkudakan dengan berikan gaji ole-ole sehingga tergadai maruah Halal Jakim. Kuatkuasakan saham.
Kalau pegawai Jakim nak penerangan saham, saya sedia bantu kasi faham Kuasai Saham. Tak kena bayar pun takpe, saya sedia bagi free asalkan JAKIM faham akan peranan BOD dan kuasa shareholder dalam sesebuah syarikat.
Malulah kata jadi juara Sijil Halal dunia tetapi dimalukan dengan kes Cadbury, Kes Sembelih ayam dan terkini hotel halal pun ada babi.
Perkara babi ini dijelaskan dalam Alquran. Benda bukan main-main. “Hai Orang -Orang yang beriman, makanlah di antara rezeki yang baik-baik yang Kami berikan kepadamu dan bersyukurlah kepada Allah, jika benar-benar kepada-Nya kamu menyembah. Sesungguhnya Allah hanya mengharamkan bagimu bangkai, darah, daging babi, dan binatang yang (ketika disembelih) disebut (nama) selain Allah [108]. Tetapi barangsiapa dalam keadaan terpaksa (memakannya) sedang dia tidak menginginkannya dan tidak (pula) melampaui batas, maka tidak ada dosa baginya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.” (QS. Al-Baqarah: 172-173)
Muslim tak makan babi, sebab ini arahan. Bukan kita tak suka anjing atau babi tapi ini adalah arahan dari Tuhan Yg maha ESA. Sama kes kawan saya ramai yang suka dengan harimau, tetapi adakah kalau mereka suka harimau kita mesti sayang peluk harimau itu? Tentu kalau kau peluk harimau tu kau pun dah lama meninggal. Suka tak semestinya kena belai dan makan daging dia.
Berbalik kepada Hotel Halal ada babi ini perkara perlu diselesaikan dengan kuasai saham. Contohnya, kalau pihak inggeris boleh marah bila Ladang Guthrie milik mereka jatuh kat PNB pada tahun 1981 yg berpunca pada rebutan kuasai saham. Googlelah kisah Dawn Raid. Dengan saham barulah ekonomi dan plan nak susun rakyat dan ekonomi berjaya. Jangan salah faham pulak dengan kaitan nilai pelaburan dengan kuasai saham. Ada beza kedua.