Umum mengetahui, negara kita sedang dilanda musibah besar BANJIR yang amat teruk baru-baru ini. Takziah diucapkan kepada mangsa-mangsa yang terlibat dengan banjir itu.
Berbalik kepada topik asal kita, semua maklum bahawa Cuaca amat berkait rapat dengan sektor pertanian khususnya tanaman Kelapa Sawit. Malaysia pula merupakan ‘nama besar’ Minyak Sawit Mentah di DUNIA. Lihat sahaja disepanjang perjalanan Lebuhraya Utara-Selatan, kiri dan kanan jalan hampir 80% pemandangan berlatar belakangkan kelapa sawit.
Menurut perkongsian kenalan yang lebih arif dengan kelapa sawit sendiri, katanya Banjir yang berlaku ketika ini akan sangat memberi kesan kepada pengeluaran buah sawit. Jumlah pengeluaran akan menurun dengan mendadak kerana pokok sawit biasanya akan ‘merajuk’ seketika dari menghasilkan buahnya. Selepas banjir, pokok sawit akan tetap mengeluarkan bunga namun ‘bunga jantan’ yang dihasilkan bukan untuk menghasilkan buah sawit.
Dengan pengurangan pengeluaran buah sawit yang bakal berlaku, dijangkakan harga komoditi ini bakal meningkat naik pada masa akan datang dari harga semasa 2270 melebihi paras 2300 dan tidak mustahil juga mampu melepasi paras 2500 pada tahun 2015 nanti.
Paras 2500 dan ke atas juga bukanlah mustahil untuk dicapai, bukan hanya kerana banjir yang berlaku tetapi diburukkan lagi oleh pengeluaran sawit yang memang makin berkurangan sebelum ini. Melalui statistik yang diperolehi dari MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia), pengeluaran minyak sawit di Malaysia semakin berkurangan sejak Ogos 2014 sehingga kini.
Rebut peluang untuk LONG FCPO yang dijangka akan mengekalkan kenaikkannya di atas paras 2200. Jangkaan kenaikkan mampu mencapai paras 2800 atau lebih hingga ke paras 3000 pada 2015. Wallahualam.
Berminat untuk mengetahui lebih lanjut tentang Pasaran Hadapan FCPO ?
Hantarkan pesanan SMS / Whatsapp “CUACA FCPO” ke 013-222 4006
JAY FUTURES
‘Penceramah FCPO dengan Cara Kajian Catitan Pertama’
31 DISEMBER 2014
# jumpa nanti di Kelas Advance Pedagang FCPO – 10 & 11 Januari 2014 – Akademi ZAMSAHAM Kota Damansara