Biodata

Zamsaham atau nama sebenarnya Norizam Bin Tukiman.

Penglibatan awal dalam dunia pelaburan saham

Zamsaham mula menceburkan diri secara tidak langsung dalam bidang pelaburan saham semenjak dari bangku sekolah lagi dengan mengikuti bapa dan bapa saudaranya melabur saham pada tahun 1994. Beliau telah menceburkan diri secara langsung pada tahun 1999 sebagai pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL) kini dikenali sebagai Bursa Malaysia. 

Kerjaya awal

Beliau pernah berkhidmat sebagai Investment Consultant di Citibank Berhad. Disebabkan oleh minat beliau yang mendalam dalam dunia pelaburan saham, beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Remisier berlesen di RHB Investment Bank Berhad pada tahun 2003 dan telah menamatkan kerjaya beliau pada penghujung tahun 2018.

Kelulusan

Zamsaham merupakan alumni Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Analisis Pelaburan. Beliau merupakan ahli bersekutu Market Technician Association bagi kelulusan Chartered Market Technician (CMT) yang berpengkalan di New York ,USA. Beliau juga mempunyai Lesen Perunding Unit Amanah Saham yang dikeluarkan oleh Federation Of Management Unit Trust Malaysia (FMUTM) dan kini dikenali sebagai Federation Investment Managers Malaysia (FiMM). Pada tahun 2008 beliau di anugerahkan Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan Bursa Malaysia (FKLI) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia (FCPO) selepas lulus ujian Modul 14 (Futures and Options) dan Modul 16 (Rules & Regulation of Futures and Options). Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran  di Oxford University, United Kingdom dalam bidang Financial Strategy dan dijangka akan menamatkan pengajian pada tahun 2021.

Berikut adalah kursus dan seminar berkaitan dunia kewangan dan pelaburan yang pernah beliau hadiri:

  • Managing Market Risk
  • Essential of Structured Warrant & Exchange Traded Fund
  • Understanding Investor’s Psychology, Bankruptcy and Estate Planning
  • Practitioner’s Guide to Corporate Finance, Physhic Of Investor
  • Trust Planning for Financial Practitioners
  • Understanding Foreign Exchange Currency Trading 

Semua kurus yang dihadiri dibentangkan oleh mereka yang layak dan bergelar pakar kewangan Malaysia.

Kini

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Board of Director (BOD) di salah sebuah syarikat tersenarai di  pasaran saham Bursa Malaysia.

Disamping itu juga, beliau seorang yang aktif dalam bidang perniagaan dan  memegang jawatan sebagai BOD di beberapa syarikat Berhad seperti Unclezam Holding Berhad, UZ Food Berhad, UZ Hotel Berhad, Hotel Zamburger, Accom Berhad, Gobble Shopper Berhad dan MRI VC Berhad.

Bukan itu sahaja, Zamsaham juga telah menceburkan diri dalam bidang bola sepak sekaligus berjaya mengambil alih sebuah pasukan bola sepak di Malaysia iaitu pasukan TRW Kelantan FC atau dikenali sebagai The Red Warriors FC. Selain daripada, beliau telah melebarkan sayapnya dengan berjaya mengambil alih sebuah pasukan bola sepak dari Indonesia iaitu Persatuan Sepakbola Pekanbaru dan Sekitarnya, Riau atau lebih dikenali sebagai PSPS Riau.

Beliau juga memiliki beberapa rangkaian perniagaan seperti Zamsaham Training & Consultancy, Hotel Zamsaham dan Fly Asia Wrapping (FAW).

Jawatan lain

Menjawat jawatan sebagai Presiden  Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM). Sebuah persatuan yang bertujuan menyatukan idea - idea  berkaitan kepentingan kaum melayu dalam apa jua bidang seperti perniagaan, pendidikan  dan ruang pelaburan strategik Melayu di Malaysia. Marilah bersama-sama beliau mengaktifkan diri dalam persatuan ini!

Zamsaham atau nama sebenarnya Norizam Bin Tukiman.

Penglibatan awal dalam dunia pelaburan saham

Zamsaham mula menceburkan diri secara tidak langsung dalam bidang pelaburan saham semenjak dari bangku sekolah lagi dengan mengikuti bapa dan bapa saudaranya melabur saham pada tahun 1994. Beliau telah menceburkan diri secara langsung pada tahun 1999 sebagai pelabur di Bursa Saham Kuala Lumpur (BSKL)  yang kini dikenali sebagai Bursa Malaysia.

Kerjaya Awal

Beliau pernah berkhidmat sebagai Investment Consultant di Citibank Berhad. Disebabkan oleh minat beliau yang mendalam dalam dunia pelaburan saham, beliau juga pernah berkhidmat sebagai seorang Remisier berlesen di RHB Investment Bank Berhad pada tahun 2003 dan telah menamatkan kerjaya beliau pada penghujung tahun 2018.

Kelulusan

Zamsaham merupakan alumi Universiti Teknologi Mara (UiTM) dalam bidang Analisis Pelaburan. Beliau merupakan ahli bersekutu Market Technician Association bagi kelulusan Chartered Market Technician (CMT) yang berpengkalan di New York ,USA. Beliau juga mempunyai Lesen Perunding Unit Amanah Saham yang dikeluarkan oleh Federation Of Management Unit Trust Malaysia (FMUTM) dan kini dikenali sebagai Federation Investment Managers Malaysia (FiMM). Pada tahun 2008, Zamsaham telah dianugerahkan Lesen Wakil Niaga Pasaran Hadapan Bursa Malaysia (FKLI) dan Pasaran Hadapan Minyak Mentah Sawit Malaysia (FCPO) selepas beliau lulus dalam ujian Modul 14 (Futures and Options) dan Modul 16 (Rules & Regulation of Futures and Options). Kini, beliau sedang melanjutkan pelajaran  di Oxford University, United Kingdom dalam bidang Financial Strategy dan dijangka akan menamatkan pengajian pada tahun 2021.

Berikut adalah kursus dan seminar berkaitan dunia kewangan dan pelaburan yang telah beliau sertai:

  • Managing Market Risk
  • Essential of Structured Warrant & Exchange Traded Fund
  • Understanding Investor’s Psychology, Bankruptcy and Estate Planning
  • Practitioner’s Guide to Corporate Finance, Physhic Of Investor
  • Trust Planning for Financial Practitioners
  • Understanding Foreign Exchange Currency Trading 
  • Financial Strategy

Semua kursus yang dihadiri dibentangkan oleh mereka yang layak dan bergelar pakar kewangan Malaysia.

Kini

Beliau pernah memegang jawatan sebagai Board of Director (BOD) di salah sebuah syarikat tersenarai di  pasaran saham Bursa Malaysia.

Disamping itu juga, beliau seorang yang aktif dalam bidang perniagaan dan  memegang jawatan sebagai BOD di beberapa syarikat Berhad seperti Unclezam Holding Berhad, UZ Food Berhad, UZ Hotel Berhad, Hotel Zamburger, Accom Berhad, Gobble Shopper Berhad dan MRI VC Berhad.

Bukan itu sahaja, Zamsaham juga telah menceburkan diri dalam bidang bola sepak sekaligus berjaya mengambil alih sebuah pasukan bola sepak di Malaysia iaitu pasukan TRW Kelantan FC atau dikenali sebagai The Red Warriors FC. Selain daripada, beliau telah melebarkan sayapnya dengan berjaya mengambil alih sebuah pasukan bola sepak dari Indonesia iaitu Persatuan Sepakbola Pekanbaru dan Sekitarnya, Riau atau lebih dikenali sebagai PSPS Riau.

Beliau juga memiliki beberapa rangkaian perniagaan seperti Zamsaham Training & Consultancy, Hotel Zamsaham dan Fly Asia Wrapping (FAW).

Jawatan Lain

Menjawat jawatan sebagai Presiden  Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia (PPSMM). Sebuah persatuan yang bertujuan menyatukan idea-idea  berkaitan kepentingan kaum Melayu dalam apa jua bidang seperti perniagaan, pendidikan  dan ruang pelaburan strategik Melayu di Malaysia. Marilah bersama-sama beliau mengaktifkan diri dalam persatuan ini.

Daftar Kelas