Dalam pelaburan saham yang jelas haram dan ada juga yang jelas halal.
Yang HARAM lagi terang haramnya :
Syarikat Judi seperti saham Bjtoto
Syarikat Riba seperti saham CIMB
Syarikat Arak seperti saham Carlsberq
Yang Halal itu terlalu banyak dengan syarat 3 perkara dipatuhi.
1.Orang Islam
2.Produk yang halal
3.Aturan yang syariah.
Walaupun begitu tidak semua produk yang dikeluarkan oleh orang BUKAN ISLAM itu haram jika produk dan aturannya islam seperti ayam yang dikeluarkan oleh syarikat LHH dan juga Lay Hong mahupun DBE(sembelihan orang Islam). Dan bukan semua produk yang dikeluarkan orang Islam itu halal seperti CIMB Bank.
Pendekkan cerita, baru-baru ini saya ada menerima pertanyaan tentang saham MPAY yang dikeluarkan dari list syariah.
Keluar masuk list syariah adalah perkara biasa yang dibuat oleh Panel khas Bursa Malaysia. Mereka semua betul dan saya 100% setuju dengan list yang dibuat oleh panel ini. Harap anda semua faham yang saya setuju 100% dengan list syariah yang dikeluarkan.
Apa pun, pada saya yang merupakan pelabur saham seperti anda semua..saya mengambil JALAN UNTUK TIDAK RISAU dengan semua jenis saham jika ASAS PRODUK dan KATEGORI saham SEMUANYA OKEY untuk dibeli :-
Kecuali 3 jenis saham yang terlibat secara terang-terangan dan secara langsung seperti :-
1.Carlsberg (Arak) BAT(rokok yang merosakkan)
2.Berjaya Toto (Judi yang melalaikan dan menghancurkan)
3.CIMB, Public Bank (Riba yang merosakkan)
Selain dari 3 jenis saham di atas…semua jenis saham yang terang TERAS UTAMA perniagaannya okey saya rasa tiada masalah untuk dibeli.
Saya tidak Keliru kerana saya sudah terangkan yang haram itu saya pasti haram.
Jadi dalam kes saham MPAY(19sen) yang teras perniagaannya adalah berkaitan Teknologi dan IT pada saya ianya tiada masalah untuk kekal simpan walaupun dikeluarkan dari list syariah.
Hal yang sama juga kepada pelabur yang menyimpan saham Ifcamsc yang pada awalnya Syariah ditukar kepada tidak syariah…dan ada isu juga satu masa dahulu yang didebatkan sebab TIDAK SYARIAH iaitu TALAM 8sen KINI sudah syariah.
Jadi pada pendapat saya, jangan hirau sangat pasal saham itu syariah atau tidak selagi semua saham itu terlibat dalam sektor dan teras perniagaan utama yang syariah.
Okey saya bagi contoh yang penting dalam kes ini…inshaAllah boleh menghuraikan kekeliruan pendapat akan hal halal sesuatu saham.
1.Kita solat subuh di Malaysia yang memegang mahzab Shafie JANGAN cakap orang yang solat subuh tiada DOA QUNUT adalah salah…kita tidak boleh menyalahkan kerana mereka mengikut Mahzab Hanafi..kedua-dua yang solat subuh sama ada baca doa qunut atau tidak adalah betul kerana mereka mengikut mahzab masing-masing.
(YANG PENTING RUKUN SOLAT SUBUH.(doa qunut bukan rukun))
2.Begitu juga orang yang berpendapat Bismillahirrahmanirrahim itu termasuk dalam surah Alfatihah atau tidak..sebab itu jangan salahkan jika ada BERIMANKAN orang yang tidak baca bismillah(atau diperlahankan) dan terus kepada Alhamdulillah dalam bacaan Alfatihahnya…ikut sahaja sebab iman itu ada sebabnya yang tersendiri.
(YANG RUKUN wajibnya Baca Surah Alfatihah)
3.Dalam mahzhab Hanafi ambik wuduk RUKUN ada berkumur-kumur…maksudnya wajib buat tetapi dalam mahzab Shafie berkumur-kumur adalah sunnah..
Yang penting faham ilmunya..
4.Najis anjing majoriti ulamak mengatakan najis berat tetapi kepada yang berpegang teguh pada mahzab Maliki mereka kata bukan najis berat.
Okeylah…apapun pendapat pasal isu saham halal atau tidak berdasarkan list yang dikeluarkan panel syariah Bursa Malaysia adalah betul dan saya 100% tidak menyalahkan mereka.
Cuma saya berpegang pada pemahaman saya sendiri yang mengatakan semua saham boleh dibeli jika TERAS UTAMA ADALAH HALAL LAGI SYARIAH…Sebagaimana 4 contoh perbezaan mahzab diatas dan juga berbezanya pendapat ulamak dalam menentukan wajib dan harusnya pelaburan dalam ASB.
Yang penting kita selaku pengikutnya hendaklah yakin untuk ikut yang mana.
(Dapatkan senarai Sekuriti Patuh Syariah di sini)
Sekian
Zamsaham
# jangan sesekali salahkan guru dan mahzab lain kerana semuanya betul sebab ada pendapat masing-masing mengikut ilmu atau pemahamannya yang tersendiri (berdasarkan ijtihad).