Mari Belajar tentang bagaimana saham tu syariah ke tidak menurut Majlis Penasihat SC.
(Baca seketul-ketul dan teliti)
Panel penasihat menilai setiap saham tu syariah atau tak berdasarkan kepada pendapatan bersih syarikat mestilah kurang dari Tanda Aras 5% + Tanda Aras 20% dan Tanda Aras 33%.
Apa benda yang 5, 20, 33% ni?
✍️Tanda Aras 5%
Jangan Pendapatan bisness sedia ada
✍️Tanda Aras 20%
Jangan pendapatan bisness sedia ada
✍️Tanda Aras 33%
Hutang mestilah kurang daripada 33% yg berasaskan ribak.So maksudnya Kalau ada syarikat ko ada loan ribak 30% , so setel..company ko dikelaskan pada syariah semula.
===================
Benda yg aku share kat atas tu ada di Website SC. dalam buku kecik dia awal2 lagi ditulis disclaimer..
“Buku kecil ini bukan merupakan satu syor untuk membeli atau menjual sekuriti yang
diklasifikasikan sebagai sekuriti patuh Syariah oleh Majlis Penasihat Syariah (MPS) Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Tujuannya hanyalah untuk memberikan penerangan am. Buku ini tidak mengandungi nasihat atau maklumat yang menyeluruh berkaitan dengan perkara yang dibincangkan. Ia tidak seharusnya digunakan sebagai pengganti kepada nasihat perundangan atau pelaburan. Sekiranya terdapat sebarang kemusykilan, anda disyorkan supaya mendapatkan nasihat profesional”
=================
Jadi korang fahamlah yg bisness saham ko yang ko kata Syariah tu janganlah ko rasa suci 100% ..Suci dari bisness pelacuran maksiat,Suci dari pub disko dan suci dari langsung takda loan interest konvensional riba.
Sebabnya dah jelas,pengkelasan dibuat berdasarkan pada nisbah aktiviti syarikat 5%, 20% dan 33% kat atas tu.
Boleh ke nak ikut saham syariah SC?
Korang nak ikut 100% pada pandangan SC ni aku amat sarankan. Korang ikut itu yg sebaiknya.????
Tapi korang jangan pandang orang yg beli saham Oil & gas ni sesat dan cakap kenapa nak membelakangkan Majlis Penasihat Syariah. Takda isu belakang ka depan.????????
Aku ada sebab aku sendiri. Aku takkan beli
So, fahamkan saham adalah pemilikan Equity dalam satu business. Banyak sebab ko beli saham, ada yang beli pegang sebab nakkan kuasa untuk kekalkan board seat, nakkan kontrak sebgainya melalui Related Party Transaction.
Pendek citer selagi 4 yang atas tu.
Aku jauhilah sebab terang2 dia memang ko tak boleh nak ubah kepada syariah..Tapi..
Tapi kalau korang ada duit banyak nak pakat dengan aku beli saham Carlsberq,
????dipersilakan. Baguss mari kita beli saham carlsberq.????????
Beli Saham Carlsberq. No hal.
Beli saham Carlsberq sebanyak mungkin hingga jadi Major shareholder, selepas tu buat satu resolusi tergempar, panggil EGM dan ko decidelah nak tukarkan arak tu kepada Air Rebena Jenama nama ko sendiri.Lepas tu lantik diri sendiri sebagai Chairman Syarikat Carlsberq dengan Imej terbaru yg syariah.
Tak pun lepas tu tercapailah hajat ko nak tutup
kilang Carlsberq di Shah Alam tu.????✍️⚡
So,selain 4 atas tu, aku beli ja saham tu.Aku beli saham KNM sebab aku cek dia tak bukak kasino.Dia tak jual arak,cuma mungkin loan dia terlebih sikit 33% ribaknya.
KNM untuk rekod last year dia syariah.Cuma masa November 2019 jadi tak syariah.So, bukan mustahil dia akan syariah balik nanti
InshaAllah kalau aku masih hold saham ni,aku akan cakap kat Director CEO dia tu supaya tukarkan loan semasa atau lebihkan loan yg syariah.Kalau dia tak buat ko sack dia…
hah..mudah,ko pemegang saham ko ada kuasa.
kaulah yg decide berapa harga saham nak beli hinggakan nak lantik director pun ko yg decide.????✍️.
So, jangan maki aku beli saham Oil n Gas.ko tak suka KNM ko punya pasal.Aku tak suruh ko ikut aku pun.
Ko ada pilihan saham Oil & Gas lain seperti Alam,Perdana dan Uzma.Kalau susah sgt ko jangan beli terus saham minyak sebab di boleh syariah ke tak syariah semula.
So, ko selayaknya beli saham Takaful dan Bank Islam yg aku pasti ianya akan terus 100% kekal syariah sampai bila-bila.
Wallahua’lam.
Sekian,
Zamsaham,
#syariahketak #akuadaCaraku #KNM #BolehkebeliCarlsberq #aktivitisyariah