JANGAN IKUT-IKUTAN DALAM SAHAM – Strategi Saham Berubah hanya sebab dengar cakap kawan-kawan (episode 1)
1. Walaupun berbagai teknik hebat yang dipakai sama ada Elliot Wave, berpuluh jenis Candlestick, Chart pattern, Fibonacci Sacred Geometry, Chaos Theory, Pivot Point, Volume Analysis dan beratus Indicator MACD, Bollinger Band, Stochastic dan sebagainya…Pelabur saham BIASANYA akan TETAP ikut-ikutan apa yang pasaran cakap dan AUTOMATIK TIDAK IKUT RULES dan trading setup yang sudah dirancang awal.
2. Ini bermaksud, hebat bagaimanapun setup entry dan exit masih tertakluk kepada faktor emosi diri sendiri dan persekitaran.
3. Takut rugi dan tamak untuk untung lebih tidak salah…yang salah adalah jika terikut-ikut dengan persekitaran sehingga UBAH plan rules dan strategi awal…ramai macam ini…even yang bergelar pro pun sama…(maaf itulah hakikatnya)
4. Seperti biasa, Majoriti akan senang bertindak bila ada orang lain juga bertindak…tidak berani buat keputusan berseorangan.
5. Mengapa kita perlu UTAMAKAN Entry Rules melebihi Exit Rules mungkin ada ramai yang pro tidak bersetuju..tetapi itu cara masing-masing…(huraian panjang di kelas saham REMISIER KING 2015)
6. Saya tetap berpendirian pemberatan penelitian ketika hendak ‘MASUK’ position atau beli saham itu melebihi ketika jual…kerana majoriti client dan termasuk sebahagian analyst terikut-ikut dengan faktor persekitaran ketika membuat keputusan pelaburan. Pernah satu ketika Buy Call Transmile pada harga RM10 dan Ramunia ketika harga Rm1.50…(jangan salah faham yang kata saya tiada exit rules pula ya…saya dah jelaskan dgn bukti exit pada super pucuk saham Asiabio 25-26sen baru-baru ini) Entry dan Exit penting…cuma ENTRY SUPER PENTING.
http://zamsaham.blogspot.com/
7. Pasaran berkait rapat dengan tingkah laku manusia…sebab itulah emosi itu menguasai pasaran saham dan boleh mengubah sesiapa sahaja.
8. Jadi kuasai emosi dengan catitan…kerana itulah satu cara yang saya jumpa bagi mengatasi dari terikut-ikut dengan persekitaran.
9. Bukan sahaja saham…dalam skim pelaburan emas, lintah, ikan keli, Minat pasukan bola Manchester United, beli saham Ingenco, Sersol, Harvest, Cybert masa pucuk dan lain-lain hal banyak yang mengikut emosi dan persekitaran.
10. So, inshaAllah teknik hebat akan JADI HEBAT jika kita bertindak dengan waras dan TIDAK mengubah rules yang di buat awal dengan catitan.
11. Okey…ingat, hebat bagaimanapun kita dalam menganalisis pasaran tetap akan rugi jika masih terpengaruh sangat dengan IKUT-IKUTAN orang dalam pasaran…Saya pun kadang-kadang terpengaruh dengan persekitaran ketika paniknya dan syoknya pelabur dengan satu-satu keadaan…ini masalah besar dan bukan mainan…semua tak terkecuali.
12. Jangan terus ubah strategi dan rules yang dah dibuat awal hanya kerana rasa anda, dengar cakap kawan, media, analyst dan persekitaran selepas sesuatu keputusan. TELITI entry yang sudah dibuat .(kajian DIS dibuat dengan ‘1001’ sebab ketika pasaran saham tutup)
13. Utamakan CATITAN dalam mencari sebab mengapa perlu “MASUK” inshaAllah akan menyelamatkan wang simpanan kita dari terpengaruh “Crowd Behavior” yang boleh menjahanamkan kehidupan pelabur-pelabur saham.
“Wahai orang-orang yang beriman! Jika datang kepada kamu seorang fasik membawa sesuatu berita, maka selidikilah (untuk menentukan) kebenarannya, supaya kamu tidak menimpakan sesuatu kaum dengan perkara yang tidak diingini – dengan sebab kejahilan kamu (mengenainya) – sehingga menjadikan kamu menyesali apa yang kamu telah lakukan”
(Surah Al-Hujuraat 49:6)
“Jangan ikut-ikutan meniti kemuncak kejayaan saham”
Wallahualam…
Salam saham,
Zamsaham
Remisier King
7 March 2015
# Jangan ikut buta-buta, Wajib ada Ilmu.