1) Ringgit jatuh, Saham semua akan jatuh ?
2) Masalah 1MDB menyebabkan SEMUA pasaran saham jatuh ?
3)Tun Mahathir ‘bersilat’ dengan Dato’ Seri Najib SEMUA pasaran jatuh ?
Cukuplah ‘brother-brother’ sekalian…cukuplah kita melabur dengan sentimen dan terikut-ikut dengan sentimen yang ada.
Tidak semua saham jatuh sebenarnya. Saya suka berikan 3 Contoh saham yang dah naik berlipat lipat kali ganda untuk membuktikan 3 sebab di atas tidak memberikan kesan kepada perniagaan dan pergerakkan harga sahamnya.
Sebagai Contoh Saham HEVEA, ULICORP dan SCGM yang naik lebih 200% dalam keadaan yang mana segelintir daripada anda yang asyik menyalahkan persekitaran tanpa melihat adanya peluang terhidang. (Rujuk lampiran,tarikh harga saham ketika tips dikongsi dan harga terkini)
Harga saham bagi 3 contoh di atas (dan banyak lagi sebenarnya) membuktikan setiap perniagaan ada ceritanya yg tersendiri. So, kalau saham itu naik adalah sebab memang company tu sendiri bagus untuk naik.
Maka, jika saham yang anda pegang turun sebenarnya memang sebab saham itu sendiri yang hendak turun iaitu kerana ‘faktornya’ yg tersendiri, yang memang ada kena mengena padanya. Sebagai Contoh Saham PERISAI, ARMADA dan SKPETRO yang turun TIADA kena mengena dengan masalah yang dihadapai oleh 1MDB tetapi adalah KENA MENGENA dengan harga global dan trend industri minyak global yang turun.
Oleh, itu InshaAllah mana-mana pelabur saham yang rajin akan nampak banyak peluang terhidang sekarang ini.
Jangan layan sangat berita-berita sentimen saham dan berikan fokus sepenuhnya kepada potensi setiap saham yang anda miliki.
Jangan risau-risau dan jumpa saya esok di PWTC,Kuala Lumpur untuk pandangan potensi pasaran saham Bursa Malaysia bagi suku kedua 2015 dan tahun berikutnya…Inshaa Allah.
Hotline
0127448843
0137788048