TAHUN 2016 merupakan lembaran baru dan pastinya kita sentiasa akan ada sesuatu yang baru untuk dikongsikan.
Baru-baru ini pada 16,17 & 18 Januari 2016 di Akademi Zamsaham Kota Damansara berlangsungnya Kelas REMISIER KING (RK) dengan slot dan slibus terkini. Apa yang ada kali ini ?
Para peserta didedahkan dengan Konsep dan Asas pelaburan saham. Asas bagaimana beli dan jual saham diterangkan pada sesi pagi kepada semua peserta termasuk Intro dan Advance yang bermula jam 9 pagi dan berakhir jam 11 pagi (Kelas Intro).
Pada masa sama, diterangkan juga kenapa tidak perlu risau dengan sentimen luaran seperti masalah ekonomi US, konflik Iran dan Arab Saudi, revalue Yuan oleh kerajaan China dan hal penurunan mendadak harga minyak mentah dunia. Peserta kemudian diajar cara memilih dan mengenali saham bermasalah dan perlu merebut membeli saham yang berkualiti pada harga diskaun sekarang. Pilih dengan ilmu saham sebenar!
Gambar 3 : Kelas ADVANCE RK yang disambung selepas Intro tamat jam 11 pagi. Semua peserta perlu buka laptop dan install platform RHB Tradesmart yang mesra penguna untuk mula belajar kajian saham sebenar.
Latihan buku khas berkenaan strategi beli dengan teknik terkini SBU 1 Dan SBU 2 didedahkan. Ramai terkejut kerana tanpa indikator pun sebenarnya ramai orang boleh untung saham. INI dibuktikan dengan kehadiran Pn Juliah yang meraih untung lebih 100% dengan satu saham ketika Kali pertama menghadiri Kelas RK di PWTC Kuala Lumpur pada bulan Puasa Tahun 2015. Beliau Sudah berumur 61 tahun tetapi dapat juga meresapi teknik SBU yang mudah INI.
Lebih kurang 10 contoh saham dijadikan rujukan antaranya adalah :
1.Nylex 64sen
2.Raya 0.24sen
3.Resintec 45sen
4.Wtk RM1.36
5.Willow 70sen
6.London Biscuit 80sen
7.Scientx RM9.50
8.Iris 20sen
Dan banyak contoh saham kajian dibuat.
(Setiap kelas RK akan kaji saham berbeza)
Contoh bagaimana buy call saham saham sebelum ini yang berjaya dibuat oleh Zamsaham juga didedahkan. Termasuk juga bagaimana sell call dipucuk bagi saham Sumatec ketika harga 73sen dan Ifcamsc ketika harga 1.60sen dibuat.
INI menunjukkan bukan hanya strategi beli tetapi strategi jual dengan 6 rahsia ditunjukkan satu persatu dengan slide, nota yang jelas.
Gambar 5 :Strategi Jual saham bukan ikut-ikut orang lain menjual saham, tapi jual saham selepas dibuat kajian.
Semua peserta menyiapkan sepenuhnya 6 bahagian soalan dengan tajuk berbeza. Selesai menjawab soalan, perkara tersebut dijelaskan lebih terperinci lagi disamping penggunaan platform saham RHB yang mesra Pelabur dan mudah digunakan.
Kesemua peserta wajib naik ke atas pentas dan membuat pembentangan saham kajian dengan kajian sendiri melalui Diary Invest Saham version 9. Mereka akan disoal oleh rakan lain termasuk En Zamsaham sendiri sebagai menguji tahap pemahaman masing-masing.
Gambar 7 : Kumpulan saham NYLEX mengambil alih pentas untuk menerangkan hasil kajian mereka tentang potensi syarikat ini.
Benarlah, untuk jadi kaya dan jutawan bukanlah kerana kelulusan ijazah atau master sebagaimana Pengasas Facebook & Tan Sri Syed Mokhtar yang tidak sekolah tinggi mana pun tetapi kaya berbillion. Hal yang sama, jika Puan Juliah yang dah bersara pun boleh berjaya untung 100% kenapa tidak anda semua.
Anda ingin berjaya untung 100% seperti Puan Juliah atau lebih ? Ia tidak mustahil dengan usaha yang diberikan. Jadual Kelas RK lengkap di register.zamsaham.com di 3 lokasi JOHOR BAHRU, KUALA LUMPUR dan PULAU PINANG. Daftar segera kerana tempat adalah terhad.
Semoga kisah anda pula dikongsikan pada masa akan datang. Bertindak sekarang !!!