⚡✍️
Episode 2
1. Harga saham minyak dah lama turun
Dari tahun 2014,majoriti saham minyak alami downtrend yg jelas dapat dilihat pada long term chart.Dah cukup 7 tahun, lama dah turun, tinggal masa nak buat reversal.
2. Hanya yg kuat akan bertahan
Ya,hari ni dah jarang dengar syarikat biasa atau PLC beriya-iya ‘kuda’ nak buat bisnes O&G. Takut sebab melihat ramai rakan-rakan yang terlibat dalam industri ramai yang tumbang. Kalau yg tersenarai juga tersembam jatuh delisted. Lihatlah apa yang jadi pada Perisai Petroleum, tinggal nama sahaja. Sumatec juga tinggal nama sahaja.
Maka, kalau ada syarikat O & G yg masih kekal bertahan hari ini, kekal di Bursa Malaysia itu petanda positif syarikat tu kekal kuat.
3. Quarterly Result Untung
Banyak syarikat oil & gas mulai unjurkan/ umumkan Quarterly profit walaupun kita semua tahu musim Covid19 adalah zaman yg sukar hingga KDNK terburuk dalam tempoh 22 tahun,-17.1% diumumkan minggu lepas.
maklumat KDNK maklumat fundamental yg terlewat, orang saham melihat 6 bulan kedepan.
4. Syarikat mula dapat Banyak Project
Syarikat Alam Maritime 9.5sen, Icon Offshore 11.5sen, KNM 0.22, Sapura Energy 11.5sen, Serba Dinamik RM1.68, Dayang, Petra energy, Eatech, Uzma, Deleum umumkan dapat banyak project berkaitan Oil & Gas.Maksudnya, walaupun masih struggle dengan Covid19, PKP dunia masih perlukan minyak.
5. Jumlah Pesakit positif Covid 19 di US sudah mulai berkurangan
Jumlah Pesakit positif Covid 19 di US sudah mulai berkurangan menurun ke bawah 5000.Walaupun masih sangat besar jika dibandingkan Malaysia , berkurangan itu petanda baik.
6. President Putin umumkan Pengeluaran Vaksin mulai Ogos 2020.
Ini statement bukan main2, President Putin ni kalau nak banding dgn President US atau pemimpin dunia lain beliau boleh dikira Otai.
Russia dikira negara Superpower, bila dia umumkan boleh keluarkan Vaksin Covid19 beserta dengan kenyataan Vaksin ni dah ‘dicuba try test’ kat anak dia sendiri, ini benda bukan main-main.
https://www.theedgemarkets.com/article/russia-produces-first-batch-covid19-vaccine?type=world
7. Covid 19 adalah Punca. Penawar adalah Punca
Jika masalah PKP, penerbangan dibatal, Industri Hotel tumbang,Ramai pekerja dibuang, Kilang dan Rumah kedai mulai ditutup AKIBAT DARI VIRUS COVID 19. Maka bila Vaksin dah dijumpai, maka ianya adalah penawar kepada Punca untuk Industri Oil and Gas naik.
8. kenapa minyak akan naik?
1.Kapal terbang akan terbang semula
2.Lorry dan Van akan mula bergerak lagi aktif
3.Pelabuhan,terminal bus juga dibuka
4.Airport juga bakal dibuka
5.Yg dah lama tak travel akan travel kesana kesini semula.
orang tak takut nak bergerak sebab Vaksin dah dijumpai.⚡
Berita Vaksin adalah Berita baik bagi indsutri Oil&gas dan berita yg agak buruk bagi industri Glove.
Untuk mudah, just bukak chart itu mungkin short cut untuk lebih faham arah kemana saham kita nak gerak.
9. Kan dah belajar Price Discount Everything?
Lebih mudah dari semakkan pemikiran kita dari berita yg berkaitan atau kebetulan.Jika harga naik, berita baik.Jika harga turun, buat new low tentunya berita buruk. Untuk Kenapa Saham Minyak akan naik Episode 1 ada di update pada Bulan Mei yg lepas kat website personal aku.
So, InshaAllah kepada pengkaji Saham-saham minyak di Malaysia, atau yg dah melabur dalam saham Oil & gas.
????didoakan korang kekal sabar untuk Untung.
#BAYOR Buy At Your Own Risk
Wallahua’lam.????
Zamsaham
Johor
16 Ogos 2020
#SahamMinyak #Kaji #Sabar #Focus #Hold #TrendDiMusimPKP #MasukBetul #KeluarBetul #Rule70 #Rule30 #KakSapura