Assalamualaikum dan selamat pagi semua rakan-rakan ZPC,
Sebagai pesanan, kerugian maksima akan berlaku dalam pelaburan Call Warrant. Inilah yang berlaku kepada sesiapa yang beli Datasonic Call Wa ketika listingnya CA ini dalam Bursa Malaysia pada April tahun ini(2014).
Ketika itu ada yang ‘ghairah’ dengan fenomena saham induk Datasonic (naik dari 14sen ke RM2.40) cuba mengambil peluang untuk membeli Call Warrant ini dengan tanggapan salah harga Call Warrant pilihan terbaik ketika itu.
Kita mesti ingat, antara sebab dikeluarkan Call warrant adalah untuk melindung nilai bagi 3rd party investor yang biasanya akan mengeluarkan Call Warrant ini ketika harga saham di pucuk.
Okey ini hal yang berlaku sekarang!
1.Duit pelaburan sudah susut 90%!
2.Modal RM4000 tinggal RM500 sahaja sebab tinggal 5 sen)
3.Modal bakal hilang sepenuhnya!
Modal bakal hilang sepenuhnya?!…
YA, modal bakal hilang jika harga saham induk DSONIC CALL warrant tidak berjaya melepasi ‘Strike Price’ RM1.86 pada Januari 2015!
Sebagai panduan kepada yang melabur saham,JIKA membeli Call Warrant tanpa pengetahuan boleh diibaratkan seperti meletakkan duit penat lelah kerja untuk dibakar.
Sebelum melabur dalam Call Warrant sila dapatkan info:-
1.TREND semasa saham induk (penting)
2.Nilai conversion dan rationya (penting)
3.Tarikh Expiry Date (biasanya kurang 1 tahun)
At least itulah info yang PERLU ada bagi seseorang yang melabur dalam saham Call Warrant.
CALL WARRANT PALING BAHAYA.
Kedua yang kurang bahaya adalah WARRANT. Walaupun begitu Warrant dikira okey kerana tarikh luput yang panjang dengan sesetengahnya melebihi 10 tahun untuk luput dan ianya dikeluarkan oleh Syarikat Induk sebagai penarik untuk pelabur tebus ‘right issue’ (syarikat hendak dana tambahan).
KEBURUKKAN Call warrant dan Warrant
1.Tidak dapat ke AGM
2.Bukan Owner syarikat
3.Ada tarikh luput macam Roti Gardinea
4.Tidak dapat dividen
5.Harga akan turun sepantas kilat jika harga saham induk turun.(jika saham induk tidak turun, warrant tetap akan turun juga)
Itulah antara 5 keburukan bila melabur dalam Call warrant mahupun Warrant. (Ianya boleh menjadi KEBAIKAN pula jika Induk utama berada dalam Trend menaik).
Apapun, dalam kes kerugian 90% modal bagi pelabur yang melabur dalam Datasonic Call warrant (harga 40sen April ke 5sen terkini) adalah pengalaman yang amat mahal harganya untuk direkodkan.
Untuk selamat, utamakan melabur dalam saham induk…(worst scenario anda dikira sebagai pelabur saham dan dikira owner syarikat walaupun harga saham turun).
Sebagai REKOD, berikut adalah kejayaan ZPC yang berjaya membuat SELL CALL Saham Datasonic ketika harga berada betul-betul dipucuk (RM2.30 pada April 2014 yang lepas).
Gambar 1:Sell Cal Dsonic pada harga RM4.70 oleh Dn Halim
Gambar 2: Ingatan pada 4 April untuk TIDAK BELI saham Dsonic
Gambar 3 : Peringatan juga untuk tidak beli ketika harga RM2.72
Buy call ada dan telah dibuat Sell call pada harga pucuk.
Adakah saham teknologi Datasonic ketika RM1.07 ini berada pada harga low ?
Gambar 4 :Carta saham Dsonic, Weekly chart menunjukkan harga saham Datasonic berada pada harga sokongan. Adakah harga akan pantul naik semula ?
“Baca, Hafal, Fahamkan dan Amalkan ilmu”
InshaAllah, pelaburan akan tenang jika ada ilmu yang diamalkan. Jangan terburu-buru untuk cepat kaya dalam saham.
Saham adalah pemilikkan perniagaan TETAPI tidak bagi Call warrant.
Sekian ,
ZAMSAHAM
#SELL CALL Saham Datasonic & call warrant ketika harga berada betul-betul dipucuk (RM2.30 pada April 2014 yang lepas).