Assalamualaikum dan salam Aidiladha..
1.Tengah duduk santai di pantai,siang tadi ada pula yang bertanya untuk mengubah nasib dengan pelaburan saham.
2.Dah penat berkerja katanya…
Nak jadi full time trader dan boleh kaut untung hari-hari. Nak ubah nasib keluarga.
Okeylah, begini jawabnya
3.Terus terang, saya katakan..”JANGAN BERHENTI KERJA DAN INGAT NAK NAK TRADE KELUAR MASUK PASARAN SETIAP HARI”
4.Pengalaman mendewasakan, sebab seawal melabur dari umur 19 tahun itulah yang saya fikirkan. Nak beli hari ini jual dalam masa terdekat. Kalau boleh sepantas beli pagi jual petang.
Untung 5sen sehari jadilah…darabkan dengan 10,000 unit, maka adalah untung kasar RM500 sehari.
5.Itu memang benar. Boleh dapat!
Memang boleh dapat untung sebanyak itu malah lebih lagi ……sehari menghadap komputer tengok entry terbaik dan beli saham…sama juga yang trade Pasaran Hadapan.
6.TETAPI, bila dah semakin kerap, semakinlah kita tamak dan aggresif untuk mencari sebanyak mungkin Untung yang ada, Kalau boleh nak yang paling pantas rupanya boleh MENGUBAH kepada keputusan yang emosional dan terburu-buru. Beli kat pucuk dan jual kat terendah. Lepas beli harga turun, lepas jual harga naik pula.
7.Akibat aggresif, DARI UNTUNG…kerugian bertambah pula. Itu tak termasuk dengan kos nak bayar Remisier. Tertekan..dan akan fight untuk cover kerugian awal. SEBALIKNYA..rugi semakin mengunung.
8.Yang penting, NIATkan melabur untuk jangka masa lama biarlah setahun 2 tahun atau lebih. Kaji dan dapatkan sebab mengapa nak beli sesuatu saham sebaiknya…saham tu pemilikan perniagaan. Ingat tu..kitalah pemilik business sebenar. Banyak usaha nak buat.
9.InshaAllah, kalau dah awal-awal buat apa kerja nak hasil yang lama..BIASANYA kita akan dapat hasilnya cepat. Niat tu paling penting..niat untuk lama dan kebiasaannya akan dapat cepat…(biasa berlaku pada peserta saya)
10.Kalau nak kaya cepat, nak berhenti kerja sebelum sampai waktunya…NAK untung cepat dengan saham, biasanya akan KECUNDANG menanggung kerugian.
Saya nak cerita panjang…tapi cukuplah dulu buat masa ini.Simpan untuk kelas-kelas saham yang saya anjurkan nanti sebab penerangan langsung itu lebih baik dari pembacaan sahaja.
InshaAllah, saya akan kongsikan bagaimana saya pernah membantu lebih 100 orang untung lebih 100% pada March 2015 yang lepas…berapa lama mereka melabur saham dan apa yang diniatkan.
Okey,
Salam Aidiladha dari saya di Indonesia
Zamsaham
Remisier King
# korbankan niat lama dalam pelaburan sebenar.
Hotline 012744843
Register.zamsaham.com