Eposide 3 15 march 2015
Rugi lagi RM1.2juta!
Rugi duit pinjaman belajar satu semester!
Satu keluarga rugi RM300ribu!
(Artikel Janda Tipu muka depan HMetro)
1.Banyak betul penyangak pelabur yang ambik kesempatan atas lemahnya iman orang ramai yang sibuk nak cepat kaya dengan jalan mudah.
2.Punca utama sebab IKUT-IKUTAN. Ikut kawan, ikut sedara tanpa tahu pucuk pangkalnya.
3.Terus terang saya katakan bab pelaburan yang terang-terang sah seperti melabur terus di Bursa Malaysia tak nak disertai kerana katanya risiko tinggi..
4.Tapi bila masuk skim putar alam dan rugi…tidak pula dirasa tinggi risikonya.
5.Sebenarnya bukan si penganjur sahaja yang patut dipersalahkan…orang yang masuk skim-skim seperti Geneva Gold Swiss Cash juga harus dipersalahkan…
(Bila gagal jangan salahkan orang atau keadaan..silap sebab diri sendiri)
6.Simpati saya pada mereka yang masuk skim seperti ini agak kurang kerana kerajaan melalui Bank Negara, SC, SSM dan NGO seperti Persatuan Pelabur Strategik Melayu Malaysia dah buat berbagai-bagai program untuk bagitahu bahayanya skim-skim cepat kaya ini.
Okey, titik noktah!
7.Kalau nak labur, baik labur terus kedalam syarikat-syarikat yang disenaraikan sah di BURSA MALAYSIA..kalau malas sangat nak belajar proses melabur sendiri boleh sahaja fokus kat ASB atau lain-lain unit amanah saham.
8.Risiko ditipu adalah kosong…cuma risiko pulangan atas modal yang dilaburkan.
9.Pada saya kalau rugi melabur saham adalah 100 kali nikmatnya berbanding yang kena ‘tipu’ bulat-bulat dengan skim putar alam yang dipaparkan dimuka depan Harian Metro pada hari ini (15 March 2015)
10.Awal tahun ini sahaja ada beberapa kes….dan bukan mustahil anda sendiri akan terjerat sama kalau tiada ilmu pengetahuan bab pelaburan.
11.InshaaAllah, kalau serious nak tahu dan yang dah melabur kat saham hendak belajar bagaimana saya ‘tunjukkan’ jalan melabur sendiri sehingga ada yang berjaya untung lebih 100% dan ada 200% temui saya di Kelas Advance Remisier King pada 21-23 March di KL.
12.Pesan saya…jangan niatkan untung semata-mata tetapi fahamkan dahulu prosesnya. Kerana jika dah faham prosesnya maka inshaAllah keuntungan akan menyusul secara automatik kemudian…ubah mindset kepada percaya orang laburkan kepada labur sendiri.
13.Tahun 2015 adalah tahun peluang terhidang…dan pasaran saham berada dalam mood ‘volatile’ yang memberikan peluang pada pelabur-pelabur yang pandai tawar menawar.
Pokok pangkalnya ilmu secara catitan yang akan saya kongsikan.(bekas student boleh share dan alertkan pada kawan-kawan..takut kawan sendiri jadi mangsa pula)
Okey, jangan buang masa dan sms > minat saham> email ke 0137788048.
Jumpa saya di kelas saham sebenar!
Sekian,
Salam Saham
Zamsaham
Remisier King
# dah muak tengok pelabur ikut-ikutan