JANGAN IKUT IKUTAN DALAM SAHAM – Bila melabur saham kita adalah pemiliknya (Episode 4)
Kita pemiliknya
Kita pemilik company tu
Kita kena ambik tahu syarikat tu untung atau tidak
Kita sendiri kena tahu syarikat boleh berpotensi berkembang atau tidak..
1. Kitakan boss, boss mana boleh malas…Kalau nak duduk goyang kaki pun..kenalah cek potensinya.
2. Bila melabur saham…lagi sekali diingatkan kitalah boss, kitalah tokey, kitalah yang pemiliknya.
3. Jangan melabur kalau ikut-ikut sahaja…Nak ikut boleh, tapi kenalah faham apa itu pelaburan saham.
4. Ingat juga, saham bukan semata-mata pada harga saham..ianya lebih dari itu. Jangan anggap saham ini kasino (kontra kaki dah kena warning) dan yang simpan saham pun kenalah tahu kaji sendiri (jangan bergantung sangat pada remisier, analyst atau tuk nujum).
5. Biasakan kaji sendiri…kaji sendiri dan amalkan ilmu..Buka monthly, weekly chart tu dan rekodkan trendnya…mana targetnya mana paras sokongan perniagaannya.
Rekodkan info quaterly profit, cashflow yang latest dan lain-lain penting info kat dalam Diary Invest Saham…cek satu persatu dan buat kesimpulan sama ada nak beli, hold atau jual..kalau boleh pergi AGM, lawat kilang atau projek-projek yang ada..tapi sebelum tu call secretary minta kebenaran.
6 .Ingat, Bila melabur saham…lagi sekali diingatkan kitalah boss, kitalah tokey, kitalah yang pemiliknya.
7. Saya kaji sendiri begitu juga 150 orang bekas student bulan march ini yang kaji sendiri meraih pulangan lebih 100% saham Priva berhad yg di simpan dekat 10bulan dari bulan Mei 2014 tahun lepas.. kaji sabar , akhirnya rasai nikmat naik harga saham…bukan itu sahaja,dpt juga merasa dividen….
8. Janganlah kita ikut-ikutan…biar rugi tahu kenapa rugi dan kalau untung biar tahu kenapa untung…
JANGAN IKUT-IKUTAN…nak ikut boleh ,tapi mesti ada ilmu.
9. Kitakan boss…
Boss mesti kena tahu
Boss jangan buta-buta ikut.
Kitakan ada ilmu…amalkanlah…baru puas hati kalau berjaya nanti.
10. Orang lain boleh berjaya, orang lain dah pernah merasa untung 100%…kenapa tidak kita.
Salam Saham,
Zamsaham
24 March 2015
Jangan ikut-ikutan episode 4