Ada banyak kisah-kisah pelabur yang anda tidak tahu berlaku di dunia sebenar.
Standard untung dalam pelaburan ni biasalah setakat 10% atau 30% setahun dah dikira berbaloi sangat. ASB tahun lepas dapat dalam 7%. Ramai orang suka.
Dividend ini adalah rahsia orang kaya semakin kaya dan duduk diam-diam tak kerja tetapi dapat hasil yg datang dari business. Orang kaya fikir dividend dan bukannya gaji bulanan.
Walaupun dapat Dividend ASB, anda boleh dapat Dividend contoh 10% setahun kalau modal RM200k anda akan dapat RM20k setahun dan boleh enjoy bawak bercuti 2 minggu ke Europe. Lepas 2 minggu duit dividend habis, tetapi modal di ASB masih kekal RM200k. Hebat tak otak orang kaya. Kerja teruk-teruk lepas tu laburkan ke tempat yang boleh beranak duit tanpa kerja!
Sebenarnya kerja tetap ada dilakukan oleh CEO syarikat yang dilantik Board Of Director (BOD) dalam tempat-tempat yg dilaburkan. Maksudnya keuntungan dividend datang dari business yg dijalankan. Bila profit business naik, dividend juga naik.
Dividend ini yg menyebabkan ramai boleh rasa kaya, tetapi takkan menyebabkan orang itu Super kaya.
Untuk super kaya pulangan pelaburan mestilah beribu-ribu percent, baru boleh jadi super kaya. Orang super kaya kalau 10% mereka tak layan. Orang super kaya mereka tak takut dengan risiko sebaliknya melihat peluang dengan instinct kejayaan.
Xiaomi Corp adalah satu contoh yang paling tepat ada pelabur yang buat keuntungan berlipat kali ganda walaupun harga saham masa IPO turun lebih 30%!
Harga saham Xiaomi Corp turun 30% dari hari penyenaraian di Hongkong Stocks Exchange menjadikannya IPO terburuk di HKSE! Tekanan jualan menyebabkan harga turun semakin teruk selepas sebahagian pelabur Pre IPO (yg labur lebih awal) lepas Monotorium (kena pegang 6 bulan selepas IPO) membuat jualan.
Kepada yang ambik saham Xiaomi dalam funding round, Cofounder, Series A, B atau C sehingga Venture capital mereka inilah yg dapat HUGE PROFIT. Nak tahu lebih lanjut anda boleh semak dekat Crunchbase.com. Anda boleh nampak funding rounds dan siapa yang melabur sebelum IPO.
Walaupun harga saham Xiaomi turun, tapi terbukti pelabur awal pre-IPO tetap untung. Dikirakan sebanyak 4 billion saham Xiaomi dijual pada harga 0.0195 sen dalam tahun 2010-2011. Iaitu walaupun sekarang 2019 harga saham Xiomi turun 30% kepada HK$11.10 keuntungan dalam peratus pelabur pre IPO adalah 56,823%!
Adil juga mereka untung sebanyak ini, sebab mereka labur ketika Xiaomi tiada apa-apa dan mengambil risiko tinggi menjadi pelabur awal. Biasalah yang awal dapat pulangan lebat. Ketika dah IPO, Xiaomi semua orang dah kenal, yakin dengan produk dan businessnya, harga IPO pun mahal.
Ini adalah sebahagian dari kisah kejayaan dan rahsia pelabur untung lebih dari 10%. Banyak lagi kisah pasal rahsia pelaburan Pre IPO termasuk Peter Thiel, Vincent Tan dalam Facebook, Masayoshi Son, Khazanah dalam Ali Baba, dan Jeremy Liew dalam SnapChat.
Mereka untung kaw-kaw sebab pandai cari peluang melabur awal dari syarikat yang nak ke IPO. Mereka buat keputusan awal, tahu potensi dari instinct hati mereka yg kuat tanpa guna mata sahaja. Jika dah terlihat pada mata, banyak benda akan jadi mahal.
Kalau ambik 56,823% ini dibahagikan dengan 10% setahun makanya bersamaan dengan 5600 tahun pendapatan. Tak perlu kerja selama tu. Bayangkan keuntungan seperti ni. Kaw-kaw!