Nasi Lemak & Pasaran Saham
5 Ogos 2015
Hari ini tak dapat tengok saham ‘Live’ di Platform saham OMS188. Jeling-jeling harga saham di www.bursamalaysia.com sahaja.
Sekarang tengah tunggu check in Flight di Senai Airport. Sambil tu singgah kejap UncleZam Cafe pekena Mee Kuey Tiaw ditemani Rakan yang layan Nasi Lemak Saham Malaysia yang berharga RM2.00 sebungkus.
Alhamdulillah dapat sambung legasi perniagaan orang tua dalam Industri F&B.
Kepada pelabur-pelabur saham, Ada berita baik, menurut pandangan saya yang Indeks Bursa Malaysia kekal bertahan atas 1700 WALAUPUN Headline di Malaysia dan seluruh dunia ruangan Business The Star mahupun Bloomberg yang asyik cerita Ekonomi dunia di ambang ke ‘longkang’..
Biar pun benar Greece mempunyai kadar ‘tanam anggur’ tertinggi di dunia dengan hampir 30% rakyatnya tiada pekerjaan untuk tempoh lebih setahun, Pasaran Saham Bursa Malaysia kekal bertahan atas 1700 malah naik pula walaupun indeks pasaran saham Greece turun lebih 22% kelmarin.
Biarkan Greece dengan masalahnya.
Kita jangan ikut Greece sebab kita bukan duduk dekat Greece. BANYAK company yang sahamnya tersenarai di Bursa Malaysia pun tak ada meniaga kat Greece.
Hal masalah Gawat kat Greece bukan baru. Bermula kegawatan dunia tahun 2008-2009, Malaysia pun gawat ketika itu sehingga Indeks melorot ke bawah 800 mata. Raja Ekonomi Dunia, Amerika Syarikat pun terlungkup seketika sehingga pembuat kereta General Motor terpaksa di Bailout oleh kerajaannya. Semua goyang dan panik ketika tahun 2008 sehinggakan pesta lelong rumah banyak di sana sini. Yang rebut peluang masa tu, kini dah terpaksa kaya!
Tahun 2008-2009 Gawat, US gawat, Eropah gawat. China hingga gawat di Malaysia .
TAHUN 2015 ini masih lagi tak habis-habis dengan gawat.
TETAPI perasan atau tidak sebenarnya Amerika diam-diam dalam proses keluar secara total dari kegawatannya sehinggakan Indeks Dowjones kekal berada dalam paras tertingginya dalam sejarah. Dalam ambang masalah Eropah, pasaran US Dowjones kekal atas 17,000 mata!
Saya tak risau sangat sebab masalah 1MDB, masalah Najib tukar kabinet dapornya atau masalah ringgit yang rendah. Bukan bermaksud saya tak nak ambil tahu, tetapi baik saya tak ambil ‘port’ sangat sebab kena fokus pada perkara yang sedang dilakukan. MASALAH TAK KAN HABIS, yang penting bagaimana kita sesuaikannya. Kekal Fokus!
AMERIKA sedang keluar dari kegawatan dan hampir total keluar ke arah ekonomi yang lebih kuat.
GREECE pada saya berada pada penutup kegawatan. Ini last punya gawat. Ada duit lebih nak juga ke Greece intai peluang kat sana.
Malaysia pula bukan total berada di kegawatan kerana banyak ‘Peluang Terhidang’ kepada yang ada ilmu dan rajin intai peluang.
Saya tak risau bukan sebab RM2.6billion masuk akaun saya, malah pinjaman bank untuk projek hotel saya pun tak dapat sebab tinggal beberapa bulan lagi nak siap.
Apa duit yang ada pakai dahulu sebab tahun ini memang tahun mencabar. Tahun susah sebelum menuju kesenangan. Itu keyakinan saya yang diajar oleh mentor no 1 saya, Professor Wak Tukiman!
Walaupun saya bukan lulusan Oxford, bukan Orang Bank Negara, Saya percaya Malaysia sedang pesat membangun dari sudut ekonomi yang lebih hebat selepas ini. Lihat sahaja kenderaan di Jalan Raya, Projek MRT yang pesat dibangunkan, projek hartanah sana sini. Iskandar, Eastern Corridor sampailah projek Rumah Rakyat Prima. Tak termasuk skim graduan kerja dan macam-macam lagi. Cuma idea BR1M tu saja yang nampak agak sengal.
Dari orang tak pandang sekarang dah terkenal. Satu Dunia kenal. Dulu orang luar kenal sebab Mahathir lantang, Bangunan Twin Tower KLCC sekarang Malaysia semakin dikenali kerana musibah MH370 & MH17. Terkini kerana penderma tertinggi dunia RM2.6billion.
Biar buruk, Malaysia negara hebat!
Malaysia ada keunikkannya yang tersendiri.
INDEKS BURSA MALAYSIA tahun 2017 boleh mencecah 2500 hingga 3000 mata!
Itu ramalan berdasarkan kajian saya yang melihat kekuatan sekarang (walaupun diasak dengan masalah dalam, hal China, Greece dan Dunia) untuk kekal Indeks FBMKLCI bertahan atas 1700.
So, sambil pekena Nasi lemak Saham Malaysia di UncleZam saya melihat banyak peluang terhidang ketika orang lain kekal dengan SMS siang malam menceritakan masalah negatif dunia yg tak habis-habis dari PRU13, Kes Liwat Anwar, banjir di Kelantan dan kes derma ‘Dato Wan Imdibee’.
Kita bual boleh tapi jangan sampai ianya meracuni pemikiran untuk saling salah menyalahi kerana ianya bukan baik tetapi tambah menghala kepada kehancuran.
Pergilah berjalan ke mana negara di dunia, inshaAllah Malaysia tempat yang paling terbaik pada saya ketika ini. Peluang hebat terhidang!
Indeks inshaAllah nak meletop jauh ke 3000 mata tahun 2017…Saham yang trend dan ada potensi, simpan baik-baik. Datang AGM dan buatlah keputusan terbaik.
Susah sekarang untuk senang kemudian.
Masa sunyi saham masa itulah kena ghairah datang.
Kena ghairah sebelum orang lain ghairah!
APA TUNGGU LAGI ?
Rebut peluang
Cari idea sambil pekena Nasi lemak Saham Malaysia di Uncle Zam.
Wallhualam…
Zamsaham@UncleZam
Kelas Remisier King 2015 di Akademi Zamsaham minggu ini. Full house!