Assalamualaikum semua rakan-rakan Zamsaham.
Pasaran saham naik dan turun.
Ramai pelabur biasanya berdebar-debar memikirkan apa yang bakal jadi pada harga saham mereka.
Ada juga yang risau, sentiasa risau sama ada harga sahamnya naik mahupun turun.
Kebanyakkan dari anda TERUTAMA PELABUR BARU tidak senang duduk diam dan mesti cari cara untuk melihat harga saham “live” walaupun boss anda suruh buat kerja.
Nak settlekan masalah ini, anda kena tahu strategi mengkaji awal dan waktu yang tepat untuk merekodkan kajian di Diary Invest Saham. Amalkan cara catitan dengan sistem DIS barulah hati anda tenang. TENANG sebab anda dah catit apa kebarangkalian yang bakal berlaku,..tahu potensi,..tahu syarikat buat apa,..tahu pintu target dan tahu pintu kecemasan. SUDAH CATIT,..baru hati Tenang.
Walaupun begitu, ada di kalangan anda di sini sudah belajar DIS tetapi tidak amalkan ilmu dan masih terikut dengan cara lama ‘menonton ‘ harga saham LIVE itulah sebab utama anda risau dan risau memikirkan apa nak jadi pada harga saham anda.
Ada juga pelabur yang ‘rasa’ hebat untuk mencari duit harian, duit minyak, duit belanja dapur di pasaran saham dengan trade seaktif yang mungkin dengan ‘menonton live market’ TETAP juga risau,..tetap juga tak kaya-kaya,..malah ada yang semakin lama semakin rugi.(yang semakin senyum adalah remisier sebab banyak komisyen).
Jadi jika anda melabur dan ini berlaku pada anda…
Anda risau,..Anda berdebar,..Anda tidak tahu hendak buat apa,..Anda konfius,..Anda tidak tahu nak jual kat mana,..Anda tidak tahu hendak lari atau hold,..
Kembalilah mencatit dengan SISTEM dan rekod betul-betul dengan teliti,..in sha Allah ilmu teknikal dan fundamental anda yang hebat akan lebih bermanfaat.
In sha Allah anda akan lebih faham mengapa anda melabur saham dan seterusnya BIJAK membuat pertimbangan jual atau beli.
Okey,..catitkan,….
Catitkan…jangan malas catit kalau melabur saham tu,..
Apa nak catit??…Itu pasal kena ada ilmu.
Dapatkan ilmu saham di Kelas dan In sha Allah join dan perhaluskan kajian saham secara catitan di Kelas Advance Saham 3 hari di KES90’an Mega PWTC, Kuala Lumpur.
Jangan miss!
InshaAllah saya akan bagi market outlook,..mana satu sektor nak labur,…Oil & Gas atau Teknologi ?…apa nak jadi pada Hartanah?…naik atau turun…apakah peluang jika turun?,…
3 hari di PWTC, Kuala Lumpur…jangan miss!