Faktanya, ada beberapa syarikat milik pelaburan TH bermasalah. Antara yang latest adalah TH Heavy bergelut masalah harga minyak yang turun. Keluarkan right issue takda orang ambil, last sekali Tabung Haji keluar dekat RM200juta. Last 3 Quaterly Result TH Heavy pun loss dan dari sudut teknikal dah pecah semua kritikal support. Bahaya company ni.
Skandal beli saham Silver Bird dulu pun tak selesai lagi. Company Silverbird dah bungkus dah, dah ditendang dari Bursa Malaysia. Loss making company bukan sikit tapi ratus juta jugak.
Banyak lagi pegangan saham TH memang bawah nilai.
Mems Berhad pun dah kena delisted dari Bursa Malaysia pada tahun 2010. Last sekali TH ada dekat 65juta unit dalam company tu. Berapa total lossnya?
Tak termasuk lagi Lityan Berhad.
Sejarah dahulu, memang TH ada masalah kes pengurusan pelaburan pecah amanah RM200juta yang dibuat pada tahun 2001 dahulu. Anda boleh semak kerana kesnya masuk mahkamah. Itu Fakta!
Wallahualam.
Maaf. Sekadar sampaikan.