Pembukaan Akaun CDS

photo_2018-09-21_09-28-17

PEMBUKAAN AKAUN CDS


Akaun Central Depository Service atau singkatannya ialah CDS ini boleh dibuka oleh mana-mana individu yang telah mencapai umur 18 tahun pada tarikh permohonan. Akaun ini perlu dibuka di cawangan bank pelaburan yang disahkan oleh Bursa Malaysia dengan bayaran sebanyak RM 10.


Terdapat dua jenis akaun CDS iaitu :
1. Konversional
2. Islamik


Bagi akaun CDS konversional, para pelabur boleh membeli saham yang mematuhi syariah atau sebaliknya. Manakala, bagi akaun CDS Islamik, para pelabur hanya boleh membeli saham yang mematuhi syariah sahaja.

Soalan yang sering diajukan oleh individu yang baru sahaja melibatkan diri mereka dalam dunia saham adalah bagaimanakah cara untuk membuka akaun CDS? Langkah di bawah boleh anda ikut bagi membuka akaun CDS anda.

Panduan untuk membuka akaun CDS anda :
1. Cawangan syarikat bank pelaburan contoh cawangan RHB Investment Bank.
Pergi ke cawangan syarikat bank pelaburan pilihan anda. Syarikat bank pelaburan ini juga dikenali sebagai broker saham.
2.Borang seperti lampiran (gambar) dan tandatangan di bahagian tertentu sahaja.
3. Kad pengenalan dan penyata bank
Salinan kad pengenalan sebanyak tiga keping dan salinan penyata bank (tiga bulan terkini)
4. Slip gaji terkini
5. Penghantaran borang-Hantar borang kembali kepada broker saham pilihan anda semula
6. Aktifkan platform- Setelah siap akaun CDS anda (lebih kurang tujuh hari bekerja) semak ‘inbox’ pada email anda untuk aktifkan ‘trading platform’.

Pelabur yang telah membuka akaun CDS ini akan diberikan ‘client code’ atau kod pelanggan untuk melihat trading akaun. Perkara penting untuk pelabur adalah melihat latar belakang dan remisier yang boleh memberikan pandangan untuk membantu para pelabur dan bukan hanya mahukan komisen transaksi sahaja.

Jika anda ingin buka akaun CDS dengan Zamsaham. Sila hubungi Pn Nor Saham di no. 016-3792769 dan hadir seminar yang dianjurkan

.
Daftar Kelas