“Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan kami di segenap ufuk dan pada DIRI MEREKA SENDIRI sehingga jelaslah kepada mereka bahawa Al Quran adalah benar. Dan apakah Tuhanmu tidak cukup bagimu bahawa sesunguhnya Dia menyaksikan segala sesuatu”
Surah Al-fusilat ayat 53
Komen:
1.Banyak petunjuk kepada kita baik yang kerja engineer mahupun dalam dunia saham. Bergurulah dan carilah petunjuk dengan kefahaman akal.
2.Sabar sebahagian darinya…nak untung saham kena banyak sabar..Sabar bukan benda main-main..Warrent Buffet untung berbillion sebab boleh sabar simpan saham puluhan tahun…bukan macam sebahagian kita yang simpan saham 6 bulan pun dah dikira lama.
3.Yang gopoh-gopoh biasa akan loss memanjang..Yang kontra sekali-sekala akan untung..tapi lebih banyak yang loss dari untung.
4.Yang masuk membeli pada waktu salah pun akan loss.
5.Yang ikut-ikutan berita tanpa usul periksa pun akan loss.
6.Yang tiada ilmu saham dan masuk melabur tanpa kefahaman pun akan loss.
Alquran satu mukjizat yang unik untuk dikaji dan takkan habis untuk digali dengan berguru dan kefahaman yang betul.
Wallahualam,..
Zamsaham
REMISIER KING
# syukur dipertemukan dan berguru langsung dengan Kiyai Hudhori dan Dr.Ousman