Alhamdulillah Kelas REMISIER KING Intro dan ADVANCE selamat berlangsung dengan jayanya pada 21 hingga 23 Mac 2015 tempoh hari di Akademi Zamsaham.
FULL HOUSE Kelas Intro Remisier King hingga memaksa pihak ZAMSAHAM mendaftarkan peserta yang lewat untuk ke tarikh yang seterusnya.
Gambar 1: Sesi pagi 21 Mac 2015 bermula dengan Kelas INTRO Remisier King.
Gambar 2: ILMU Saham sebenar bukan setakat dalam bilik seminar. Peserta ADVANCE Remisier King 21 -23 Mac 2015 yang lalu juga berpeluang beramah mesra bersama penceramah ZAMSAHAM.
Gambar 3: PUASHATI ! Kegembiraan jelas terpancar di wajah-wajah Peserta ADVANCE Remisier King pada hari akhir kelas 23 Mac kerana pemahaman mereka tentang pelaburan saham sebenar kini lebih jelas dan lebih mantap berbanding sebelum ini.
First come, first serve…Kelas ADVANCE REMISIER KING yang bersambung pada sebelah petang 21 mac hingga 23 mac 2015 memang dah awal-awal lagi FULL HOUSE.
Hebat-hebat belaka ‘CEO-CEO’ bidan terjun yang dilantik memberikan pandangan dan potensi saham syarikat masing-masing. Perubahan besar pemahaman konsep pelaburan saham pada hari ke-3 berbanding hari pertama program nampak ketara kepada peserta-peserta kelas kali ini.
Ada juga ‘CEO’ muda yang masih lagi dalam alam persekolahan didedahkan dengan cara pelaburan saham sebenar di Bursa Malaysia.
Terima kasih kami ucapkan kepada semua terutama yang datang luar dari Kuala Lumpur, semoga perjalanan musafir anda mendapat berkat dan diberikan kenikmatan oleh Allah s.w.t
Ingat untuk sentiasa catit saham kajian di Diari Invest Saham.
Team ZAMSAHAM mendoakan kejayaan anda semua di Pasaran Saham Bursa Malaysia.
Kelas Remisier King memang jelas berbeza berbanding program-program yang telah dianjurkan ZAMSAHAM sebelum ini. Inilah peluang mereka yang berpengalaman lebih 7 tahun memantapkan pemahaman ilmu saham sebenar sebelum ini.
Bagi yang baru nak belajar, ini adalah medan terbaik mengenali pelaburan saham sebenar sebelum terus melabur dan mengenali realiti pelaburan saham yang sememangnya mudah buat yang faham.