Selamat Pagi semua..
Alhamdulillah, Efficen berjaya closed pada harga tertinggi bulan lepas (September 2014) iaitu pada 36sen.
Nampaknya, Ramalan untuk terus trending semakin cerah..
Ini adalah perkongsian carta beberapa minggu lepas:
Gambar 1: Carta saham Efficen sebelum penutup bulan Septemer 2014 masih menunjukkan harga berada dibawah 0.265sen.
Gambar 2 : Carta Bulanan Efficent Berhad selepas tutup pada bulan September 2014. Adakah anda nampak Seketul ‘ candle’ yang besar dan sudah pun melepasi tertinggi-tentingi tahun penutup harga saham bulanan bagi tahun -tahun sebelumnya?
Sedikit pesanan saham :
- Beli Saham sebab minat anda kepada sektor perniagaan bukan ikut-ikutan tips semata-mata.Ingat ,pelaburan saham bukan hanya semata-mata untung dari kenaikan harga saham tetapi berfikirlah seperti seorang ‘businessman’.Jika anda faham perniagaannya dan minat,maka mungkin itulah Tips saham yang terbaik untuk anda.
- Masuk pada harga yang betul dan kenal pasti trend utamanya.Ini kerana kebanyakkan pelabur,dan mungkin anda juga seringkali membeli saham pada harga dan waktu yang salah.”Setiap kali beli, harga saham TURUN dan setiap kali JUAL harga saham NAIK”. Inilah keluhan pelabur saham yang seringkali masuk pada waktu yang salah. Ada 3 kesilapan utama yang sebenarnya panjang untuk dihuraikan.Apapun, yang PALING PENTING adalah mengetahu teknik dan strategi masuk membeli pada waktu yang betul dan pada ‘permulaan trend’ menaik dikenalpasti. MASUK BETUL dan tepat Insha Allah keluar akan tenang dan profit. Jika MASUK dah salah…maka itulah masalah yang besar Hendak selesaikan keluahan ini…”Setiap kali beli, harga saham TURUN dan setiap kali JUAL harga saham NAIK”. belajar bagaimana masuk pada waktu yang BETUL!
- Perlu ingat, mungkin tips saham yang dikongsi sudah betul..BETUL NAIKNYA,,tetapi yang salah adalah anda sendiri yang masuk pada waktu yang salah iaitu selepas harga naik dan berada di PUCUK!
- Lagi satu Jangan Aggresif dengan pasaran saham dan Jangan belajar ilmu kontra.Jika boleh dengar perkataan kontra pun jangan. Kontra boleh menimbulkan banyak masalah dari segi emosi dan mutu kerja juga boleh terganggu. Labur dan gunakan wang yang anda ada sahaja..InshaAllah emosi tenang!
- Sabar untuk tunggu hasilnya. JANGAN fikir beli saham dan hendak untung lagi 2 atau 3 hari atau sepantas beli pagi jual petang!.Itu bukan cara pelaburan Zamsaham. Simpan kerana potensi perniagaan yang selari dengan trend utama saham yang diterjermahkan oleh harga sahamnya.
Kesimpulan dari 2 carta yang dilampirkan, saya dapati harga sahamnya sudah masuk fasa TRENDING yang cantik. Disokong pula dengan berita Alibaba.com yang mempunyai pegangan dalam Singapore Post.
Insha Allah, secara peribadi saham EFFICEN adalah saham 5 bintang kepada yang sukakan perniagaan ECOMMERCE yang dijangkakan ada potensi ‘letupan’ untuk beberapa tahun mendatang.
Sekian,
Zamsaham
# Ledakkan Alibaba.com kepada sektor ecommerce.