Assalamualaikum dan Selamat Petang Semua Pelabur yang dihormati,
Saya baru sahaja habis kelas Remisier King untuk hari ke-2 dan beberapa kesimpulan boleh dibuat.
1. Saham Oil & Gas akan menerima kesan paling dasyat akibat penurunan harga minyak mentah yang berada bawah USD40 sekarang ini. Saham Malaysia Heavy Engineering Berhad (MHB) yang satu masa dahulu pernah Naik setinggi RM8.50 masih lagi TREND TURUN dengan harga terkini 98sen. Jika dilihat kepada trend, saya menjangkakan bukan mustahil saham milik MISC ini boleh turun lagi mencecah harga jajaran 50sen-36sen.
2.Saham AirAsia X dan Pemegang Saham Induknya Airasia pun berada dalam keadaan tahap kritikal dengan jangkaan harga akan TURUN LAGI.
Operasi Airasia X rugi setiap hari dalam RM1.5juta dan rekod terkini rugi lagi bagi sukuan kedua tahun 2015 adalah RM132juta. (Dah dekat 2 tahun straight AirasiaX rugi setiap quater.)
Semenjak disenaraikan pada harga IPO RM1.25, harga sahamnya terus turun terendah harga tutup Jumaat lepas (21August) adalah 17sen. Saya jangka harga sahamnya mungkin boleh turun kepada paras 10sen-8sen.
AIRASIA pernah menjadi pujaan pada tahun 2013 dengan harga tertinggi pernah Naik sampai RM4.00. Dah dikongsikan hal penurunan beberapa bulan lepas dan terkini harga dari RM4.00 sudah turun ke paras terendah 97sen. Tengok parttern bukan mustahil harga mampu TURUN LAGI ke paras terendah sokongan ‘kritikal’ 86sen.
Berapa banyak Paper LOSS Tune Air, Tony Fernandes dan Dato Kamarudin Meranum ketika ini?
Saya kira tak kurang RM300juta seorang jika dikira nilai susut sebagai pemegang saham terbesar AirAsia. Tony juga mungkin pening memikirkan hutang pasukan bola sepaknya Queens Park Ranger dan kegagalan Formula 1. Wallahualam…
Okey pendek cerita tahun ini dan tahun 2016 mungkin bukan tahun yg baik untuk Airasia.
3.Saham Perabut dan Perkayuan mendapat Faedah langsung bila ringgit semakin turun. Maksudnya kekal dapat faedah posituf. Saham Lee Swee Kiat harga perlu kekal 0.30sen untuk teruskan Aliran Menaiknya. Saham Perabot, Perkayuan yang lain seperi Homeritz, Pohuat, Latitude,
4.Syukur juga sebab takda yang tersangkut terbeli dipucuk saham IFCAMSC yang diberikan amaran awal JANGAN SENTUH ketika harga berada pada 1.50 beberapa bulan lepas. Harga Terkini 63sen mungkin akan turun lagi ke paras 55-56sen.
Saham Teknologi adalah saham yang hebat untuk beberapa tahun mendatang jika dilihat pada keuntungan tahunan Priva Berhad yg semakin meningkat setiap tahun. Kepada yg dah ‘let go’ saham Priva mungkin harga terkini 20sen akan TURUN LAGI SIKIT ke area 0.175-19sen. Cubalah beli balik dan tawar-menawar kat situ. Mana tahu ada rezeki untuk 2nd Round.
(Untuk rekod, lebih 100 orang berjaya Profit lebih 100% pada bulan March lepas)… mungkin peluang beli ketika orang panik sekarang ini. Cuba tadah kat area 0.175-019sen.
Saham Teknologi pula saya dapati kebanyakkannya masih ada peluang untuk ‘Bounce’ Semula kerana banyak yang sudah hampir oversold. Sabar sikit lepas ini pantullah balik.
5.Indeks Bursa Malaysia dijangka akan turun ke Area 1560 – 1530. Saham-saham indeks masih lagi dalam aliran turun.
So, Pendekkan cerita ada 2 keadaan sekrang.
Satu Buruk:
Saham -saham yang jelas turun kerana seperti Oil&Gas; Armada, Skpetro, MHB dan seangkatan dengannya. Jangan Kacau!
Kedua Baik:
Saham-saham pilihan Teknologi, Perkayauan, Kesihatan, Consumer untuk tawar menawar ketika orang panik minggu depan. Simpanlah kerana potensi perniagaannya.
Penurunan keseluruhan pasaran saham merupakan peluang untuk Tawar menawar (asalkan bukan oil&gas company). Banyak yang dah turun sehingga harga balik semula ketika Peluang Terhidang 17Dec 2014….lagi sekali saya tak mahu sentuh saham Oil&Gas kerana agak sukar untuk Pantul naik semula.
Lain-lain yang mana harga sahamnya masih kekal atas Disember 2014 inshaAllah potensi perniagaan masih OK….(Sabarlah sikit jangan terikut-ikut dgn sentimen sangat…kan saham tu belakangnya business!…)
Okey lah…esok hari ke-3 akan sambung lagi kajian saham di Kelas Remisier King. Diajar kaji sendiri dan macam biasa rekodkan kajian dalam DIS kerana itulah yang terbaik. (Sambung perbualan di ZPC)
Wallahualam,
Zamsaham
@Hotel Zamsaham
-Realise Your Dream
23 August 2015