Soal jawab umum mengenai saham :

Soal jawab umum mengenai saham :

1. Apa Itu Saham ?
Saham adalah pemilikkan perniagaan dalam bentuk ekuiti yang tersenarai di Bursa Malaysia. Lagi besar kuantiti, lagi berkuasa pemegang saham dalam membuat keputusan syarikat.
2. Bagaimana ingin membeli saham?

Perlu membuka akaun CDS (Central Depository System) dan membeli saham melalui Remiser atau Dealer yang berlesen dimana-mana syarikat broker seperti RHB Investment Bank Berhad KLIK DISINI untuk melihat senarai syarikat broker yang berlesen.

Anda boleh memilihTeam Zamsaham (Dn Halim) Sebagai remisier pilihan kerana pengalaman luas dalam dunia wakil niaga saham di Bursa Malaysia.

Zamsaham mempunyai lesen wakil niaga saham dan Pasaran hadapan yang dianugerahkan oleh Suruhanjaya Sekuriti Malaysia (SC). Buka akaun CDS bersama Team Zamsaham hari ini.

Selepas mempunyai akaun CDS anda boleh masukkan wang pelaburan dalam ‘trust akaun’ dan sudah boleh membeli saham apa juga yang ada di Bursa Malaysia dengan syarat anda mestilah buat kajian dan penelitian betul-betul. Jangan beli saham secara ikut-ikutan atau tanpa sebarang ilmu.

Hubungi no tel berikut pada waktu pejabat untuk maklumat lanjut:-

Team Zamsaham : 019-6668584 / 013-7788048 / 013-8338584

3. Apakah syarat utama untuk membuka akaun CDS?

Syarat utama perlulah berumur 18 tahun ke atas, tidak bankrup atau muflis. Antara dokumen yang diperlukan adalah salinan IC depan belakang, salinan bank statement yang disahkan oleh pegawai bank dan pay slip bagi mereka yang bekerja.

4. Bilakah waktu urusniaga saham?

Setiap hari bekerja kecuali Sabtu dan Ahad serta cuti umum. Waktu urusniaga dari jam 9 pagi hingga 12.30 tengah hari dan rehat dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang dan sambung semula dari jam 2.30 petang hingga 5 petang. Kira-kira 6 jam sahaja urusniaga sehari.

5. Adakah saham ini patuh SYARIAH atau HALAL?

YA, hampir 76% syarikat yang tersenarai di Bursa Malaysia patuh syariah. Contoh saham yang patuh syariah seperti Tabung Haji Plantation (TH Plant) dan Bank Islam Berhad (BIMB). Jangan risau untuk tahu sesuatu saham itu syariah atau tidak kerana anda akan diajar di Kelas Saham yang anda akan sertai.

Senarai lanjut saham syariah boleh rujuk di laman web Suruhanjaya Sekuriti KLIK DISINI

6. Boleh beli/jual saham secara ONLINE?

YA, boleh dengan perkembangan teknologi terkini anda bukan sahaja boleh membeli/menjual saham secara ONLINE melalui Laptop/Dekstop malahan boleh membeli menggunakan Smartphone. *Untuk syarikat broker yang menyediakan perkhidmatan ini, contoh seperti RHB Investment Bank Berhad.

Jangan risau jika anda tidak mahir dengan  platform saham dan komputer kerana kami akan bantu anda di Kelas Kuasai Pasaran Saham anjuran Zamsaham Training & Consultancy.

Kini anda boleh melihat harga saham secara ‘live’ di rumah dan ianya pasti berita baik kepada pelabur saham masa kini.

7. Bolehkah saya membeli saham menggunakan EPF?
Sudah tidak boleh. Jika boleh, pihak kami akan war-warkan. Pertanyaan lanjut boleh hubungi Team Zamsaham : 019-6668584 / 013-7788048 / 013-8338584
8. Bagaimana ingin mempelajari selok belok jual beli saham dengan cara yang betul?

Boleh belajar kelas yang dianjurkan oleh ZAMSAHAM Training & Consultancy. Untuk pendaftaran dan jadual kelas sila ke bahagian pendaftaran KLIK DISINI. Pertanyaan lanjut kelas saham boleh hubungi Team Zamsaham : 019-6668584 / 013-7788048 / 013-8338584

Sertai Kelas Belajar Saham dengan Zamsaham dengan menyertai dari asas sehingga ke Kelas Advance Kuasai Pasaran Saham. Insha Allah pelaburan anda ke atas ilmu adalah amat berbaloi.

Jika kita ada Ilmu,Ilmu akan jaga harta kita, Tetapi jika kita tiada ilmu,kitalah yang perlu jaga harta kita” mungkin kata-kata peribahasa diatas menunjukkan betapa ‘mahal’nya nilai ilmu dalam kehidupan kita.

Zamsaham

Masih ada pertanyaan?

Hantarkan sebarang pertanyaan anda kepada kami atau boleh hubungi +60 13-778 8048 untuk sebarang pertanyaan.
Daftar Kelas